.

Konco-konco

Time is Money

Tuesday, November 10, 2015

Honeymoon @ Cameron Highlands November 2015

 Hai, Assalam,

Well...seperti dijanjikan, entry tentang my HONEYMOON!!

Disebabkan hujung tahun musim tengkujuh maka kami tak dapat pergi pulau.. Memandangkan aku amat rindukan tanah tinggi maka kami decide pergi ke Cameron Highlands...woot wooooot~~~

So, kami gerak 2 November and balik 4 November (3 hari 2 malam). Gerak tengah hari 2hb, singgah car wash kejap. Dalam 3pm baru gerak ke Cameron Highlands ikut laluan Jerantut-Kuala Lipis-Sungai Koyan-Ringlet-Tanah Rata-Brinchang. Kami sampai Brinchang pukul 8pm. Memang nak menginap kat Brinchang as we know tu puncak paling atas kan. Aku decide malas tido Hotel Brinchang tempat kami 1 family selalu stay (sebab Kak Lang pernah keja situ). Aku ushar harga hotel sebelah menyebelah range RM100-RM130/night (murah sebab weekdays). Aku and hubby decide stay Hotel Rainbow sebab RM100 je per nite huhu...lebih duit boleh guna untuk shopping!! Disebabkan dah lewat, malam tu x jalan2 sangat just keluar makan and rest.

3hb - Pagi tu aku cakap dengan hubby 1st tempat nak pergi Ladang Teh Sungei Palas, by hook or by crook sebab aku rindu bangat kat ladang teh tu. Walaupun banyak kali pergi aku still x mahir jalan Cameron Highlands, so waze la paling banyak berjasa yawww~thanks WAZE! Senang je, ade dalam waze, Happy betul aku dapat lepas rindu. Nak masuk Sungei Palas ni jalan sempit sikit, so kena tolerate dengan kereta yg berselisih, slow, jangan laju2. Setiap kali selisih ada driver yg akan angkat tangan like 'say thank you', one of the car kami selisih Saga Maroon, driver lelaki tu angkat tangan kanan semua jari dia berinai hahaha pengantin baru pergi honeymoon jugak lettew~~same pulak.

So, lets enjoy the view..


 


sini tempat wajib bergambar kalau datang

Kilang pemprosesan teh Boh

Monopod untuk wefie berdua
kalau sampai sini memang teh teh teh jela minum!

Ladang Teh Sungei Palas


with lots of love <3 comment-3--="" nbsp="">
Then, hari dah start mendung. Kami singgah lunch tepi jalan. Kene ketuk RM21 makan 2 orang.
After tunggu hujan reda sikit kami pergi Cactus Point yg berdekatan dengan gerai makan tu.Borong keychain (4/RM10), fridge magnet (4/RM10), cactus (5- RM10, 6- RM11). Keychain and fridge magnet kite kasi chance la hubby beli bagi kat orang2 kampung die sebab xpernah jejak Cameron, koi xpayah fridge dah penuh fridge magnet Cameron hahaha...Cactus lak aku beli untuk Mama and Mak Mertua sekali dengan holder stands hihi...special.



nampak tak dik Non bersungguh ambik cactus


dapat dah 4, 2 more to go

ala...comel tapi over budget,

tengah pilih cactus holder untuk Mama dan MIL

testing

$$$$$$$$
lepas pergi Cactus Point, hujan masih x berhenti. Nak balik hotel awal lagi. Ajak hubby pergi Bharat Tea. Tapi macam jauh sikit, singgah jela Tea Boh Valley ke ape namanya yg tepi jalan tu (antara tempat wajib singgah kalau dengan family ke sini). Minum teh secawan dua. Tak dapat nak turun masuk ladang teh sebab masih hujan...



Teh lagi...

Rombongan Kanak-kanak rumah perlindungan memenuhi ruang..menikmati teh dan minum petang
 Lepas tu patah balik hala ke Brinchang. On de way ternampak kedai ada signboard 'Pick Your Own Strawberry'..aku ni memang mengidam nk petik strawberry sendiri. Singgah la ushar line. Fee masuk RM15 per head adult, boleh petik 1/2 kilo strawberries, lebih die charge la ikut harga yg ditetapkan.Hubby kate esok lah kalau nk petik pun, sebab esok baru nk balik. Then, berlalu keluar dari kedai tu. Gerak naik...on de way ternampak lagi signboard strawberry park x silap..ya! aku pernah pergi masa kecik2 dulu dengan family. Saje survey harga, yg ni boleh petik jugak tapi mahal sikit fee dari yg tadi RM20 per head adult. So, I said kat hubby xpela, macam x berbaloi pulak, kita beli strawberry kotak jela esoknya. Kt depan entrance ada kedai jual strawberry products. Hubby nk makan strawberry, kami beli sekotak (RM6) untuk makan, then aku beli sebatang strawberry celup coklat RM2 lepas ngidam huhu... hari masih hujan yaa..


Then xtau hala tuju lagi, ajak hubby pergi round Tanah Rata. Tapi sama jugak x boleh bersiar-siar sebab hujan. Duduk dalam kereta je :(

Then, balik la hotel kesudahannya.. rest je la dah cuaca x mengizinkan. Malam kami just keluar makan malam. area belakang KFC terjumpe kedai makan Melayu. So, kami order tomyam ayam (2 org mkn), daging kunyit (2 org makan), telur dadar (2 org mkn) milo ais, teh ais, air suam, nasi 2 (RM36)...kenyang Alhamdulillah~~

4hb- Tengahari baru check out. Pergi tempat jual sayur atas sikit dari Cactus Point pergi semalam. Ada gerai makan Melayu. Makan situ. Not bad..RM19 tapi better than semalam sebab aku ambik nasi, ayam, telur masin, sayur. Hubby ambik udang sayur sambal belacan and telur, air milo and teh. Pas makan ape lagi SHOPPING laaa before balik...huhu. Borong sayur, tomato cherry, ubi madu, coklat, strawberry, jagung ok enough..duit mengalir macam air! Syok, jagung 14 batang RM10 je. Ubi tu sekilo RM10. Tomato cherry sekilo RM10 aku beli 1/2 kilo je (nyesal x beli sekilo,,bapak sedap nye makan buat ulam, manis!!), strawberry rata2 jual 3 kotak (buah saiz kecil) RM10, saiz besar RM10 sekotak. But I found 1 kedai jual RM10 untuk 4 kotak saiz kecil so I borong 12 kotak muahahahaha!

nampak x I borong strawberries and sayur2 tu...


borong chocolate!

''saya beli kak....nanti datang lagi!"
Pas shopping, gerak turun. Nak balik Melaka dulu hantar sayur (teringat2 mak mertua nak sangat sayur cameron highlands). On de way balik niat di hati nak bawak hubby singgah Lata Iskandar, malangnya kami salah ikut jalan kot, x terjumpe Lata Iskandar. Terus turun ke Simpang Pulai. But nevermind, ada hikmah sebab on de way turun tu lepas hujan, kitorang berpeluang tempuh 1 kawasan yg kabus dia sangat tebal sampai jalan x nampak, sangat AWESOME!!! kat Brinchang pun x pernah dapat kabus macam tu ok.


Masuk je highway, kami dipaksa exit ke Gopeng, semua kereta exit, highway tutup. Curious sangat masa tu. Dengar berita dalam radio, inform ada lori kebocoran gas sebab tu jalan ditutup. Maka beratus2 kereta la berpusu jalan biasa, kami pun ngadap jem. Kami pun follow je la kereta yg banyak tu sebab xtau jalan. Dalam sesat2 tu nampak signboard Gua Tempurung terus melencong keh3! Tapi x dapat masuk sebab dlm, gua tengah ada safety inspection, bulan depan baru buka katanya.







Pukul 7 baru jumpe tol nk masuk highway menghala ke KL. feuwwww~ Malam baru sampai Melaka. Happy sangat mak mertua I dapat sayur Cameron Highlands yg dia duk sebut2 sangat..huhu. Nak bawa xboleh dia sakit lutut..so, dapat happy kan dia dengan cara ni pun aku dah happy :)

END OF HONEYMOON PART 1   ~~~~

Line leaf top Pictures, Images and Photos  onion head Pictures, Images and Photos

No comments: