.

Konco-konco

Time is Money

Wednesday, May 11, 2016

My Pregnancy Journey Part I: Buka Buku Pink For The First Timer

 Assalam,

Taking so long nak buat entry pasal buat buku pink untuk first timer a.k.a anak sulung.

Well alhamdulillah i am pregnant, dah 14 weeks sekarang. Masa buat buku pink tu 11 minggu 5 hari.thBy e way, before nak pergi Klinik Kesihatan (KK) Ibu dan Anak kat Alor Gajah, pepagi tu baru terkedek-kedek google. Dan juga diorang cakap kalau boleh buat buku pink before 12 weeks kalau tak nak nurse membebel @ marah. hehe...

Nah kau, rupenya kene prepare salinan sijil nikah and ade sesetengah KK tu siap minta Bil telefon/api/air untuk tengok alamat penempatan.

Mujur aku google kan..kalau tak lenggang kangkung je ler. So, before pergi aku bawak bil air rumah laki aku and pergi fotostat salinan sijil nikah.

Sampai-sampai KK dah penuh orang, ramai orang dah menunggu..wow.

1st, pergi kaunter pendaftaran. Bagitau nurse nak buka buku pink. Nurse tu tanya "Anak ke berapa", "Anak sulung", lepas tu dia mintak la salinan sijil nikah. Dia mintak due salinan. Tapi bil utilities die tak mintak pulak.

Lepas tu ujian saringan. Mula2 nurse panggil duduk dan tanya serba sedikit pasal kita sebab dia nak isi maklumat peribadi kita kat dalam buku pink. Buku pink ada due, 1 untuk kita 1 untuk simpanan klinik. Dua2 buku kene sama isi,apa dalam buku klinik kene sama dengan buku kita.

Then, baru la pergi buat saringan, ambik tekanan darah berat dan tinggi.

Lepas tu ambil air kencing pergi kaunter 8 untuk cek air kencing (xtau la die cek apa dalam air kencing tu semua die catat dalam buku pink).

Lepas cek air kencing, aku kena pergi bilik no.2 untuk cek perut. Nurse tu cek gitu2 je. Then, isi info dalam buku pink termasuklah pesanan pantang larang masa preggy. Jadi lama sebab ape die tulis dalam buku kita die kene salin balik dalam buku klinik. Old school betul cara...hehe.

Lepas bilik no.2 aku kene pergi bilik no.5 untuk scan perut sebab untuk pertama kali and bukak buku pink kene scan. Kali ni doctor yg scan. Dia letak gel kat perut sikit. Mula2 kat screen kosong gelap. SUDDENLY ada 1 tiny fetus ada kaki ada tangan bergerak2 melompat2 tengah telan fluid dalam kantung which is in my rahim..Ya ALLAH aku tak henti-henti senyum sebab first time tengok live and tak sangka ada baby dalam perut. Baru aku paham macam mana perasaan ibu-ibu pertama kali tengok screen ultrasound tu. Ada kawan aku cakap dia menangis setiap kali scan uhuk2..very exciting. But a bit sad doctor tu tak print out rupanya my 1st scan result. Xpela, next 19 Jun ada appointment untuk scan baby lagi..YEAY!!!

After that, aku kena pergi kaunter ambil darah untuk check up darah..sekejap je, then pergi check gigi. Doctor gigi cakap ada gigi berlubang. Adoi...ini keje doctor Hospital Jengka la ni buat kerja sekerat jalan. Tampal tak habis. I hate.

After that aku pergi ambik ubat..ubat untuk pregnancy like folic acid, Ascorbic vitamin, B-Complex and zat besi. Tak boleh miss mkn.

Well that was my experience. Gonna go next check up next week...see ya.

Line leaf top Pictures, Images and Photos  onion head Pictures, Images and Photos