.

Konco-konco

Wednesday, June 25, 2014

Cara Beli Online Ticket:Tiket:Wayang:Cinema:e-payment:online banking:GSC:Scan barcode

Assalam and Good Morning :)

Kali pertama saya buat online booking tiket wayang GSC, jadi saya nak berkongsi ilmu baru ni untuk orang lain.

Mule bukak website GSC http://www.gsc.com.my/

Untuk pengetahuan semua, hanya membership GSC je boleh beli tiket online. Korang bukan member?jangan risau, sign up je dengan klik 'JOIN'. Simple je step untuk join. (sebelah LOGIN). Refer gambar di bawah.

Selepas tu, isikan maklumat yang die mintak. Dah siap isi, klik submit. (No. passport x wajib isi kalau tiada).
Lepas tu check email yang korang isi dalam borang tadi, ada link dalam email tu, klik untuk pengesahan pendaftaran. Jadi anda sudah berjaya menjadi membership GSC dan layak beli tiket online.

Korang log in guna ID dan password yang korang guna/decide/tentukan masa isi borang pendaftaran tadi.
 

Klik kat 'Ticketing&Showtime', klik 'e-Payment'

klik proceed. 


korang boleh klik kat cinema mana korang nak pegi tengok cth: Megamall, Times Square, Starmall Mentakab. Lepas tu, klik movie untuk tengok senarai movie pilihan korang.

Lepas tu, belah kanan akan keluar waktu&tarikh movie yang korang nak tengok, boleh klik yang mana (yang warna merah tu). Lepas tu, klik movie pukul berapa yang korang nak tengok.

Akan processing sekejap, bile keluar gambar bawah ni, klik seat mana korang nak duduk. Yang nombor tu kosong, boleh pilih. Klik dengan cursor untuk tanda tempat (akan jadi warna hijau tanda korang dah cop). Selepas tu klik 'Next'.


Screen bawah akan keluar. Harga, berapa tiket, dewasa/kanak2 boleh pilih kat atas tu. Total yang keluar ni adalah harga tiket tidak termasuk yuran pembelian iaitu RM0.50 untuk 1 tiket untuk GSC. Kalau TGV RM1. Tandakan pada kotak 'I agree to terms & conditions'. Lepas tu klik 'Purchase'.


Pilih cara bayaran. Kredit kad/online banking. Lepas tu klik 'Pay'. (Jadi korang kene log in online banking korang lah untuk teruskan pembayaran. Cth bank: Maybank, cimb, rhb etc. Boleh tengok kat senarai yang keluar.)

Maybank2u

cimbclicks

Kad Kredit
 

Lepas tu, jumpe screen kat bawah ni, cek dulu maklumat yang tertera, baru klik 'Confirm' kalau dah pasti.

Kalau pembayaran statusnya berjaya, kat web gsc tadi akan keluar Transaction Status Successful.
 

Sila print tiket tu, klik kat history, atau kalau memang dah keluar screen kat bawah ni klik 'Print Tickets' @Selfprint Tickets. Kalau tak de, boleh cek email sebab dorang akan send kat email jugak. Sila print, sebab ada confirmation ID untuk ambil/collect tiket kat kaunter GSC nanti. Tanpa confirmation ID korang tak boleh dapat tiket sebenar. Duit dah bayar, tiket dengan duit melayang.


Kat bawah ni la Selfprint Ticket. Sila print, bawak ke kaunter untuk collect tiket. Datang awal 1 jam. Ada orang kata tak payah print pun tak pe cuma ingat dan bagi nombor Confirmation ID je pun boleh. Tapi tak confident, nak kena print jugak. huhu..So, saya dan adik-beradik nak enjoy movie Transformers this coming Friday!!! x sabar.

Update 18/8/2014:

haha...xpayah collect tiket pun takpe kalau anda ade kertas selfprint. Seperti yang di mentioned dalam blog yang saya bace tu die pesan suruh datang sejam awal takut tiket di lelong, lelong?aku tak pasti ye ke betol, sebab kalau dah scan barcode masa nak masuk tu, kire datang on time pun tak pe tak perlu awal sejam, unless you'all tak print out kena la datang awal 10 minit untuk collect tiket kat kaunter e-payment. Atau mungkin tuan blogger tu just book sahaja belum bayar, ntah la..sebab aku tak jumpe pulak option untuk book saje, beli ada lah. Itu pun kalau cinema tempat korang pergi ade gate yang boleh scan barcode. Aku baru ni dgn siblings tengok Expendables 3, just scan barcode kat kertas selfprint (pintu gate open) then masuk. Tak perlu print 4 keping kalau 4 orang, 1 pun dah cukup. Ada sesetengah orang yang beli tiket online menggunakan application GSC kat google play tu, dorang tak print out, boleh juga just save gambar barcode dalam handphone, then scan barcode guna handphone je kat gate.

Gate tempat scan barcode macam kat bawah ni (pintu kecil sebelah kiri macam dekat LRT tu).

Selain menggunakan services pembelian e-payment tiket kat website GSC. Sekarang dah advance sebab dah ada apps/application android Golden Screen Cinema yang mana semua orang boleh shoping tiket sesuka hati. huhu...boleh download di sini Golden Screen Cinema Apps.

Ok, hope membantu :)

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos