.

Konco-konco

Thursday, August 18, 2022

First Entry 2022 (Alfatihah untuk Mama)

 Hai, salam semua..

OMG baru realised last entry May 2021??? Baby baru pun dah sambut birthday takde 1 pun entry pasal dia..ish³ (ni kita buat entry asing lah)..

Actually, dalam 1 tahun tak post any entry ni macam² berlaku guys. Maybe 1 of the reason blog ni ter'abai usang di tasik layu..sob³.

The bad news, I lost my Mama on 25th March 2022 a week before Ramadhan. Ya..benda ni berlaku couple months after giving birth to my youngest lil pumpkin. Semua tau kan 2020,2021 kita PKP rentas negeri ditutup. April 2021 aku sempat ambil Mama Abah dari Port Dickson untuk stay di rumah aku Alor Gajah. Since April till August 2021 my parents with me..celebrating Hari Raya Aidilfitry and Aidiladha together. Then, bermulalah kisah sedih bila on early September my Mom (with current condition half stroke) suddenly got 4th stroke attacked yang mana kali ni menyebabkan condition dia teruk dan full body paralyzed and bed ridden. 2 weeks warded @ Hospital Port Dickson. Then, kami bawa Mama balik ke rumah Kak Lang Putrajaya (quarters) untuk jagaan dan rawatan susulan dengan Klinik Kesihatan & Hospital Putrajaya. 

Masa kejadian ni, aku baru lepas habis kuarantin closed contact 1. Seminggu lebih lepas Mama warded sakit tu baru dapat balik PD masa tu. This also 1 of the things yang macam² jadi juga la kena kuarantin sebab Aiman positif Covid19 dari tempat kerja.

Masa ni juga, my little Lily baru 2 bulan dan aku baru habis pantang you all. Opah sempat jaga Lily. Disebabkan Orkid pun masih PdPR, aku angkut mereka berdua ke Putrajaya dan stay sana tolong jaga Opah sampaila sekolah dibuka semula hujung bulan 10, which means, 2 months juga kami di Putrajaya.

Lepas kami balik Alor Gajah, sekali sekala kami berulang ke Putrajaya jenguk Mama. Keadaan Mama up and down..keluar masuk ward. Tambah² masa baru keluar hospital hari tu dengan nak sesuaikan susu dan sebagainya. Sampailah Mac 2022 kondisi Mama makin merosot bila dapat tau punca batuk tanpa henti Mama disebabkan ada darah beku dalam paru². Serba tak kena, bila continue ubat cair darah akan bleeding gusi dan bila stop cair darah semua pun tau apa risikonya kan untuk pesakit stroke..? Nafas Mama makin pendek dan Mama menghembuskan nafas terakhir di rumah pada 25 Mac 2022..jenazah Mama dimandikan dan dikafankan di surau Presint 12 kemudian dibawa pulang ke Felda Jengka 19 untuk dikebumikan pada hari yang sama. Alfatihah...

 

Mama..6 bulan terakhir Mama sihat, Mama habiskan masa dengan Kak Chik. Kak Chik puas Mama..dapat layan dan serve yang terbaik untuk Mama sepanjang 34 tahun hidup ni...terima kasih kerana melahirkan dan membersarkan kami 6 beradik. Rehatlah Mama...lama sudah Mama bertarung. Tunggu kami menyusul 1 hari nanti...