Adoi...after tampal gigi bulan lepas aku gembira gila sebab ingatkan masalah gigi berlubang aku dah selesai. Boleh makan kacang dengan gembira. Sekali masalah tu belum selesai... :(
Sebelum ni seminggu lepas tampal memang ade denyut sikit kat gusi gigi bertampal tu tapi aku assume it is normal after tampal, gigi tengah adapt dengan tampalan. After that, denyut2 tu datang lagi masa aku makan ikan bilis goreng tapi x kuat and sekejap je..
Nak dijadikan cerita semalam, aku makan nasi lemak and ikan bilis goreng. Tengah malam gusi sekitar gigi bertampal start berdenyut. Aku sangka dengan gosok gigi and kumur listerine boleh hilang macam sebelum ni. Tapi tak, reda sekejap je. Pastu berdenyut makin kuat, lain macam denyut nya sebab dah tarik sampai ke telinga kanan dengan kepala belah kanan, mmg cuak kot! Hari dah 12am, lewat malam. Aku pusing kiri pusing kanan, meniarap tetap denyut x reda and aku x boleh nak tido sebab denyut makin kuat. Pastu aku decide tidur duduk sebab kalau baring macam lebih kuat berdenyut berbanding duduk. punnn x boleh tido sebab denyut x redha. Hari dah pukul 2am!!! Call En.Tunang ngadu..nasib baik die x tido lagi. Ade gak tempat nak ngadu sakit, mak tunang aku suruh pecahkan panadol and letak kt gusi sakit tu sbb die penah buat and hilang. Tapi aku xde panadol...makanya terpaksa la aku hadap denyut tu sampai pukul berapa aku x sedar aku terlelap, mybe denyut tu hilang sendiri kot sampai aku boleh terlelap.
Pagi lepas siap2 kemas untuk balik jengka (terus sampai hari kenduri), aku wassap member2 sekolah. Ada sorang dah jadi dentist. Aku citer la pasal sakit tu semua. Dia tanya bengkak ke x. X bengkak lagi. So die bgtau maybe lubang gigi bertampal tu dah dalam sangat sampai kena kat akar gigi. Menyebabkan sakit, and mybe pressure kat gigi tu tertahan sebab tampalan. Dia cakap ade due cara samada nak cabut atau buat rawatan akar. Tapi kalau rawatan akar kena appoinment 2-3 kali. Ambik masa. After dapat sikit info dari kawan aku, jadi aku decide jap lagi pergi hospital Jengka tempat aku buat rawatan hari tu sebab kawan aku suggest pergi tempat sama sebab dorang dah ade rekod rawatan sebelum2 ni.
After jumpe doktor aku cerita la "Doktor, bulan lepas saya ada tampal gigi, lepas tu gusi tempat gigi tampal tu berdenyut especially kalau makan benda keras, malam tadi paling kuat berdenyut sampai ke telinga dengan kepala"...Nasib bukan dapat doktor cina lelaki masa tampal hari tu, mcm doktor baru je, tampal gigi aku pun x rata ntah2 die gak penyumbang gigi berlubang tu infection ish. Dapat doktor perempuan melayu kali ni, die ketuk2 bahagian tampal, die tanya sakit x, yup mmg sakit pun die ketuk tu. Die pun explain, "Gigi awak ni dah sakit sampai ke telinga kan. Bila ketuk pun sakit, kalau berdenyut sampai ke telinga dan lebih dari setengah jam, hujung akar tu mybe dah bernanah. Jadi ada 2 option, nak cabut atau buat rawatan akar. Kalau rawatan akar kena datang banyak kali appointment 2-3x ikut jadual kita tetapkan. Kalau nak cabut, tak boleh hari ni sebab tengah sakit". So, aku decide nk cabut. Doktor tu kate akan bagi ubat untuk aku makan. Lagi seminggu datang cabut gigi pulak. Tp die suruh jgn dtg Jumaat, dtg la hari isnin-khamis sbb dorang agak bz ada cleaning something like that la Jumaat. Bagi aku doktor ni baik sangat huhu...
Dapat surat prescription doc aku kena ambil ubat kat unit farmasi. Dapat 2 jenis ubat, 1 ubat tahan sakit makan masa rase sakit je. 1 lagi antibiotik Amoxycillin 250mg (2 biji 3xsehari after meal). Antibiotik ni bassically untuk stop bacteria growth kat gigi berlubang aku yg dah infected tu. Doctor tu tegaskan jangan skip! Kena habiskan. Pharmacist tu pun pesan suruh habiskan dalam masa 5 hari. OK, will try my best sbb aku kurang disiplin makan ubat haha..
Hopefully sihat sepenuhnya masa kenduri nanti. Aminnnnnn!

