.

Konco-konco

Friday, October 23, 2015

Sakit Gigi Berlubang, Cabut Atau Rawatan Akar

 Assalam and helo,

Adoi...after tampal gigi bulan lepas aku gembira gila sebab ingatkan masalah gigi berlubang aku dah selesai. Boleh makan kacang dengan gembira. Sekali masalah tu belum selesai... :(

Sebelum ni seminggu lepas tampal memang ade denyut sikit kat gusi gigi bertampal tu tapi aku assume it is normal after tampal, gigi tengah adapt dengan tampalan. After that, denyut2 tu datang lagi masa aku makan ikan bilis goreng tapi x kuat and sekejap je..

Nak dijadikan cerita semalam, aku makan nasi lemak and ikan bilis goreng. Tengah malam gusi sekitar gigi bertampal start berdenyut. Aku sangka dengan gosok gigi and kumur listerine boleh hilang macam sebelum ni. Tapi tak, reda sekejap je. Pastu berdenyut makin kuat, lain macam denyut nya sebab dah tarik sampai ke telinga kanan dengan kepala belah kanan, mmg cuak kot! Hari dah 12am, lewat malam. Aku pusing kiri pusing kanan, meniarap tetap denyut x reda and aku x boleh nak tido sebab denyut makin kuat. Pastu aku decide tidur duduk sebab kalau baring macam lebih kuat berdenyut berbanding duduk. punnn x boleh tido sebab denyut x redha. Hari dah pukul 2am!!! Call En.Tunang ngadu..nasib baik die x tido lagi. Ade gak tempat nak ngadu sakit, mak tunang aku suruh pecahkan panadol and letak kt gusi sakit tu sbb die penah buat and hilang. Tapi aku xde panadol...makanya terpaksa la aku hadap denyut tu sampai pukul berapa aku x sedar aku terlelap, mybe denyut tu hilang sendiri kot sampai aku boleh terlelap.

Pagi lepas siap2 kemas untuk balik jengka (terus sampai hari kenduri), aku wassap member2 sekolah. Ada sorang dah jadi dentist. Aku citer la pasal sakit tu semua. Dia tanya bengkak ke x. X bengkak lagi. So die bgtau maybe lubang gigi bertampal tu dah dalam sangat sampai kena kat akar gigi. Menyebabkan sakit, and mybe pressure kat gigi tu tertahan sebab tampalan. Dia cakap ade due cara samada nak cabut atau buat rawatan akar. Tapi kalau rawatan akar kena appoinment 2-3 kali. Ambik masa. After dapat sikit info dari kawan aku, jadi aku decide jap lagi pergi hospital Jengka tempat aku buat rawatan hari tu sebab kawan aku suggest pergi tempat sama sebab dorang dah ade rekod rawatan sebelum2 ni.

After jumpe doktor aku cerita la "Doktor, bulan lepas saya ada tampal gigi, lepas tu gusi tempat gigi tampal tu berdenyut especially kalau makan benda keras, malam tadi paling kuat berdenyut sampai ke telinga dengan kepala"...Nasib bukan dapat doktor cina lelaki masa tampal hari tu, mcm doktor baru je, tampal gigi aku pun x rata ntah2 die gak penyumbang gigi berlubang tu infection ish. Dapat doktor perempuan melayu kali ni, die ketuk2 bahagian tampal, die tanya sakit x, yup mmg sakit pun die ketuk tu. Die pun explain, "Gigi awak ni dah sakit sampai ke telinga kan. Bila ketuk pun sakit, kalau berdenyut sampai ke telinga dan lebih dari setengah jam, hujung akar tu mybe dah bernanah. Jadi ada 2 option, nak cabut atau buat rawatan akar. Kalau rawatan akar kena datang banyak kali appointment 2-3x ikut jadual kita tetapkan. Kalau nak cabut, tak boleh hari ni sebab tengah sakit". So, aku decide nk cabut. Doktor tu kate akan bagi ubat untuk aku makan. Lagi seminggu datang cabut gigi pulak. Tp die suruh jgn dtg Jumaat, dtg la hari isnin-khamis sbb dorang agak bz ada cleaning something like that la Jumaat. Bagi aku doktor ni baik sangat huhu...

Dapat surat prescription doc aku kena ambil ubat kat unit farmasi. Dapat 2 jenis ubat, 1 ubat tahan sakit makan masa rase sakit je. 1 lagi antibiotik Amoxycillin 250mg (2 biji 3xsehari after meal). Antibiotik ni bassically untuk stop bacteria growth kat gigi berlubang aku yg dah infected tu. Doctor tu tegaskan jangan skip! Kena habiskan. Pharmacist tu pun pesan suruh habiskan dalam masa 5 hari. OK, will try my best sbb aku kurang disiplin makan ubat haha..




Hopefully sihat sepenuhnya masa kenduri nanti. Aminnnnnn!

  onion head Pictures, Images and PhotosLine leaf top Pictures, Images and Photos

56 comments:

Unknown said...

Tengs for the info..sy pun tgah sakit gigi ni sme mcm sis. smpai xbole tido denyut2 sakit..naik smpai ke kepala. bru lpas mkn kenduri ni trus sakit gigi. aigoo

TNH AR said...

Shiela: doctor gigi tu ckp kalau sakit x hilang lebih dari 8 jam & sakit tu dah sampai kepala, means akar gigi tu dh infected and bernanah...so kena makan antibiotic amoxycillin tu jgn skip and habiskan..huhu scary jek dgr arahan dr doc tu. Alhamdulillah sampai skrg x sakit, so xpegi cabut pun hahahaha

Unknown said...

ermmm..xsure pulak bpe jam. ingatkan mmg kne cabut.terima kasih sis, lega rasa hati. dok pikir uihh sayangnya gigi nk dicabut.

Unknown said...

Nak tanya walaupn da tampal bole makan lagi ke antibiotik tu

TNH AR said...

Hanez: kalau awk x sakit dah bengkak dah xde xpayah la makan dah. Ubat tu untuk prevent infection dlm gusi tu je in case bengkak,sakit atau berdenyut2.

WAN MARZUKI said...

Ada jual farmasi tak antibiotik tu. Ke kena jumpa dentist gak

TNH AR said...

W.marzuki: klu xsilap. Sy 2x dah pernah cari antibiotik untuk kulit tp farmasi jawab kami x jual dah antibiotik. If not mistaken, antibiotik jadi ubat terkawal so farmasi x dibenarkan jual selain daripada pihak hospital.

fypsj.fifi said...

Kan kan , sakit sgt.. Tp aii pnya skit kejap je. Esok bru nk p klinik huhu..

TNH AR said...

fypsj.fifi: Semoga semuanya baik2 ya.

Aisyah Makpol said...

lega tak lepas dah cabut? tapi mcm kes saya ni, saya pakai braces. Dr mcm tak kasi je cabut, padahal saya nak cabut. Rawatan akar mcm seram je tu sbb saya nak cabut

Anonymous said...

Gigi tgh sakit skrg nih. Itu lah akibat culas makan antibiotik... infection dh ni...

Unknown said...

nanti klu sakit dah datang balik baru tahu! hhaha

TNH AR said...

Aisyah Makpol: Saya tak cabut pun..sebab dah tak sakit. Nanti kalau cabut nak makan dah x best kat situ takde gigi haha.

Anonymous: Tu la..kena habiskan tanpa skip antibiotik tu. Sebab tu nurse and doktor stressed out tentang antibiotik tu.

Yusri Arie: Alaa..jgn la cmtu. Doakan gigi saya sihat selalu.

Lee said...

salam.sy baru je cabut sendiri gigi ni.gigi sy terbelah dua.sebelah kuat sebelah lagi dah longgar.so sy decide cabut sendiri yg longgar tu.xsakit sgt.masalahnnya ada lubang lepas cabut.ape perlu sy buat ye.thx

TNH AR said...

LEE Hai:

Macam dalam entry jugak..awk ade 2 option, eh 3 actually..pertama cabut, kedua tampal, ke-3 buat rawatan akar..

Unknown said...

Sama yang saya hadapi sekrg.

mylife said...

Hello saya pun kena sekarang... Masih berdenyut... Dr tu tampal tak rata dan lubang sangat dalam. Bila minum ngilu. Sayang nak cabut gigi... Pedoman janganla percaya Dr sangat. Dr tu nak tampal yang baru tapi sy x nak dah dengan dia..

Siti said...

Saya buat rawatan akar gigi saya.. Kos rm550... Appointment kali ke3 masih tak settle sb masih bengkak...harap2 minggu ni x sakit lagi... Boleh buat crown gigi tersebut

Unknown said...

Adoiii.. I sekarang ni d klinik gigi.. sementara tunggu dr sampai.. sempat juga baca ni. Kepalaku sakit masuk hari yg ke2 dah ni. Cadang nak tampal..tapi lepas baca ni..rasanya terus nak cabut ja.. Deritanya bukan alang2x. Sakit sampai terasa dekat mata...huhhhhh

Normahliza said...

Saya pun sama...smlm kali ke 3 jumpa doktor tampal kekal lps tu sakit lps tu doktor cabut n tampal sementara dan smlm doktor bukak tampalan sementara n tampal yg kekal blk...mlm td berdenyut2 seluruh pipi sakit...seksanya sakit gigi huhu 😢😢😢

Normahliza said...

Saya pun sama...smlm kali ke 3 jumpa doktor tampal kekal lps tu sakit lps tu doktor cabut n tampal sementara dan smlm doktor bukak tampalan sementara n tampal yg kekal blk...mlm td berdenyut2 seluruh pipi sakit...seksanya sakit gigi huhu 😢😢😢

Normahliza said...

Saya pun sama...smlm kali ke 3 jumpa doktor tampal kekal lps tu sakit lps tu doktor cabut n tampal sementara dan smlm doktor bukak tampalan sementara n tampal yg kekal blk...mlm td berdenyut2 seluruh pipi sakit...seksanya sakit gigi huhu 😢😢😢

Unknown said...

lee kahai..sy pn tgh alami gigi terbelah ni..tgh sakit..tp sy xbrani mk cabut sendiri

TNH AR said...

Yang sebenarnya nak hilang sakit terus buat rawatan akar @ cabut terus. Tampal2 ni mmg sakit boleh datang balik macam saya sekarang. Tp nasib baik die denyut sikit x sakit sebab x bengkak. SO bila denyut tu datang saya stop kunyah apa2 dulu hehe.

Unknown said...

Sis dekat mana sy boleh dapatkan ubat antibiotik tu ye ??

nur_89 said...

Boleh ke cabut gigi timr sakit? Xtahan.... uwaaaaaaa.... nak tido tak boleh. Antibiotics kne abiskan baru pergi hospital utk cabut. Tpaksa mkn pain killer je nih. Boleh ke mkn pain killer satu hari lebih 6 biji.? ����

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Achasha said...

Mcm mna ehh hr tu ade cbut ggi blh ats ..tp smgu xhilg lg denyut diaaa ..sakittt

Unknown said...

Nasib yg sama jd..baring sakit tu dtg..bila duduk hilang..nk cabut syg..baru lepas kena tampal kekal mggu lepas..

Unknown said...

sy baru lps tampal gigi sementara sbb sebulan sblm ni tampal kekal..ya Allah doc tu drill sampai ke akar..sakit gila..pastu dia kata nak x rawatan akar tu,rm800,sy decide xnak..rasa mcm doc tu nak duit pulak,sbb company bayar kan..huhu..kalu cabut ilang masalah tp ilang la geraham sy..huhu

Anonymous said...

Salam.tgh cr solution jgk nih..ada tampal gg kt swasta usnin lps..tp aduh masih terasa kdg2 nyut2..x leh mkn dgg korbanle kite...asyik mkn pain killer ja mn tahan..bahaya kot...esok br klinik buka..huwaaaa

Unknown said...

Sama la saya Baru tampal seminggu lepas raya dah sakit berdenyut2. Mmg dlm lubangnya aritu. Skrg makan ubat tahan sakit dn antibiotic. Masalahnya Dr suruh makan sebijik tp x Jalan sakitnya. Saya belasah 2 biji dlm 1000mg baru hilang sakit. Xpe ke ye huhu. Dah tak tahan rsnya.

Unknown said...

Sekarang gigi aq ni sakit kena tampal😭... Dh la kena pilih rawatan akar or cabut😢... Nmpakknyer trpaksa cabut

Roslaini said...

Nk tanya....tadi doktor cakap sy kena pilih rawatan akar atau cabut...dia ada bagi ubat antibiotik&tahan sakit.. Kalau lepas habis ubat tuu sakit hilang masih kena cabut ke??

Unknown said...

Awak buat Kat mane ye rm500 tu

Unknown said...

Ada klinik yg buat rawatan akar murah2 X? Ada yg ckp 500..800..Kat mana tu? Sy g tampal rabu lps 9 lubang..😂 Die caj 1200..utk rawatan akar 1200..tp sy x decide lg utk rawatan akar tu.. Ada tempat yg harga berpatutan x ?

Unknown said...

Salam sy punya gigi banyak sakit tolong bagi tau sy no 1ubat

Rian said...

Sy pun tgh sakit. Apa saya buat bila sakit berus gigi sebersih2nya - kumur2 guna air garam - ambil ais letak kat pipi(sejuk2 akan buat kebas tu bagus)

Esok nak pegi jumpa doktor dah 3 hari berturut2..tiap mlm mesti sakit

Unknown said...

Saya pun diberi pilihan utk cabut gigi atau buat rawatan akar gigi.. ingt nk cabut tapi masalahnya bahagian geraham.. hmmm.. dilema sungguh😭😭

Unknown said...

Based on apa yg doc cakap dkt saya antibiotic dgn ubat tahan sakit tu sementara ja.. kalau tak sakit sekalipun still kena gi dentist semula utk next follow up.. sbb kalau tak gi takut long term effect pada gigi

Unknown said...

Saya tgh alami sakit gigi yg belubang dulu pernah jumpa dokto pastu doktor bg pilihan nak cabut atau buat rawatan akar..sy pun pilih buat tampal kekal sekarang gigi tu sakit balik patut ke nak buat tampal lg.. bak kata org cabut gigi bole merosakkan mata..nak buat rawatsn akar mahal 1k setiap satu gigi.. pening la mcm ni

Rian said...

cabut gigi takkan rosakkan mata..alhamdulillah ada gigi yg saya cabut 3 tahun lepas..mata sy okay je..masalahhya saya xboleh mengunyah je bhgian gigi dah cabut..dr tampal nnt berlubang balik..baik cabut..pandangan saya
#sakitputuscintalebihbaikdarisakitgigi hahaha

Anonymous said...

Baru jer 3 4 minggu buat tampalan kekal, arini rasa denyut sakit gila.. Trus call klinik nk buat rawatan akar sok.. Geraham xde susah nak nguyah.. Belah kanan dh cabut Belah kiri terpaksa jaga la.. Klu cabut xkn nk kunyah pakai gigi depan kan... Huhh

Bicarapena said...

Saya suggestkan kat awak buat rawatan akar gigi.....tak sakit pon sbb doc akn cucuk bius dulu sblom rawatan bermula. Tapi cuma ambik masa 3-4 kali rawatan la..

Bicarapena said...

Saya suggestkan pegi ke klinik kerajaaan.. Saya buat appoinment 3-4 kali telan kos 16 ringgit je.... Gigi dah tak sakit skrg.... Alhmdulillah.. 😊😊

muhazam1977 said...

saya baru cabut gigi 3 days ago dan sekarang dok patuh makan antibiotik 3 x a day.. somehow, tetiba kena pulak mouth ulcer.. agak2 ada side effect ke antibiotik ni ..?

Unknown said...

Saya nk buat rawatan akar Gigi tpi takut nya pulak hai... Tpi sakit dh smpi ke kepala mcm nk tercabut....perasaaan takut menebal sgt dh nie

aerysh1 said...

Samee..I lg laa,da almost 2 weeks cabut gigi geraham belah atas,still sakit .. denyut weh.. tiber nyesal cabut😥

Unknown said...

Saya pun sakit gg skrg ni..dh g klinik semlm..x boleh cabut BP tinggi..pas2 ada jangkitan kuman dkt gg yg berlubang..doc bg antibiotik n ubt thn sakit...mslhnya masih sakit gg...mlmni Suh suami g beli lagi ubt thn sakit yg lain...harap2 Isnin minggu dpn boleh cabut.. itupun kalau BP dh stabil... biarlah xde gg geraham...asalkan x menanggung sakit yg teruk...

Unknown said...

ok la klw gigi blakang yg ada masalah akar ini sya kat depan yg sakit nak tukar appoinment trus cabut tak tahan dah

Unknown said...

Siang td tampal gigi tp mlm ni sakit sampai ke telinga n leher denyut normal ke mmg nk minta doc cabutjek gigi geraham ni tapi dia tampal jek sebab xpernah tampal gigi sebelum ni

Jiran ko punya abang ipar said...

Nyut nyut nyuttt....

hidayah said...

assalamualaikum..sy gi tmpal gigi kemarin..doc x bg ubt thn skit..lps tmpl ase sakt sgt..huhu..sblm tmpl tu doc korek bg cuci yg yg brlubg tu..allahu sakit yg tramat..kne akar dh kot...sy skit smpai telinga...dnyut2..td p plk klinik tu gtau saakit..doc bg ubt thn saakit nga atibiotic..

Unknown said...

salam.. rasanya kalau dah sakit kepala dgn telinga tu elok buat rawatan akar. nanti doc akan bius dulu sblm buat. dpt save gigi.

Anonymous said...

Awak buat dkt government or swasta?

Anonymous said...

Betul ke rawatan akar tak sakit?
Buat dkt klinik kerajaan ke?
Habis tu kalau dah tampal kekal pon, still boleh effect saraf gigi kita ke? Saya takut niii