.

Konco-konco

Time is Money

Tuesday, August 25, 2015

Urusan Borang Nikah untuk first timer (JAIP- Pahang)

Assalam,

Cehhh tajuk entry tak boleh blah!

OK, aku nk share lah sikit pasal first step nak nikah alang-alang aku sedang mengharungi pengalaman ni. So, that readers yang visited blog ni dapat some info's especially bakal pengantin Negeri Pahang peace yawww!


Makanya, semalam selesai la sudah kegementaran/nervous aku untuk melangkah ke Pejabat Agama Cawangan Jengka (cehhh nak ambik Borang 1 Permohonan Kebenaran Berkahwin pun nervous). Aku duduk dan akan bernikah di Jengka 19. Masa ambil borang tersebut aku kena tulis nama, IC, alamat dalam buku rekod Pejabat Agama tersebut dan beli borang tu dengan membayar RM1.00 dan diberi sedikit penerangan (nada suara slow tapi terangnye laju bebenor) berkenaan apa kena isi dan dokumen apa kena serahkan sekali nanti. "Borang ni hantar kat Pejabat Agama Chenor"...oleh kerana aku Jengka 19 di bawah Pejabat Agama Chenor, so kena submit kat sana, Okey Dokey!
Senarai Semak

'Borang 1' Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin
Borang Saringan Ujian HIV
Sebenarnya, borang ni boleh dimuat turun/download kat website JAIP jugak. Cuma nya aku tak buat macam tu sebab takut ada borang yang aku tercicir download and boleh dengar sendiri penerangan dari Pejabat Agama. Tak lah memandai2 je klu just download dari internet.

PORTAL RASMI JABATAN AGAMA PAHANG

Jadi untuk lebih selamat aku pegi jugak ambil manually kat Pejabat Agama Islam (Jengka). Lagipun, aku tengok kat Borang 1 tu ada Nombor Siri so macam tak yakin je download kan?...


Senarai borang-borang yang aku terima dari Pejabat Agama Jengka.

i- SENARAI SEMAK (PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN)
ii- BORANG 1 (PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN)
iii-  BORANG PERSETUJUAN MENJALANI UJIAN SARINGAN HIV

Antara perkara stated dalam senarai semak tu ialah Salinan IC pemohon&pasangan, Asal & Salinan Surat beranak, salinan IC wali, asal&salinan surat akuan nikah ibu bapa (yg ni ade option yg mana xde dah surat tu boleh buat baru, atau ibu bapa kena hadir masa submit, atau klu dah meninggal perlu bawa saksi), asal & salinan sijil kursus kahwin,Wakalah Wali (jika wali x dapat hadir masa nikah), Ujian saringan HIV, dan lain-lain..

After ambil borang tu, aku straight go to poliklinik bandar Jengka. Niat di hati nak settle kan saringan HIV terus. Selesai 1 masalah. Masa di Poliklinik, pergi kat kaunter pendaftaran cakap "nak buat saringan HIV/HIV test untuk kahwin". Ambil borang saringan HIV yg dapat dari Pejabat Agama tu isi nama & IC.
Borang Saringan Ujian HIV

After that petugas kaunter bagi kad pendaftaran dan nombor giliran. Aku kena tunggu kat bilik Nombor 9 (Unit Saringan). 1002...nombor aku 1030 :(  . Sesampainya turn, nurse tu bagi lagi 1 borang kebenaran untuk ujian HIV (Borang Saringan Ujian HIV Pra-perkahwinan-->yg ni borang poliklinik punya, die suruh isi juga. Putih dorang ambil, salinan yg merah dia bagi kita).
Borang Saringan Ujian HIV Pra-Perkahwinan
Then, nurse tu pun cek guna TEST KIT, result dia dapat on de spot. Nervous jugak nk tunggu result dia. 1 line. Alhamdulillah...nurse tu kate 1 line means non-reactive which means I AM FREE FROM HIV AND CLEAN!
After test, aku kena tunggu kat bilik pemeriksaan 5 untuk minta COP & SIGN doktor bertugas. DONE!!

itu sahaja untuk first step. Next step kena tunggu pihak lelaki selesaikan borang bahagian dia. Barulah lah pihak perempuan boleh submit ke Pejabat Agama kawasan perempuan. Thats all for now..will update later on next step!Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

No comments: