.

Konco-konco

Time is Money

Monday, August 29, 2016

My Pregnancy Journey Part III: Ujian Sakit

Assalam.. Dan salam kemerdekaan 1Malaysia..

Alhamdulillah..my pregancy dah masuk 30 weeks. Currently berat 64.7kg,sebelum pregnant berat 53kg je :P

Betullah org kata masa pregnancy  ni macam2 penyakit akan kita alami yang pelik2 yg xpernah kena..masih ingat lagi 1st week of alahan loya2 angin pedih ulu hati angin xboleh tido malam. Then, awal first trimester aku selalu kembong perut sampai senak macam nak meletop perut so xpasal2 beli myk yuyi padahal xpernah hayat aku ade myk ni..pastu sakit leher yg bawak kepala sakit. Bukan xpernah sakit leher sampai sakit kepala ni tapi sampai nak seminggu kot xhilang..so xpasal2 gak la aku beli elmers yoko2 yg xpernah hayat beli hahha..

Banyak lagi...gatal2 pun ade kene especially celah2 tempat tersembunyi..pastu kulit ade tompok2 merah doc ckp mcm kena fungus infection. masa mula2 pregnant aku xminum susu, krem betis kene 'tarik biawak'@'ular2' kat betis tengah malam..pehhh sakit gile menjerit aku kena. Pastu kena sakit belakang belah kiri, hampir sebulan jugak xhilang...then, duduk lama2 tongkeng sakit sgt..tp alhamdulillah baru perasan baru2 ni sakit belakang dgn tongkeng tu dah hilang..

Oh ya...sebelum ni mmg pernah skt telinga sebab salah cara mengorek sampai luka dalam...tp kali ni aku kena sakit telinga tahap langit ke tujuh..berdenyut2 bengkak sampai sakit kepala..aku xpernah nangis sebelum ni kalau sakit telinga. Ni first time yg terteruk aku kena..hampir seminggu. Bila malam je denyut die kuat..xtido malam kena. Last2 beli ubat titis Neo Deca kat farmasi. Tapi x jalan..redha je tahan sakit. Fuhhhh...Bila dah sembuh rasa taubat taknak korek telinga 80 tahun haha..

Dah masuk 3rd trimester ni alahan pedih ulu hati@heart burn pulak. Yg mane rase die sebijik mcm ko tgh tahan lapar pedih gastrik tu..padahal ko baru je lepas makan nasik 2 pinggan...pernah terjaga 3@4 pagi lapar nak sambung tido xboleh,so nak hilangkan xde cara lain melainkan dgn makan hahaha tu pasal gemok ni...

Setiap stage pasti ade penyakit datang dan pergi. Hanya 1 je sakit yg dari awal sampai skrg stay ada iaitu sakit kaki&betis&peha..lenguh. Especially masa tidur@baring..lagi besar baby or lagi nak dekat due lagi bertambah2 lenguh dan sakit. Skrg aku dah start rase sakit kat tapak kaki every morning..dan round shopping mall.

Ya..cabaran sangat nak jadi ibu ni. Tapi semua tu jadi warna warni my pregnancy journey..best...sweet memory especially for the first pregnancy. Tak sabar nak jumpe baby...doakan semua selamat..I selamat bersalin, baby pun sihat dan selamat dilahirkan...dimudahkan...aminnnn.

Friday, August 12, 2016

My Pregnancy Journey Part II: Baby hiccups in my tummy ( ˘ ³˘)❤

Hai assalam,

Alhamdulillah...my preggy dah 28 weeks esok which is 7th month. 1 nikmat yang Allah bagi untuk merasa mengandung, ada zuriat dalam perut..pengalaman pertama preggy ni memang sangat2 baru and boleh dikatakan sweet memories.

Rasenye tak de lagi buat entry pasal preggy kan..sepatutnya every week update kat blog so that ade dokumentari aku sendiri about my pregnancy journey. Tapi sekarang dah tak rajin nak berblog macam dulu hihi..

Ok..let start from the begining. Aku pindah Melaka dalam Febuary since dapat keje baru. My last period masa tu 29th January 2016. Ngam2 masa report duty tu baru habis period. Then masuk sebulan kerja dalam bulan 3 period lewat. Seminggu lewat tu aku loya2, asal malam je loya yg amat sangat sampai tido duduk, tido tak cukup..malam ke berapa entah my hubby spontan "awk ni macam pregnant je"..yep mybe...so tunggu lagi seminggu aku ajak hubby beli pregnancy test kat pharmacy. Esoknye subuh2 aku bangun check urin sebab google2 cakap subuh is the best time to use pregnancy test kit since hormon pregnancy tinggi...zuppp dengan merah menyalanya naik due line..huhu I am pregnant!! Kejut hubby tunjuk kat dia..blurhhh die mamai2 siang baru respon kah3..

Then, siangnye bgtau mak mertua pasal tu. My MIL cite "patut la mak mimpi dayah (me) bagi mak buah...besar buahnya...mula2 durian..lepas tu pisang..anak lelaki ni"...that was org tua punya petua. Kalau perempuan unsur bunga mimpi..cmtu la. Hehe..

Alhamdulillah aku takde alahan pape. Cuma seminggu awal sebelum test pregnancy hari tu je mual, bau makanan tak boleh, makan tak lalu..the onwards aku ok sihat dengan jayanya..baby pun no problem.

Dalam minggu ke 7 aku pergi klinik untuk sahkan pregnancy dekat klinik di Pekan Alor Gajah. Yes, doctor sahkan aku pregnant 7 weeks and suruh buka buku next month. Aku google kebanyakan nye suruh buka buku masa 12 weeks. So masa 12 weeks aku pergi buka buku pink kat Klinik Ibu Dan Anak Alor Gajah..before pergi google dulu hehe..ada yang kene bawak bil elektrik, sijil nikah, etc. Masa aku buka buku nurse just mintak salinan sijil nikah je. Then, tanya sikit salasilah keluargan so on..screening tekanan darah, berat bmi, ambil darah, cek air kencing, cek perut...ambil supplement. Done. Check up will be monthly till 7 months.

I have been experiencing new things yang excited bila mana start 18 weeks tak silap dah boleh rase baby bergerak dalam perut. Dalam weeks tu aku sorg je boleh rasa. My hubby belum dapat rasa. Dalam seminggu due lepas tu baru my hubby dapat rase dengan letak tangan dekat perut..seronok la die tak pernah ada pengalaman macam tu.

Disebabkan 1st pregnancy. Aku banyak bertanya kat kakak yang anak dah dua pasal everything about pregnancy. Pernah 1 malam tu aku kena krem dekat betis hanya Allah yang tau sakitnya. Menjerit la jugak. Hubby tolong tarik kaki bagi kendur krem tu. Then baru tau sebab jadi cmtu tak cukul minum susu kakak cakap. Aku consume susu Enfamama dalam 2 tin jugak..then try S26. Banyak yang cakap certain susu banyak gula perlu elak untuk tak kena kencing manis. Suddenly google ramai share minum susu kambing bagus..lepas tu jus delima. Aku pun tukar ke susu kambing and jus delima since terlalu banyak khasiat untuk baby.

Ada 1 malam tu..dah lewat..baby masih aktif gerak2 tak tido. Aku try figure out. Rase macam denyut2 ber-rythm. Eh macam baby tersedu...yes memang macam tersedu. Tapi bila aku tanya nurse kat KK die nafikan. Aku google memang ada research pasal baby tersedu dalam perut. Malahan ramai mommy to be experiencing benda sama. Hehe..aku rase cute sangat baby bila die tersedu dalam perut..alolo cian cian nye..

Sekarang dah 28 weeks. Baru beli barang sikit..thermos, ampaian, and semalam my hubby beli barang2 preloved dari kawan die bayar lum sum dapat la kelambu baby due, tilam span baby, bantal, bantal peluk, baju, carrier, playground baby, barut...alhamdulillah..

This Sunday ingat nak cari barang sikit2 since 7 months dah ada kemungkinan untuk deliver baby. Lagi pun aku ada masalah keputihan which is keputihan boleh trigger contraction awal. Keputihan ni kalau tak infection ok, tapi kalau ada infection boleh dikaitkan dengan penyakit GBS boleh bahayakan baby masa deliver. So, need to inform kk masa check up.

