.

Konco-konco

Time is Money

Monday, February 28, 2011

Sg. Lekok, Lata Meraung, Jerantut






ni kot track ke air terjun tu kak lang, rasenye la..



mmg syok..semalam 27hb my family pegi 2 buah kete ke air terjun lata meraung..

kul 5 pg, aku terlajak tido..na call baru terbangun..aiseh, dh lambat amek na blk keje kt R&R Temerloh.adik aku ni part time baru habes SPM la katekan, tambah2 tahun ni intake baru dh start masuk bulan 9..ape lg sume dak pas SPM gile carik duet dulu la..

then, rush2 dh kul 6.30pg..my sis tgh goreng2 makanan and pack...after siap2 sume.7 lebiy bertolak (atas nasihat Tun Laici takut tempat dh penuh nk lepak). Lata meraung ni terletak atas sikit dr bandar jerantut, akan ada sign board kecik warna hijau belah kanan jalan tulis "Hutan Lipur Lata Meraung" kecik jek, mungkin xperasan klu yg mane tgh drive x alert ke ape ke..then, pas belok kiri, terus je akan jumpe kwsn perumahan, ade 1 simpang ade sign board Lata meraung 8KM lg, belok kanan dan bermula jalan sempit menuju ke air terjun..sepanjang jalan ni akan menempuh kebun2 getah, sawit dan beberape kebun..

kitorg actually,hehe follow 1 jip and terpisah kt 1 cabang jln yg mane jip tu masuk ladang sawit, seb bek x terfollow skali masuk ladang..pastu jumpe 2 cabang jln ade sign board Lata Meraung 6KM masuk kiri akan jumpe sekolah SK Kiol kalau xsalah, jln terus lg....dan jumpe beberape jambatan besi (adventure naik jmbtn ni, cm naik jmbtn besi kt Perak mase kcik2 dulu jek=)...), sebelum sampai kawasan air terjun kite akan menempuh perkampungan org2 asli, manyak anjing tepi jln..hati2 tau..kalau berselisih kereta p0n kene hati2 sbb jalan kecik je..

teruskan lg sampai la ke penghujung jln..kite akan jumpe kwsn istirehat ade pondok2 tempat makan dan 1 lorong mcm utk jungle tracking..tempat yg kami g ni bkn yg ade air terjun tu, sbb yg tu rasenye kene travel naik atas ikut track jungle tracking td kot, jauh dan memandangkan keadaan mama p0n x mengizinkan, jd kami decide utk mandi kt bwh jek..even kt bwh, tp port die best, cukup dalam utk bt aksi2 selaman dan renangan, haha...

kepada yg xpenah pegi...silalah pegi..hehe, even aku org sini2 jek ni la baru nk pegi ahaha terok betol..habes sakit pinggang melentik sgt menyelam..tangan bahu sume lenguh sbb berenang xhengat donie=)


ni lg info pasal Lata Meraung=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lata Meraung merujuk kepada kawasan air terjun yang menarik berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' adalah merujuk kepada kawasan air terjun, manakala perkataan 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-olah bunyi orang sedang meraung.

Pada suatu masa dahulu, kawasan tersebut hanya didiami oleh Orang-orang Asli, seiring dengan perubahan dan dengan adanya kemudahan jalan raya dan kemudahan asas yang lebih baik, lebih ramai penduduk mula mendirikan petempatan dipinggir-pinggir jalan menghala ke Lata Meraung. Malah wujud pekan mini komuniti cina di laluan menghala ke kawasan air terjun.

Bagi pengunjung yang berminat ke Lata Meraung, mereka bolehlah menggunakan khidmat pemandu pelancong yang terdapat di Bandar Jerantut memandangkan tiada kemudahan bas awam atau teksi yang sering berulang alik ke kawasan tersebut.

Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam dan kewujudan lori balak-lori balak yang menjadi maharaja di laluan tersebut. Bagi pelancong yang berkereta, tiada masalah untuk mengunjungi kawasan tersebut memandangkan telah wujud sistem jalan raya yang agak baik. Ini berikutan adanya petempatan, dan wujudnya sebuah padang golf berhampiran Lata Meraung.

Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15 KM. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta.

Terdapat beberapa peringkat air terjun disini, bagi pengunjung yang datang berkeluarga mereka boleh memilih untuk mandi manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ia lebih selamat. Namun, awasi keluarga anda kerana kawasannya yang berbatu dan agak licin. Sesetengah kawasan adalah agak dalam dan anda diminta berhati-hati.

Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti lasak atau santai mereka boleh berjalan-jalan disekitar trek hutan yang disediakan. Bagi mereka yang suka berkhemah, sebuah kawasan perkhemahan juga turut terdapat disitu. Namun, dapatkan kebenaran daripada pihak berkaitan terlebih dahulu.

Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Jerantut, hutan lipur Lata Meraung terdapat pelbagai spesies pokok balak seperti kempas, meranti, penarahan dan kelat. Hutan lipur ini juga menjadi tumpuan pelajar mengenali lebih dekat pelbagai spesies pokok balak dan herba.

Keadaan persekitaran kawasan hutan lipur Lata Meraung yang sejuk dan redup menarik kunjungan pelbagai spesies burung, serangga, tupai, pacat, kelawar dan kera. Jika bernasib baik, pengunjung yang bermalam di situ dapat melihat haiwan kecil seperti landak, kancil, pelanduk, musang dan burung hantu.

Diuruskan Pejabat Hutan Daerah Jerantut, hutan lipur Lata Meraung memang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing. Pengunjung yang berminat ke Hutan Lipur di Jerantut boleh berurusan dengan Pejabat Hutan Daerah Jerantut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Line leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

No comments: