.

Konco-konco

Time is Money

Monday, February 28, 2011

Sg. Lekok, Lata Meraung, Jerantut






ni kot track ke air terjun tu kak lang, rasenye la..



mmg syok..semalam 27hb my family pegi 2 buah kete ke air terjun lata meraung..

kul 5 pg, aku terlajak tido..na call baru terbangun..aiseh, dh lambat amek na blk keje kt R&R Temerloh.adik aku ni part time baru habes SPM la katekan, tambah2 tahun ni intake baru dh start masuk bulan 9..ape lg sume dak pas SPM gile carik duet dulu la..

then, rush2 dh kul 6.30pg..my sis tgh goreng2 makanan and pack...after siap2 sume.7 lebiy bertolak (atas nasihat Tun Laici takut tempat dh penuh nk lepak). Lata meraung ni terletak atas sikit dr bandar jerantut, akan ada sign board kecik warna hijau belah kanan jalan tulis "Hutan Lipur Lata Meraung" kecik jek, mungkin xperasan klu yg mane tgh drive x alert ke ape ke..then, pas belok kiri, terus je akan jumpe kwsn perumahan, ade 1 simpang ade sign board Lata meraung 8KM lg, belok kanan dan bermula jalan sempit menuju ke air terjun..sepanjang jalan ni akan menempuh kebun2 getah, sawit dan beberape kebun..

kitorg actually,hehe follow 1 jip and terpisah kt 1 cabang jln yg mane jip tu masuk ladang sawit, seb bek x terfollow skali masuk ladang..pastu jumpe 2 cabang jln ade sign board Lata Meraung 6KM masuk kiri akan jumpe sekolah SK Kiol kalau xsalah, jln terus lg....dan jumpe beberape jambatan besi (adventure naik jmbtn ni, cm naik jmbtn besi kt Perak mase kcik2 dulu jek=)...), sebelum sampai kawasan air terjun kite akan menempuh perkampungan org2 asli, manyak anjing tepi jln..hati2 tau..kalau berselisih kereta p0n kene hati2 sbb jalan kecik je..

teruskan lg sampai la ke penghujung jln..kite akan jumpe kwsn istirehat ade pondok2 tempat makan dan 1 lorong mcm utk jungle tracking..tempat yg kami g ni bkn yg ade air terjun tu, sbb yg tu rasenye kene travel naik atas ikut track jungle tracking td kot, jauh dan memandangkan keadaan mama p0n x mengizinkan, jd kami decide utk mandi kt bwh jek..even kt bwh, tp port die best, cukup dalam utk bt aksi2 selaman dan renangan, haha...

kepada yg xpenah pegi...silalah pegi..hehe, even aku org sini2 jek ni la baru nk pegi ahaha terok betol..habes sakit pinggang melentik sgt menyelam..tangan bahu sume lenguh sbb berenang xhengat donie=)


ni lg info pasal Lata Meraung=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lata Meraung merujuk kepada kawasan air terjun yang menarik berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' adalah merujuk kepada kawasan air terjun, manakala perkataan 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-olah bunyi orang sedang meraung.

Pada suatu masa dahulu, kawasan tersebut hanya didiami oleh Orang-orang Asli, seiring dengan perubahan dan dengan adanya kemudahan jalan raya dan kemudahan asas yang lebih baik, lebih ramai penduduk mula mendirikan petempatan dipinggir-pinggir jalan menghala ke Lata Meraung. Malah wujud pekan mini komuniti cina di laluan menghala ke kawasan air terjun.

Bagi pengunjung yang berminat ke Lata Meraung, mereka bolehlah menggunakan khidmat pemandu pelancong yang terdapat di Bandar Jerantut memandangkan tiada kemudahan bas awam atau teksi yang sering berulang alik ke kawasan tersebut.

Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam dan kewujudan lori balak-lori balak yang menjadi maharaja di laluan tersebut. Bagi pelancong yang berkereta, tiada masalah untuk mengunjungi kawasan tersebut memandangkan telah wujud sistem jalan raya yang agak baik. Ini berikutan adanya petempatan, dan wujudnya sebuah padang golf berhampiran Lata Meraung.

Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15 KM. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta.

Terdapat beberapa peringkat air terjun disini, bagi pengunjung yang datang berkeluarga mereka boleh memilih untuk mandi manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ia lebih selamat. Namun, awasi keluarga anda kerana kawasannya yang berbatu dan agak licin. Sesetengah kawasan adalah agak dalam dan anda diminta berhati-hati.

Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti lasak atau santai mereka boleh berjalan-jalan disekitar trek hutan yang disediakan. Bagi mereka yang suka berkhemah, sebuah kawasan perkhemahan juga turut terdapat disitu. Namun, dapatkan kebenaran daripada pihak berkaitan terlebih dahulu.

Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Jerantut, hutan lipur Lata Meraung terdapat pelbagai spesies pokok balak seperti kempas, meranti, penarahan dan kelat. Hutan lipur ini juga menjadi tumpuan pelajar mengenali lebih dekat pelbagai spesies pokok balak dan herba.

Keadaan persekitaran kawasan hutan lipur Lata Meraung yang sejuk dan redup menarik kunjungan pelbagai spesies burung, serangga, tupai, pacat, kelawar dan kera. Jika bernasib baik, pengunjung yang bermalam di situ dapat melihat haiwan kecil seperti landak, kancil, pelanduk, musang dan burung hantu.

Diuruskan Pejabat Hutan Daerah Jerantut, hutan lipur Lata Meraung memang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing. Pengunjung yang berminat ke Hutan Lipur di Jerantut boleh berurusan dengan Pejabat Hutan Daerah Jerantut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Friday, February 25, 2011

isi kepale dikeluarkan dgn mencoret2~


rase ringan sikit kepale...lepas kuarkan isinye dlm secebis kertas=)
tips ni amat bergune kpd mereka yg alami mslh same seperti ni~
Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 23, 2011

My Survey..please be a respondent~


kepada yang membaca, melawat, menziarah, blog walking, sleep walking...sila lah jawab survey ni..tolong sgt2...ni Final year project punye survey..dlm tempoh percubaan survey gune cara electronic survey~please.........


Jasa anda amat dikenang!!!tQ~
klik link di bawah untuk menjadi one of my respondent=)

~~~~~~~~~ SURVEY ~~~~~~~~~~~~~

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

hari ini punye cerite~


suke pulak imej hr ini...jd sy p0n bergambar la ape lg..hehe,

hr ini ht berbunge..sbb Mr. TNH post out sumtin kt fb yg meredakan segala kesusahan ht=)

ni pulak elaun bulan 1 yg asyik lupe nk di cash out..hehe, jgn jeles (agak2 berape tu??thehehe..)~
Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Monday, February 21, 2011

sunyi~

kesunyian yg dirasa..sepi.

bile kepercayaan pada diri x lg seperti dulu, ht pun akan terasa kosong..

di mana lg tempat mengadu jika bukan disini...

luahan hati..

tatkala mood sepi begini...lagu sedih sering berkumandang di radio~

hurmmmm...

termenung...bergenang...termenung...mengelamun..termenung..adalah rutin harian~



cmne nk lepaskan..menjerit sekuat hati???

hari2 getir berseorangan...Subhanallah~

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Thursday, February 17, 2011

susah hati =(

(comey pulak kambing ni golek2-erk...xde kaitan dgn entry)

susah hati la bile dh bt silap macam ni. tp kesilapan ni bkn disengajakan.aku xtau procedure tu sbnrnye. hurmmm...dorg mrh aku ke?takutnye nk g jumpe menadah telinga.kuat ke aku nak face situation tu.tp klu aku xlatih dimarah dr sekarang, bidang kerja aku beribu kali lg tough dr skrg..keje nnti lg la, dimarah, ditegur, diherdik, diperli...kuat ke aku?kuat ke?aku ni lembik..sikit2 nk nanges..cmne nk kasi tebal sikit ht ni..xtau pulak carenye.bkn sng nk ubah pe yg semulajadi dlm diri kite..


Ya Allah aku berdoa pada MU, lindungi aku dari segala perkara yang tak dingini, memang aku dah salah, aku dah pun mintak maaf.kau sejukkan lah hati mereka, hilangkan lah kemarahan, kesilapanku tu x sengaje. tebalkan lah kesabaran seandai nye mereka ingin menghamburkan kemarahan kepadaku..aminnnnnnnnnnn.Selawat ke atas nabi S.A.W.sejahteralah ke atas nabi Muhammad S.A.W.


hopefully..dorg xmarah dan jangkaan aku ni meleset sama sekali.cume bakal dibebel tu mungkin~
bubuk

sebenarnye aku merajinkan menulis entry ni untuk luahkan rase yg beban kt dada...suntik sikit semangat utk menghadapi segala rintangan dan dugaan,Ya Allah..aku makin jauh dgn Mu, leka dgn hal duniawi, ampunkan aku, dekat aku dgn Mu Ya Allah, aminnn.

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Friday, February 11, 2011

Hurmmm...pergolakan di Mesir..mcm mane keadaan Lina Amelia?Mira my cousin?


Ya Tuhan...am i too sensitive after genap 23 thn 5 feb hr tu?bergenang air mate bace komen seorg ibu yg anak nye belajar kt alexandria..xdpt2 contact anak nye..aku mmg dr azali cukup mudah menhayati dan meletakkan diri di tempat org yg dlm kesusahan, mungkin sbb tu bergenang air mate ni~

"Salam...selalunya anak makcik di alex, keluar duit di Hsbc dan al-Rajhi..dua2 bank tutup..dari asrama kena naik kreko/van sapu ke bank..kalu bank buka pun, nak gi di sana sgt bahaya...duit di tgn tak tahu ada ke tidak...makanan entahlah ...harap2 sgt pihak Kerajaan buat sesuatu segera untuk selamatkan pelajar kita di sana...tkasih"-Cinta Allah Cinta Rasul-

"Salam...makcik dah cuba berkali2 call guna tel rumah dgn di letak 002 dihadapan nombor anak di mesir ..tapi tak dapat2, ada cara lain lg ke utk berhubung dgn phone...cara on line..semua tak dpt sbb di sana anak tak leh buka internet.semua dah blocked. Semoga kerajaan mengambil inisiatif bawa balik semua pelajar malaysia di mesir dgn segera tanpa ada double standard...antara pelajar perubatan dan pelajar agama.Semoga semua rakyat Malaysia di sana selamat Terima kasih"-Cinta Allah Cinta Rasul-



Serius...ini sirius!....bace blog 1 of our student yg belajar kt Egypt,tp she is lucky berade di Malaysia sbb tgh cuti Winter break..


Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know.

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita .

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia,
sila hubungi

Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Blog : Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com



"SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR,
MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.

PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK.

PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU.

BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK?

FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA.

ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY. SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY.

HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU."



Untuk mendapat maklumat lanjut tnt keadaan di Egypt, ibubapa dan pelajar boleh juga menghubungi Wisma Putra di Malaysia 03-88892746 atau 03-88874570. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi nombor berikut: +20237610013 atau +20237610164 Ext 116. GMN akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk .menyelaras gerakan di Mansoura dan Alexandria menggunakan staf GMN.KREDIT TO GMN


Tips komunikasi pelajar mesir*

beberapa jalan telah dikenalpasti untuk membantu komunikasi pelajar mesir:

1. bagi num hp yg telah di "blocked", rakyat malaysia masih boleh menghubungi mereka dengan menggunakan talian telefon rumah, masukkan kod 002 kemudian diikuti num telefon hp pelajar di sana.

2. twitter dilaporkan telah pulih

3. gunakan proxy server dalam internet browser, antara proxy yang telah dikenalpasti adalah:
http://esiontelracs.appspot.com/

untuk pengetahuan, talian ADSL TEDATA masih berfungsi, cuma connection internet sahaja yang dihalang, setakat ini update yang terakhir..
Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 9, 2011

sape paku?belacan?inquiry!



sape mamat2 ni...b4 ni aku xtau lgsg kot..sampai la 1 pg tu terbukak MHI kot, tu p0n dh nk hbs...dorg jemput due mat saleh yg di panggil paku and belacan..?hoh?apeke name daa..then, aku google lah utk huraikan keingin tahuan aku ni...rupenye, byk sungguh carian psl dorg neh kt tenet bile aku cr..ler??aku ketinggalan zamankah?..klu nk tau lebih lanjut teletah dorg berbahasa Melayu g la ushar kt youtube, melambak2 kot~

dr 1 blog yg aku bace, dpt la info skit psl dorg..paku n belacan ni dulu penah duduk kt Malaysia kt Sabah/Sarwak dlm lebiy kurang setahun lebiy la jugak..dorg duk Malaysia sbb join kerja mengalih2 gereja2 kt sekitar sabah dan sarawak....smpai pandai berbahasa sbh/srwk..tgk la ni ha antara video dorg speak malay...Hidup Malaysia!!!

Belacan&paku: Tribute P.Ramlee


Belacan&Paku, Selamat Hari Raya


itu je ke Tun??x membantu lgsg!!..haha...yela2..ni ha beberape info tambahan lg psl dorg yg di petik dr blog2 lain~


"si Belacan dan si Paku berasal dari USA. Belacan berasal dari Utah manakala Paku berasal dari Arizona. Masing-masing berumur 22 tahun dan pernah tinggal di Sarawak sebagai ahli sukarelawan ;).. Sebelum sampai ke Malaysia, Belacan dan Paku terlebih dahulu memulakan training mereka pada bulan August 2007 di US then pergi ke Malaysia bulan September 2007. Paku memulakan tugasnya sebagai sukarelawan di Bintulu, manakala si Belacan ditempatkan di Singapura buat sementara waktu.. Setelah selesai di Singapura, Belacan pergi ke Bintulu, Sarawak mengikuti jejak si Paku... Belacan dan Paku saling tolong-menolong dalam mempelajari bahasa Melayu dan salah satu bahasa etnik masyarakat Sarawak iaitu bahasa Iban....dan akhirnya mereka berjaya sehingga ke tahap berloyar buruk..hehehe (nemu nama utai berloyar buruk seduai sulu? gerenti nda nemu kan?:p)hehe"




join la FB paku dan belacan nie...aku tgk sume blog nk post psl dorg..apedaaa, aku x tiru tau..mmg nk tau psl dorg nie, xtiru ok...rase bangge org luar suke negare kite..tu je=)

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

Monday, February 7, 2011

jumaat,5 Feb 1988 lahirnye sorg insan~

ni baru blk dr keje and still in Vest...nk jemput Mr.TNH kt terminal Temerloh, then gerak ke Melaka~











Selamat hari lahir TNH..ohooooooooi~
tahun ni my birthday special sikit, sambut dgn org yg tersayang kt melake..even serba kekurangan, tp still seronok dpt jln2...hadiah postpone dulu, Mr. TNH kate adiah kecik, tp org nk besar punye...nak anak patung, cm bubuk kt umah tu ke,..uhuk2.pastu nk 3@4 hadiah,barulah meriah..hehe! rabu petang Mr.TNH sampai kt temerloh, pas maghrib baru bertolak dgn kancil tu ke melake...bwk slow2 sbb kancil xsehat, die demam kure2..kul 12 lebih baru sampai melake...stay sane smpai hr sabtu..tp xpuas lg, byk tempat x g. smlm anta Mr. TNH, pastu blk 6.30 dtg temerloh blk, sbb bus die kul 5 delay kul 7.30..H.way jem teruk, kul 8 baru bus gerak, tgu sampai bus Mr. TNH jln baru blk..hehe. bye2 Mr. TNH=)

buat insan yg bername Tun Nurul Hidayah Binti Abd Rashid...hope alwayz in smile, panjang umur, murah rezeki, dijauhkan bala bencana, dipermudahkan urusannya di dunia dan akhirat, berjaya di dunia dan akhirat, kaya di dunia dan akhirat, dirahmati Allah selalu, diberkati hidup, bahagia hingga ke anak cucu, dikurniakan keturunan yg soleh dan solehah, anak cucu yg taat, beriman dan semuenye cukup budi pekertinya, disayangi dan tidak dibenci walau di mana jua dia pergi...Aminnnnnnnnn Ya robbal'alamin, selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.


perkenankanlah~

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos