.

Konco-konco

Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day tu hari apekah?

mesti korg xtau kan pasal wesak Day..sejarah wesak.alasannye, "hesh...wtpe amek tau pasal agama org, perayaan agame lain, khurafat!syirik!dosa!"...ohoi...aku xckp p0n korg kene amalkan pe dorg bt mase wesak day HESH!!!mmg la korg ni..Tak salah kalau korg amek tau as to enhance ur general knowledge..dosa ke kalau kite nk tambah ilmu pengetahuan kite yg sedia cetek ni??ye...pas hidup 23tahun ni baru la nk cari pe tu Wesak Day...so, jom kite kongsi, x salah kite sekadar amek tau atas dasar 1 Malaysia kn? xdenye org Melayu, or India or Chinese, Malaysia x semaju macam sekarang hokey~

B4 that, i want to make it clear to those who confuse on which religion yg celebrate WESAK DAY, Wesak day di sambut oleh BUDDHIST ye BUKAN Hindu. sbb dulu p0n aku igt Hindu yg sambut sbb word "WESAK" itself macam perkataan tamil bunyinye, tp one day aku tgk calendar de symbol Buddha, baru la tau. one of my frens td p0n silap igt perayaan hindu. Yang menariknye, td de terjumpe 1 blog yg post entry tentang kekeliruan WESAK day Hindu atau Buddha yg sambut, tgk kt bwh ni:

"biar aku gelak dulu.

siapa yang aktif dalam twitter malam tadi tentu tau pasal kes liyana jasmay sudah tweet.

tweet beliau berbunyi.

LiyanaJasmay

Well I guess,its time to hit the sack.Happy wesak day to those who celebrates it :) and happy cucuking your badan and nose semua! Hati hati!

pagi nie aku tengok tweet dia

LiyanaJasmay

Oh, nite again everybody. Assalammualaikum.. p/s: terima kasih kepada yg betulkan saya, yg ejek saya tu, saya maafkan awak.. :)

kesian awak liyana jasmay.
tu la kadang kadang artis tak boleh nak marah bila masyarakat kata artis ni cetek ilmu.
aku rasa hari wesak untuk yang beragama buddha tu adalah general knowledge.
yang cucuk cucuk badan tu hari thaipusam la yang. eh tapi kadang kadang bukan artis je yang cetek ilmu.

yang bukan artis pun ada jer. LOL
sila semat dalam kepala yer anak anak sekalian."


Kat bawah ni lak sikit info dr 1 blog aku bace pasal sejarah Hari Wesak~

Pada hari Selasa, 17 Mei 2011... adalah cuti kelepasan am bagi semua penjawat awam..... Sebab hari ni adalah Hari Wesak.... apakah hari wesak nie? Hari yang menyebabkan korang menagis teresak-esak ker? Atau hari sambutan korang nak bershopping sakan? Ke ada orang Islam nak sambut hari Wesak nih? Untuk menjawab persoalan tu.... kena la tau sejarah hari Wesak......

Hari veesak atau dikenali oleh kita Wesak day ialah bersamaan malam 15 bulan 6 (kiraan kelander lunar thai) dikenali,"Veesakhabhucha", dimana aktiviti sembahyang, wean tean (pusing lilin) di wat-wat buddha, akan diadakan buat penganut buhddha seluruh dunia hari ini. Wesak bersamaan dengan hari prakpudtakchao(Gautama Buddha) lahir, berjaya tradsaru (enlightenment) dan ke syurga. Veesakhabhucha(wesak) singkatan dari perkataan "veesakhaphrurakmeebhucha".

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Hari wesak ialah salah satu hari penting dalam agama buddha kerana hari ini jatuh bersamaan 3 perkara kejadian penting dalam satu waktu ialah hari lahir, berjaya dan ke syurga Gautama Buddha. Antara 3 kejadian penting ialah -
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Disebab 3 perkara penting menjadi serentak dalam tarikh dan bulan yang sama walaupun jarak perbezaan tahun lamanya,dengan itu wujudlah hari ini,wesak day untuk mengingati agama buddha dan gautama.
SUMBER - Wikipedia

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

No comments: