.

Konco-konco

Tuesday, June 25, 2013

Kelapa Goncang, Klebang, Melaka.

Dah lama dah actually pegi kedai ni. Cuma x sempat nak update. Disebabkan lappy ni dah uzur lalu jarang lah on9 gune lappy, uzur yg penat sikit je die semput lalu pitam. Eleh alasan! Bukannye x boleh on9 kat tab!..eh3, bukan mcm tu, klu update entry kat tab, ade prob nk upload gambar, upload hr ni 5 tahun tunggu pun belum tentu berjaya. Please improve ur gadget ye SAMSUNG!

Nak cerita pasal ORIGINAL COCONUT SHAKE Klebang kat Melaka, tepi jalan je...aku pegi hari tu awal bulan 6 kot...mase tu pegi Melaka berdua dgn Kak Lang je atas tujuan nak melawat mak Apis yg sakit..baru lepas jatuh dalam rumah, lebam2 pipi and bengkak kaki. Maka sangat tidak eloklah klu aku x datang melawat kan?

Petang sesudah sampai tu, sempat la keluar kejap ke Melaka nk menerai kelapa goncang ni yg sebelum ni asek lalu lalang je kat jln tu tp x berhenti sbb sokmo2 la org ramai que dgn panjangnye. So, kali ni mmg nekad nak que jugak x kire la panjang mane. Apis kate nampak je panjang tp x la lame pun. Modus operandi kedai ni mcm ni...kedai yg kat tepi jalan tu just for take away/bungkus. Kalau korang nk duduk2 minum ke makan ke kene masuk dalam, ikut jalan tepi kedai tu. Tp mmg sesak lah! Dah la jln nye kecik, kete yg masuk beso2, gasak lah korang kan.

Mase aku beratur ni mmg aih panjang jugak. After aku, apis n K.lang dah masuk que tu pun still org x putus2 dtg que kat belakang...korang boleh imagine kan betape meriahnye sambutan coconut shake ni. Mat Salleh ade, org Singapore ade. Sambil2 beratur tu ramai jugak ambil2 gambar keadaan kat situ. Well, most of them       mmg pelancong pun. RM3 1 cawan, rase die sgt berbaloi...perghhh...sedap! Sile lah cube!

Operasi:

Isnin-Ahad (11:00am-6:30pm)
Jumaat (2.30pm-6.30pm)

Antara gambar kemeriahan:









 Setimbun bekas ice cream vanilla...fuyooo.

 Budak pengupas kelapa 
 Skrip Kak Lang: Kayaaa la akak...!
 Kami dah cube anda bile lagi?? (the shadow)
so slurpy (^_____^)
p/s: Dengar2 Kelapa Goncang dekat Batu Berendam, Melaka pun sedap. Kawan I cakap lagi sedap...wallahu'alam.

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

No comments: