.

Konco-konco

Saturday, October 1, 2016

My Pregnancy Journey Part V: KETUBAN LEAKING-INDUCE-ALMOST EMERGENCY CEASER

Kronologi since admitted @HOSPITAL BESAR MELAKA.

Nak share experience yg sy tempoh dari seminggu di ward sampai lah kelmarin 29.9.2016.

21.9.2016@33w: Rase basah air keluar time subuh tp xsure air apa sbb confuse sebelum ni pernah air+keputihan keluar sekali mase beberapa bulan lepas. Tp infection keputihan hr tu just 1x je keluar. Ni dah 3 kali, subuh, tgh hari, tgh malam. Hati makin xsedap. Esok kebetulan check up nak inform kk.

22.09.2016@33w: check up kk. Inform nurse ada air jernih keluar. Subuh hari ni pun ade keluar jugak. Nurse terkejut sbb berkemungkinan air ketuban bocor. Die suruh jumpe doc. After check perut sy jumpe doc, doc marah kenapa tak terus ke hospital semalam..yes my bad sbb sure xsure tu air ketuban kan. Doc terus buat surat refer hospital besar Melaka. Doc pesan siap2 barang baby sekali bwk. Hati dah cuak. Tengahari balik rumah kemas barang terus pergi hospital. Sampai hospital daftar kat labour room. Yes, sy kena admitted sbb after doc check ketuban dah tinggal 7 dan sy akan dirawat sebagai Preterm Premature Rupture Of Membrane (PPROM) patient. Preterm (bawah 37w) Premature (belum in labour) Rupture of membrane (pecah ketuban). Sy que untuk dapat katil kosong, pukul 7 mlm baru dpt masuk wad.




23.9.2016@33w: Bermula routine harian di ward, setiap 2 jam nurse check jtg bby+tekanan darah, every morning and evening pakar round review case setiap patient. Alhamdulillah air ketuban xde keluar, just keputihan je, sy jugak akan disuruh pakai pad as one of monitoring method tgk air ada atau x keluar. Sy kena buat daily CTG baby for PPROM kes. xboleh banyak berjalan. Doc suruh bedrest je. Doc ckp sy akan di treat antibiotic selama 10 hari, ambik darah isnin nnti (26.9.16) dan repeat scan khamis depan (29.9.16) dan berkemungkinan ditahan wad sampai 36w.

27.9.2016@34w1d: Result sample keputihan is cleaned takde infection, alhamdulillah bebas GBS. Result darah jugak ok. CTG baby still cantik. Day 5th on antibiotik.

28.9.2016@34w2d: Hati mula risau fikirkan result scan dgn pakar esok. Ketuban paras mana lah yg tinggal. Harap ok.

29.9.2016@34w3d: hari ni awal sikit nurse kejut buat CTG. Pukul 5 dah kejut. Sebelum pergi CTG sy ke toilet mcm biase buang air sbb CTG lama dlm 20-30 minit. Pad ok, xde air just keputihan..CTG pagi ni so-so mybe bby tidur..balik dari CTG dlm pukul 6 aku terus mandi sebab pagi ni appointment utk scan dengan pakar. Prepare awal. Mase dlm toilet nak bukak pad, berdebussss keluar air ketuban...ya Allah Tuhan je yg tau terkejut masa tu, siap ada darah kat pad sikit. Sy laju2 mandi..cepat2 keluar nak bgtau nurse. Nurse respon ok. Erkkk mcmtu je. Sy tgu kat katil..call husband suruh dtg hospital cepat standby apa2 jadi. mase duduk rase air ketuban still keluar2 lg. Xpuas ht sy g kaunter nurse kt depan bgtau air still keluar2 lg ni nurse, then dorang suruh tgu kt bilik CTG tgu doc dtg check. Xlama sy tgu, doc lelaki yg round2 td dtg check. Die ckp "aah la mmg air ketuban, show pun dh ada ni.." . Sy balik ke katil sementara tgu arahan doc. Tibe2 perut mengeras. Inform doc yg lalu pasal perut ada mengeras. Datang nurse check perut, die pun sahkan ade contraction. Xlama lepas tu nurse suruh kemas barang, sy kena hantar ke bahagian PAC labour room utk di observe. Repeat CTG. Pad dah lenjun. Scan dgn doc..air ketuban tgl 8 (dlm ht lega sbb 8). Doc risau sbb kalau boleh die nak sy bertahan sampai seminggu lg atleast, baby dah 35w. Bby belum cukup 2kg. Baru 1.86kg. So, doc inject ubat tahan sakit utk bg sy dan baby relax. Then, pakar round check patient, pakar minta sy masuk bilik 17 scan dgn pakar. Scan dgn pakar details sikit, ambik kau air ketuban bkn tgl 8 tapi tgl 5. MasyaAllah..pakar risau, die pun minta sy bertahan sbb hospital xcukup oxygen ventilator utk bby yg pramatang in case paru2 baby x cukup matang even dah inject dexa. Sy blk ke katil observation td. Suddenly pukul 12 lebih sy nampak pakar scan td dtg kt meja doc xjauh dr katil sy mcm discuss something. Then, doc dtg katil explain, pakar decide induce sy memandangkan risau keadaan baby dengan level air ketuban yg ada. Ntah kali ke berapa sy dgr dr beberapa mulut doc2 ada disitu mention "kita ada ventilator ke??". Ht ibu mane xrisau dgr. 1pm doc suruh sy panggil husband masuk bilik utk explain pasal induce&emergency ceaser klu terpakse, dan sign surat consent utk induce. Jam 2pm ada labour room (LR) kosong sy di masukkan dlm LR 16. Tgu kul 4pm baru doc start masuk ubat. Contraction 10mnt sekali sampai jam 6pm. Makin lama makin kerap jam 6 laluan baru buka 3cm. CTG bby dibuat lg, jantung baby makin lemah setiap kali ada contraction. Menandakan baby xtahan dengan contraction yg kuat. Sy dh x terkata2 menahan sakit dtg 5 minit sekali kemudian 2 minit sekali. Jam 7.30pm sy dikerumuni ramai doc, doc pakar decide emergency ceaser lg sekali dgr statement yg sama dr doc "kita ade ventilator ke??". Husband dipanggil utk sign consent doc terangkan kat husband bby dah stress, dh lemas, terpakse ceaser sbb nk tgu 10cm lama lg skrg baru 4cm. Doc &nurse hampir 6-7 org kerumun prepare sy utk masuk operation theatre (OT) . Husband dtg usap kepala cium sy bg support, rase nk menitis air mata.sy dipindah dr katil ke troli, dr troli ke troli sambil menahan contraction. Jam 8pm ditolak ke emergency room. Husband escort sampai depan OT. Dr situ kami terpisah. Masa dr pintu OT ke dlm suddenly rase nak berak. Masuk je OT doc explain sy akan dibius separuh, sakit contraction akan hilang. Minta sy sabar. Doc tgk sy die tye "ehh awk ade rase nk berak ke rase nk meneran??" Cepat2 sy angguk sbb xboleh bercakap. Terus doc cek bwh "ehhh dah fully bukak..haaa awk teran terannn!!" Excited semua yg ada dlm OT tu. 1st teran "ok bagus2 dh nampak kepala..ada contraction teran..curi nafas..pegang kaki..kepala pandang perut..terann!!". Alhamdulillah beberapa kali teran keluar baby sy. Hilang segala sakit...hilang segala kerisauan..dengar baby merenget. Baby kesian kat mommy tak nak mommy die kena ceaser cepat2 die keluar ikut bawah hehehe..

29.9.2016@34w3d lahirlah puteri sy seberat 1.77kg. Alhamdulillah baby sy kuat macam mommy die. Dia xperlukan VENTILATOR dan boleh bernafas sendiri. Sekarang dlm NICU (nursery) untuk penjagaan rapi. On antibiotik 5 hari. Dimasukkan air. Susu pakai picagari. Alhamdulillah syukur dengan ujian dan pengalaman yg indah ni...

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA STAFF NURSE, SISTER-SISTER, MATREN-MATREN, DOKTOR-DOCTOR DAN PAKAR2 DI WAD 3-3 , PAC, LABOUR ROOM, WAD A3 HOSPITAL BESAR MELAKA KERANA BANYAK MEMBANTU SAYA DAN BABY SERTA BERJASA MENYELAMATKAN NYAWA RAMAI IBU-IBU DAN BABY-BABY SEPANJANG RAWATAN DI SANA. HANYA ALLAH DAPAT MEMBALASNYA...AMINNN.