Baru ni check up dapat antibiotic untuk keputihan..lagi next week kalau tak hilang kena inform nurse untuk ambil sample. Dan dah start kena kira carta gerakan baby.

So, that was my 28 weeks pregnancy experiences..hehe. Doakan saya dan baby selamat. Baby sihat dan cukup bulan due. Aminnnn...





Wednesday, June 29, 2016

Raya Kali Pertama Di Perantauan

Hai, Hello, Salam...

Tengok tajuk entry semua orang tau kan perasaan bila kali pertama beraya di perantauan. Especially orang2 macam aku yang selama 27 tahun hidup tak pernah beraya di tempat lain selain di kampung tercinta tempat membesar dan juga tempat yang mana aku dilahirkan.

Orang-orang yang dah berkahwin every single couples mesti alami benda2 ni unless family sebelah salah satu pihak dah tak de  tak perlu pening2 balik raya mana.

Tahun ni aku dah berhijrah ke kampung husband. So, tahun ni kali pertama kali aku akan beraya tempat orang. Sebulan berpuasa kat sini. Serius, sangat beza la suasana. Nak membangkitkan suasana nak raya bukan main susah memandangkan family husband aku hanya ada Mak Mertua and husband aku je anak tunggal. Aku dah terbiasa dengan keriuhan keluarga aku yang ramai selama hidup 27 tahun ni...nak dekat raya, aku pasang pelita kat rumah Jengka, rumah arwah Mak Pah dan Tok (my hometown), 2 hari sebelum raya aku dengan kak lang atau adik aku sibuk benar ke sane-sini shoping barang2 kering and basah untuk juadah hari raya nanti. Lepas tu sibuk di dapur memasak untuk berbuka.

Aku rindu suasana bazar Ramadhan Bandar jengka. Then, seminggu nak dekat raya memang synonim la Temerloh@ Bandar Jengka sesak and jem. Kebiasannya aku akan curi masa berseorangan drive ke Temerloh semata-mata nak cuci mata tengok orang ramai shoping raya sambil2 tengok2 kerepek@kuih raya kat expo Dataran Temerloh tu...masuk bandar tengok kesesakan orang2 ramai cari persiapan raya.

Bezanya aku sambut Ramadhan di Kg husband which is Kelemak Alor Gajah, memang x memasak..beli bazar je. Mak Mertua dengan husband berbuka memang bukan dengan nasi. Beza dengan cara orang Pahang yang juadah berbuka sarat dengan makanan berat. Tapi diorang hanya berbuka dengan air dengan kuih muih. Kalau nak makan nasi pun MIL memang makan lewat malam sikit sekali la tu sebagai sahur. Husband pulak memang jarang la tengok sentuh nasi sepanjang bulan puasa ni. Pelik kan, aku kalau lapar nasi dicapai dulu.

Kalau sahur pulak. Aku sorang2 je makan nasi. Kadang2 sahur sorang2. Husband masa awal puasa dulu je teman makan nasi. Lepas tu die xnak makan dah cuma minum air..huaaaa x meriah betul sahur koi.

Tapi mujurlah tahun ni adik beradik husband belah Lendu (1 ayah lain mak) bergotong-royong nak cat rumah husband setelah dekat berapa tahun rumah ni dah lama tak bercat baru. Bila bau cat, baru terasa nak raya (^_________^) sebab? sebab dulu2 kat rumah Jengka kami adik-beradik sibuk mengecat rumah nak dekat raya sebab arwah Tok suruh. Jadi bau cat = nak raya.

Untuk mengubat rindu beraya di Jengka, aku pasang pelita kat rumah husband...laman x besar macam di Jengka so beli 6 batang pelita je. hehe...Itu pun husband masa kecik2 je dia pernah pasang pelita masa arwah Pak Mentua ada lagi.

So, far ok la. Aku boleh accept. Cuma oven xde nak buat cookies raya feveret aku. Kalau ade pun aku x sure boleh buat ke tak haha...macam dah x power je energy pas dah kahwin ni.

Baju raya nasib awal2 dah beli. Sebab sekarang dah last minit macam dah xde terpikir lak nk shoping baju raya. Kuih raya je husband belum shopping lagi. Hopefully mantai nanti berjalan lancar lah!

Petang Sabtu ni nak basuh langsir. Isnin malam nak pasang sarung kusyen dengan tukar alas meja makan.

Ouh, by the way my pregnancy already 5 months @ 22 weeks! hihi...baby asek tendang jek. Harap die sehat sebulan puasa ni. Eh, 2 hari tinggal sebab ter miss sahur x berani nak sambung puasa huhu..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
Line leaf top Pictures, Images and Photos
onion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, May 11, 2016

My Pregnancy Journey Part I: Buka Buku Pink For The First Timer

 Assalam,

Taking so long nak buat entry pasal buat buku pink untuk first timer a.k.a anak sulung.

Well alhamdulillah i am pregnant, dah 14 weeks sekarang. Masa buat buku pink tu 11 minggu 5 hari.thBy e way, before nak pergi Klinik Kesihatan (KK) Ibu dan Anak kat Alor Gajah, pepagi tu baru terkedek-kedek google. Dan juga diorang cakap kalau boleh buat buku pink before 12 weeks kalau tak nak nurse membebel @ marah. hehe...

Nah kau, rupenya kene prepare salinan sijil nikah and ade sesetengah KK tu siap minta Bil telefon/api/air untuk tengok alamat penempatan.

Mujur aku google kan..kalau tak lenggang kangkung je ler. So, before pergi aku bawak bil air rumah laki aku and pergi fotostat salinan sijil nikah.

Sampai-sampai KK dah penuh orang, ramai orang dah menunggu..wow.

1st, pergi kaunter pendaftaran. Bagitau nurse nak buka buku pink. Nurse tu tanya "Anak ke berapa", "Anak sulung", lepas tu dia mintak la salinan sijil nikah. Dia mintak due salinan. Tapi bil utilities die tak mintak pulak.

Lepas tu ujian saringan. Mula2 nurse panggil duduk dan tanya serba sedikit pasal kita sebab dia nak isi maklumat peribadi kita kat dalam buku pink. Buku pink ada due, 1 untuk kita 1 untuk simpanan klinik. Dua2 buku kene sama isi,apa dalam buku klinik kene sama dengan buku kita.

Then, baru la pergi buat saringan, ambik tekanan darah berat dan tinggi.

Lepas tu ambil air kencing pergi kaunter 8 untuk cek air kencing (xtau la die cek apa dalam air kencing tu semua die catat dalam buku pink).

Lepas cek air kencing, aku kena pergi bilik no.2 untuk cek perut. Nurse tu cek gitu2 je. Then, isi info dalam buku pink termasuklah pesanan pantang larang masa preggy. Jadi lama sebab ape die tulis dalam buku kita die kene salin balik dalam buku klinik. Old school betul cara...hehe.

Lepas bilik no.2 aku kene pergi bilik no.5 untuk scan perut sebab untuk pertama kali and bukak buku pink kene scan. Kali ni doctor yg scan. Dia letak gel kat perut sikit. Mula2 kat screen kosong gelap. SUDDENLY ada 1 tiny fetus ada kaki ada tangan bergerak2 melompat2 tengah telan fluid dalam kantung which is in my rahim..Ya ALLAH aku tak henti-henti senyum sebab first time tengok live and tak sangka ada baby dalam perut. Baru aku paham macam mana perasaan ibu-ibu pertama kali tengok screen ultrasound tu. Ada kawan aku cakap dia menangis setiap kali scan uhuk2..very exciting. But a bit sad doctor tu tak print out rupanya my 1st scan result. Xpela, next 19 Jun ada appointment untuk scan baby lagi..YEAY!!!

After that, aku kena pergi kaunter ambil darah untuk check up darah..sekejap je, then pergi check gigi. Doctor gigi cakap ada gigi berlubang. Adoi...ini keje doctor Hospital Jengka la ni buat kerja sekerat jalan. Tampal tak habis. I hate.

After that aku pergi ambik ubat..ubat untuk pregnancy like folic acid, Ascorbic vitamin, B-Complex and zat besi. Tak boleh miss mkn.

Well that was my experience. Gonna go next check up next week...see ya.

Line leaf top Pictures, Images and Photos  onion head Pictures, Images and Photos