.

Konco-konco

Time is Money

Sunday, February 14, 2016

Sayonara Pahang...Hai Alor Gajah :(

 Assalamu'alaikum dan hai,

Lama x update. Lately quite busy life baru hehe...
19.01.2016 officially aku resign kerja dekat Bandar Jengka..sedih sayu segala rasa ada mana tidaknye pejam celik dah 3 tahun aku kerja sana duduk dengan Kak Lang..tapi nak buat macam mana, dah sampai seru aku duduk dengan Encik Husband kan, asyik bertangguh nak pindah. Lagi pun agak costing aku nak berulang-alik Pahang-Melaka-Pahang untuk cari kerja @ interview.


Alhamdulillah..dah 2 minggu lebih aku duduk Melaka. So far so good la. Rezeki kerja pulak datang after 2 weeks berhenti dapat call lapor diri 1 Febuari dekat Kilang sekitar kawasan perindustrian Alor Gajah. Sebagai apa?? Sales Koordinator..mampus aku masuk line sales pulak dah..merangkak-rangkak la nak belajar 1 habuk tak tau ape haha...Masa 1-4 hari aku hilang selera makan sebab nak adapt tempat baru. Mujur ada Encik Hubby temankan hantar ambik pergi kerja, aku memang perlukan teman or orang yang support di saat aku berasa sangat2 asing kat tempat baru feeuuuwwwwh!!!

 Aura negatif kilang tu fulamak mmg dasyat, rata-rata staff situ cakap bos situ kuat maki, walhal bos and kilang tu 100% milik melayu. Apa punye perangai la, x professional. Dengan perangai staff situ dekat orang baru pandang semacam nye, pehhh...aku kena bersabar. Ini 1 cabaran besar ni, dengan aku baru nak belajar pasal sales menggantikan pekerja lama yg dah 27 tahun kerja yg nak berhenti, dengan certain staff yg x supportive. Rata2 pesan aku kena tahan maki kalau nk kerja situ. Ini lah kilang melayu ish3! 100% berbeza dengan work environment aku di Pahang & Petronas Kerteh dulu yg very supportived..

Di sebabkan aura negative ni..dari hari 1st sampai 5th aku asyik cakap nak berhenti je kat husband, tapi dia bagi semangat kata tahan je maki..bawak aura positif pulak kat kilang tu. Ada suntikan semangat sikit kat situ. Alhamdulillah...pejam celik bertahan sampai hari ke-9 haha..

Gaji pulak? Kita paham lah, kilang ni kecik, dari 2 kilang beroperasi tinggal sebijik...so tak dapat la nak bayar tinggi. Tak pe, aku accept je sebab memang payah nak dapat kerja kt area sini kan, ni dah kira bernasib baik sangat.

Btw, aku dapat tahu, kilang ni mengalami krisis ekonomi 2-3 tahun ni. Production cut into half plus mesti perlaksanaan GST pun impact jugak. Kilang ni ada 2 bos..2nd bos is Hj.Sahih yg mana terkenal dengan memaki staff2 dia. Mulut org Melaka korang tau la kan segala carut keluar kalau marah, ni yg buat ramai x tahan kerja sini. Dia ni pemilik saham ke-dua kilang. 1st bos pulak is Dato' Wahab, die ni much better than Hj Sahih..tapi jarang masuk kilang. He is professional, mane tak nye, bekas CEO Petronas kt Kertih rupanya!! 30 tahun dalam Petronas...wow. Patut masa mengadap die macam tau pasal Optimal. Dia harap aku dapat improve management sistem dekat kilang tu dengan fresh idea..in shaallah~

well..sekarang aku macam dah sikit2 nak merima kerja baru ni. Hari ni ada kasi motivasi sikit bila dapat tau yg mintak position aku ni ada dalam 10 orang walk in interview, tapi rezeki aku dorang pilih sebab aku ada experience bekerja dengan Petronas (kenapa dengan Petronas??sebab kilang ni baru beberapa tahun lepas terpilih menjadi vendor kepada Petronas Petlin dan Petronas Ethylene Kertih bekalkan Fossil Fill Seal (FFS Bag) dan sedikit sebanyak perlu apply some sistem Petronas dalam sales operation...) :)

Doakan aku dapat menghadapai cabaran, dugaan, task2 ujian di tempat kerja baru ni dengan jaya nya!!doakan aku berjaya dengan karier baru ni! Doakan aku dipermudahkan segala urusan kat sini ya!


Line leaf top Pictures, Images and Photos  onion head Pictures, Images and Photos

2 comments:

NJ said...

Insya allah you will be ok.
You are good, better than you know.
Doa aku selalu untuk kau...

TNH AR said...

NJ: Thanks Aini...hehe, rindu PAHANG!!!