.

Konco-konco

Wednesday, November 26, 2014

Tukar Nama Hakmilik Motorsikal Dalam Geran..

Alhamdulillah... 24.11.2014 settle dengan lancar urusan tukar nama geran motor aku beli hari tu.

Serabut tetttt je dengar dari mulut orang mase survey pasal cara/prosedur tukar nama. Orang ni cakap camni orang tu cakap camtu..orang sane cakap rumit tukar insurans makan 2-3 hari (aku dh cuak dah sebab susah nak cuti). Rupenye simple as kacang goreng je proses die. Tunang aku pegi tanya kt JPJ UTC Melaka, die kate kalau owner and pembeli duk jauh, datang je JPJ isi borang and sah cap jari. Buat berasingan pun takpe.Tapi ingat borang sah 7 HARI je!!!!!

"Pembeli & penjual datang JPJ Bukit Katil isi borang&cap jari"-JPJ UTC-

Aku buat urusan tukar nama ni dekat JPJ Bukit Katil Melaka, as my fiancee orang Melaka and penjualnye pun duduk Melaka cuma owner asal (bapa penjual) je orang Kluang Johor.

Disebabkan faktor jarak geografi pemilik lama dan pembeli (Johor vs Pahang), maka prosesnya seperti yang aku nak cerita ni la.

FYI, start bulan April baru ni x silap, sistem JPJ telah ditukar berkenaan penukaran hakmilik kenderaan ni yg mane pemilik&pembeli kene hadir ke JPJ untuk thumbprint(pengesahan cap jari) kat kaunter dengan komputer. Tapi tak semestinye hadir serentak/sama2 masa hari penukaran. Takde dah boleh guna borang  sumpah cop jari wakil2 ape semua tu (TM-AB dah x valid).

So, alkisahnye..ayah penjual datang dari Kluang minggu lepas pegi JPJ Melaka (xtau JPJ mane die pegi),isi borang belah pihak die and buat pengesahan cap jari. Then die pass borang kat kami, kami terima borang yg die bagi JPJK3 (senarai semak), TM-1, Geran asal motor (roadtax mmg ade kt tunang aku sebab motor dah ambik).

Pastu kami pegi JPJ Bkt Katil hari Isnin baru ni, tanya pengawal tingkat atas (salute pengawal ni, die duk meja kat tangga, peramah dan sangat membantu), die semak dokumen, and bagi lagi 1 salinan borang TM-1 untuk di isi dengan nama aku pulak (owner asal bagi TM-1 hari tu berisi dengan nama dia). JPJK3 tu belah atas owner asal dh isi maklumat die, bahagian pembeli aku kene isi nama aku.

So, kat tgn aku ade JPJK3 (nama aku&nama owner asal), TM-1 (nama aku), TM-1 (nama owner asal), geran, roadtax.

Then guard tu cakap ada due cara nak tukar nama geran. Klu rase malas nk keluar dh batalkan je dulu roadtax and terus g kaunter tukar nama geran ataupun lagi 1 cara pegi batal insurans owner lama buat insurans baru atas nama aku then pegi tukar nama geran, batal roadtax lama dan hidup roadtax baru. Aku  decide settle semua terus la senang, mujur ade tempat buat insurans kt kantin JPJ. Jangan lupa mintak kat kaunter borang batalkan roadtax, isi borang tu untuk serahkan mase kite nak proses geran&dll kat kaunter nanti.

So, pegi la aku dengan tunang aku ke kantin tu, batal insurans lama, hidupkan insurans baru. Kene RM210. Then, masuk JPJ balik. Sementara tunggu  agent insurans tadi dah update dalam sistem dalam 20 minit..aku ambik nombor, saje cube nasib kot2 dah masuk sistem dh insurans tu. Sampai turn, die kate x masuk lg dlm sistem. So, abg kaunter tu just batalkan roadtax&tukarkan nama dalam geran dulu sebab dah nk pukul 1 dorang nk rehat dah (tukar nama geran RM3 je). Die pesan nanti ambik nombor kat bawah hidupkan roadtax. Jadi dah settle tukar nama geran, tinggal nak hidupkan roadtax je lagi.

Perlu difahamkan kat sini, insurans dihidupkan atas nama pembeli baru adalah syarat untuk hidupkan roadtax. Geran kalau nak tukar nama cukup sekadar roadtax pemilik asal dibatalkan dah boleh tukar nama dalam geran.

Kami pun turun tingkat bawah ambik nombor...sampai turn, akak kaunter ckp xmasuk sistem lg. So, tgu ler lagi (ouh belum 20 minit lg hihihi,...x dan2 kan ;p)..aku call akak insurans tu blk, dlm 5 minit kemudian baru masuk dlm sistem. So, dgn pantas aku g kaunter akak td bgtau dah masuk. Roadtax pun dihidupkan, cas hidup roadtax RM2 je. Settle!!!!

jadi secara rumusan nye...(untuk kes beli motor insurans & roadtax masih hidup).

1. Owner dan pembeli pegi JPJ thumbprint kt JPJ masing2. Owner isi borang berkenaan. (JPJK3, TM-1)..pembeli isi borang (TM-1, JPJK3 yg owner dah isi info die, borang pembatalan roadtax)
2. Bawa Geran original & Roadtax yang masih hidup tu.
3. Pembeli pegi batal insurans owner asal dan buat insurans baru atas nama pembeli.
4. Ambil nombor giliran. Sampai turn, pegi Kaunter JPJ (tukar nama dalam geran & hidupkan roadtax sekali).

JPJK3 (1 helai), TM-1 (2 helai: 1 owner isi 1 pembeli isi), Borang batal roadtax (1 helai), geran asal 1, roadtax asal 1.

Selesai.

Atau.

1. Owner dan pembeli pegi JPJ thumbprint kt JPJ masing2. Owner isi borang berkenaan. (JPJK3, TM-1)..pembeli isi borang (TM-1, JPJK3 yg owner dah isi info die, borang pembatalan roadtax)
2. Bawa Geran original & Roadtax yang masih hidup tu.
3. Pembeli pegi bawa borang pembatalan roadtax dgn geran ke kaunter. Batal roadtax. Tukar nama geran. (bawak semua form di isi tadi jugak). sedia RM3.
4. Pegi hidupkan insurans atas nama pembeli (batal insurans owner). Sedia duit insurans dalam RM200++.
5. Ambik nombor, sampai turn pegi Kaunter JPJ (hidupkan roadtax). sedia RM2.

Selesai...

p/s: simple je proses die..cuma dalam senarai semak tu die tulis 2 salinan JPJK3, mule2 risau jugak sebab owner kasi 1 salinan je yg berisi nama & sign die. Tp masa bawak kat kaunter, proceed je xde masalah pun dgn 1 salinan JPJK3 tu..so xpela kot.

Harap entry ni membantu :)

Kat bawah ni form berkaitan.. (source internet).

1. Ni JPJK3. Borang baru agaknye. Kat JPJ masih guna borang lama. Info yg perlu di isi lebih simple berbanding borang dalam gambar ni.


2. Ni borang TM-1. Pembeli isi 1, Penjual isi 1.


3. Borang pembatalan Roadtax.

5. Geran original.

6. Roadtax original.

7. Inilah borang lama TM-AB surat sumpah wakil (sekiranya pembeli/penjual x hadir) and cop jari sistem lama yang dah tak boleh diguna pakai sebab sistem baru pengesahan cap jari di kaunter menggunakan komputer terus. So, borang ni invalid sudahhhh...

Line leaf top Pictures, Images and Photos

onion head Pictures, Images and Photos

141 comments:

Unknown said...

Minta maaf . Saya nak tanya costing tukar nama ngan puspakom sahaja . Betul ke rm 3 je tukar nama ?

Unknown said...

Terima kasih sahabat😊

shah89 said...

salam...masa owner pergi thumbprint and isi borang kene bawak skali ke geran and roadtax

TNH AR said...

Maaf semua lama x buka blog.

Iqmal Syafiq: Tukar nama geran mmg RM3 je. Hidup roadtax RM2. Insurance lain kire laa mcm motor RM200++. Klu puspakom x pasti sbb xmasuk puspakom pun :p

Mohammad Muzaini:Sama2, harap dpt membantu.

shah89: wslm, bwk je (sy xpasti sbb sy ni pembeli). in case die nk refer bwk je standby. Roadtax xperlu kot. Tp geran tu mcm perlu..

Unknown said...

assalam,,sy x paham pbezaan car ptama n kedua tu
yg ke-2 tu ad state rege insurans rm200++ tp yg ptama xdak pkai duit ka walopon batal n buat balik insuran baru(pembeli)

Unknown said...

Salam...boleh tak cuma tukar nama je tapi tanpa batalkan insuranse...?

TNH AR said...

Yg pertama tu kira nak settle sekaligus terus once kat kaunter JPJ. So u kena pergi settle hal insurans dulu, batalkan insurans owner lama then hidupkan insurans baru atas nama u..pastu terus je selesaikan kt kaunter JPJ utk batal roadtax owner lama +tukar nama dalam geran.

Cara ke-2 tu tukar nama dlm geran dulu dgn batalkan roadtax owner lama sahaja. Insurans buat kemudian. Tp due kali keje la kena dtg balik JPJ kan utk hidup roadtax baru atas nama kite after kite keluar settle kn insurans. Insurans still rm200++ utk motor.

Due cara ni beza nye nk tukar nama gerab dulu atau nak hidup insurans dulu. Tu je..xnk 2x keje pilih la nombor 1.

TNH AR said...

Boleh dik. Nak tukar nama just batalkan roadtax owner lama je terus boleh tukar nama dlm geran.

Tapi...u kena igt, klu still insurans nama owner lama. U x boleh hidupkan roadtax baru atas nama u sbb syarat hidup roadtax baru adalah insurans perlu hidupkan atas nama u.

Harap membantu ^___^

Anonymous said...

Nk tanya , kalau nk tukar nama motor , kena ada lesen kompiten ke ?

Anonymous said...

assalam...ok disini sy tolg bagi fahm semula secara rngkas..buat roadtax rm2 hnya utk motosikal dibawah 150cc..jika atas 151cc roadtax rm30...utk insurans tgk pada kita brapa nk cover setahun,first party or all rider..cth sbelum ni cover rm5000,first party allrider rm200,kita turunkn nilai cover secara automatik bayarn insurans turun dri sbelum.cara mudah klu pmbeli jauh dri kita or lain2 negeri kita leh post sgala dokumen yg kita dh siapkn disini..cth isi borg jpjk3,tm-1 dan bawa skali ic copy pmbeli(klu hafal nama penuh n ic xyah bawa copy).dh siap thumbprint trus post pada owner baru borg yg kita isi trmasuk geran n roadtax srta ic copy kita..bila owner baru dh trima sgala yg kita post tu,dia leh buat pmbataln insurans asl dan trus buat insurans baru ats nama dia n isi borg pmbataln roadtax,jpjk3 dri pnjual dan borg baru tm1.pmbeli kena bwa roadtax n geran asl skali semasa urusn disana..pegi kaunter settle semua..jnji jgn lebih 7 hari..klu x kena buat semula

TNH AR said...

Erkkk...lesen kompetent tu cmne? I hari tu bawak lesen B2 je. Tp die x mintak pun.

TNH AR said...

Tq for that explanation. Harap membantu semua :)

Ziela said...

Assalamualaikum..Jadi boleh la kiranya nak tukar nama saje dulu.xnak buat insurans roadtax dulu.

TNH AR said...

Boleh..xde masalah. Batalkan je roadtax owner lama, isi borang batal roadtax ya then ambik nombor pegi kaunter. Dan bawa borang2 yg dikehendaki dalam cara pertama sy mention dlm entry. Bayar RM3.

Anonymous said...

Info membantu. Soalan saya kalau insurans dan roadtax dah mati tapi belum setahun, bagaimana pula caranya?.

TNH AR said...

Kalau roadtax mati tu lagi senang awak boleh terus boleh tukar nama. Tapi dengan syarat dokumen dan pengesahan cap jari pemilik asal dan urusan lain belah pihak die dah selesai dulu lah.

Tp harus diingatkan, awk xboleh nak hidupkan roadtax baru kenderaan tersebut sebab insurans perlu hidup atas nama awak. Nanti kalau nk renew roadtax baru, boleh la hidupkan insurans atas nama awk ye (if awk pemilik baru tu).

Unknown said...

Kalau Roadtax mati ... Perlu batalkan juga ker road tax owner lama?

Unknown said...

Kalau lesen dah mati leh buat urusan tukar nama tak? dia mintak lesen ke masa tukar nama?

TNH AR said...

Syafiq Noor: Masa sy buat tu, xde pun die mintak lesen.. xtau la kot atas yg jage kaunter tu kan.

TNH AR said...

Maria Alin: Saya batalkan roadtax owner lama sebab masih hidup. Kalau dah mati x perlu la batalkan hehe..

Anonymous said...

Kalau tukar nama kat geran, x perlu nak renew insurance n road tax kan? Kiranya bayar untuk tuka nama sje laa kan? Insurance tu untuk kan?

Unknown said...

Saya nk tanya jgak nih admin . Sy ada beli moto tapi dh lama roadtex mati lebih setahun .. dokumen smua complete . kalau nk tukar nama takde roadtex boleh tak ehh

TNH AR said...

Anonymous: Yup, memang xperlu renew roadtax and insurans untuk tukar nama dalam geran. Tapi awk nak bawak motor tanpa roadtax ke, bawak dlm kampung ok la. Sebab kalau x renew insurans cmne nk hidupkan roadtax? huhu

Asyraf rare: Kalau xde roadtax@roadtax mampus boleh je tukar nama, memang selalunya org jual motor lagi senang kalau roadtax mati sbb boleh tukar nama terus x pening kepala si penjual..haha.. Syarat renew insurans tu untuk hidupkan roadtax baru je.

TNH AR said...

Asyraf rare: Tp dokumen yg saya cerita dalam entry and procedure kene ikut cmtu la ye untuk proses tukar nama. Still the same.

Unknown said...

Tapi sy malas nak msuk puspakom . Sy hantar runner buat roadtex . Kena beli insuran jgak ke

TNH AR said...

Asyraf rare: Nak hidup roadtax memang awak kena renew insurans atas nama awak lah. Insurans & Roadtax boleh runner buatkan. Tapi ingat tau tukar nama geran kena owner sendiri.

Anonymous said...

Klau nama owner lama ada blacklist, akan ada mslh x proses tukar nama tu?

Unknown said...

Salam, situasi sy sama seperti tuan. Tapi sy hanya terima Geran dan copy IC owner lama shj. Owner lama tak pos borang JPJK3 & TM-1. Boleh ke saya proceed ke JPJ tanpa dua borang tu? Tapi detail owner lama sy ada. Tarikh last tukar nama Jumaat ni. Minta minta boleh la proceed. Sebab saya di Selangor, owner lama di JB. Tqsm tuan harap dapat reply cepat sebelum Jumaat ni hihihi

TNH AR said...

Amir Zahin Ismail: Ape yg sy tau, owner lama mmg kene pegi sah kan cap jari dan isi borang jpjk3 dan TM-1 tu. Mase die cap jari tu lah die proses borang berkenaan sekali. Sepatutnya owner boleh pegi bt semua tu di mana2 jpj kt JB then pos form kt awk. Xpela, awk pergi je la JPJ esok tye ape yg patut...gud luck :)

blog.jdi said...

hi nak tanya. masa tukar nama dan buat pengesahan cap jari owner kena bawa geran tak? sebab geran dah bagi kat pembeli.

Afnan Pene said...

Hai . Nak tanya . Pembeli moto saya ade kat kl , moto saya atas nama ayah saya . Macam mana saya nak tukar nama ? Ayah saya malas nak pergi kl . Jauh . And kalau ayah saya malas nak ambil port pasal ni . And dia just bagi geran je kat saya . Ape saya nak kena buat . Sedangkan nama moto ayah saya . Tapi ayah saya bagi geran and suruh saya setel sendiri . Macam mana tu ?

TNH AR said...

Blog.jdi: saya x sure lah sebab x tau jugak prosedur belah penjual. Sorry, sbb saya pembeli dan masa saya proses hari tu mmg geran masih pada penjual masa die pergi sah cap jari dia. Awk cuba tye kaunter jpj.

Afnan Pene: Ayah awk xboleh wakilkan awk urus tukar nama tu sebab kalau die malas ke KL sekalipun die boleh pergi ke JPJ berhampiran die, bwk geran sekali dan isi form berkaitan kt JPJ berhampiran tu, sah kan cap jari di kaunter. Dah selesai tu, baru die boleh serah segala dokumen die isi mase sah cap jari bersama geran dan roadtax kt awk..then, baru awk take over process seterusnya dgn pembeli, yg mana pembeli boleh settlelan kt jpj KL pulak bwk geran, roadtax and form yg ayah awk dh isi mase die g JPJ tu. Tapi form ayah awk isi tu valid dlm masa 7 hari SAHAJA ye.

Anonymous said...

Sy bru bli moto dri bdk ni die kasi sy gran n roadtax..roadtax hidop lg...skrng ni yg bt sy keliru roadtax tu hilang...blh ke kite tkr nme n klu nk bt insirans bru jpj tu mtk ke roadtax kt kite...

Unknown said...

Klau tukar nma kat jpj bwa geran n potostet ic je,pemilik x ikut,,,rodtex mati,,,,bole ke,,,,

Unknown said...

Klau tukar nma kat jpj bwa geran n potostet ic je,pemilik x ikut,,,rodtex mati,,,,bole ke,,,,

TNH AR said...

Anonymous: sy xigt lah sy kena tunjuk ke x roadtax hari tu..awk cube pergi jpj ye tye. Tp jgn lupe, proses tukar nama mcm sy cerita tu ye, pengesahan cap jari di jpj due2 pihak.

TNH AR said...

Toi: x boleh bro. Sy dah cerita dalam entry details proses penukaran. pengesahan cap jari owner dan pembeli di JPJ wajib dilakukan.

TNH AR said...
This comment has been removed by the author.
TNH AR said...
This comment has been removed by the author.
yontai88 said...

Salam bro kalo kes tukar name moto tu cukai jalan dah mati tapi tak smpi lagi setahun canner

Unknown said...

Sala nak tanya. Kalau tukar nama gran motor smua. Motor kena check dlu ke dkt puspakom? Dan owner pembeli kena ad lesen tak?

TNH AR said...
This comment has been removed by the author.
TNH AR said...

Sy bt hari tu xpyh masuk puspakom. Xde lesen boleh, die xmtk lesen pun..

jusho2 said...

nk g check puspakom x klau nk tukar nama geran motosokal

Amirul asyraf said...
This comment has been removed by the author.
Amirul asyraf said...

Salam...na tanye nie...klau na tukar nama ..gran ade tp ic owner tak de..owner pon tak dpt dikesan..road tax mati..boley k..brape kene bayar...mintax tolong yea otai2...kepale dh serabut dh

TNH AR said...

Amirul Syafiq: Hmmm...senang dah tu roadtax mati boleh tukar nama terus. Tapi masalahnye owner xde mmg x boleh tukar nama dik, mesti ada pengesahan biometrik owner asal iaitu cap jari kat komputer jpj dan isi form yg dikehendaki. Tq

TNH AR said...

Jusho2: kalau roadtax belum mati lebih setahun xpayah..

user said...

salam..sy nk tnya, sy ada beli motor 2nd hand pastu dh siap tukar nama kat geran tu. penjual tu ada bg sy roadtax tapi still hidup lagi dan insuran dia dh batalkan. jadi soalan sy , sy kena bayar insuran ke utk hidupkan? dan sy kena buat roadtax baru ke? tq

TNH AR said...

User: yes.ofcos..if awk nk guna dulu motor boleh je sbb roadtax hidup cun. Cuma risiko lah sbb awk xde insurance. To make it safe, hidupkan insurance baru atas nama awk. Then, batal roadtax owner lama seterusnya hidupkan roadtax atas insurans baru awk tu. Ok?

TNH AR said...

User: yes.ofcos..if awk nk guna dulu motor boleh je sbb roadtax hidup cun. Cuma risiko lah sbb awk xde insurance. To make it safe, hidupkan insurance baru atas nama awk. Then, batal roadtax owner lama seterusnya hidupkan roadtax atas insurans baru awk tu. Ok?

Unknown said...

Assalam bole ke tuka nama geran motor dulu walaupun roadtake mati lebih setahun atau kne puspakom terlebih dahulu dan jika kita buat tumbprint pmilik baru dtg ke jpj tanpa surat asal tumbprint kerana pemilik jauh

TNH AR said...

Nizam, xboleh. Lebih setahun kena masuk puspakom xsilap, kalau info salah maafkan sy. dan dokumen asal pemilik (borang2 seperti dlm entry blog) perlu ada sekali.

Sarep Seh said...

Salam, nk tnye, btul x konklusi sy wat , jus utk tukar nama kat geran. Assume rotex sampai 2/3/16, tukar nme pada 27/2/16. P pjbt jpj, isi dokumen, thumbprint dgn owner asal, settle. Then pada 3/3/16, rodtex mati, so, wat insuran owner baru, hdupkn rodtex. Btul x?

TNH AR said...

Sarep: ade correction sikit, sbnr nye lagi senang kalau tukar nama after roadtax mati sbb terus boleh tukar nama pada geran x payah nak isi2 borang batal roadtax owner lama. So better u tukar after roadtax mati, then terus boleh renew insurans and roadtax baru.

Unknown said...

Salam, nak tnya kalau nk tukar nama owner bru xdatang boleh x.owner lama yg uruskan

Unknown said...

Salam, nak tnya kalau nk tukar nama owner bru xdatang boleh x.owner lama yg uruskan

TNH AR said...

Unknown: Owner lama dan baru perlu ke JPJ untuk sah cap jari dekat kaunter JPJ. Tapi x semestinya datang serentak..mula2 suruh owner lama settle borang bahagian owner lama sekali sah cap jari. Pastu pass borang2 tu kt owner baru untuk pegi JPJ pulak settle borang bahagian owner baru dan sah cap jari. Hari lain pun boleh. Tapi borang yg owner lama isi sah dalam tempoh 7 hari je untuk penukaran. Harap maklum. Boleh bace entry dan komen sebelum untuk info details.

Unknown said...

Salam saya ada mslah saman jpj ade sesiapa boleh bantu saya nak settle saman saya tu sebab kena naik court dah lama kes ni. Harap boleh tulong saya ya.. dan kos dikenakan berapa untuk settle. Saya bisy takde waktu selalu outstation. Tq admin

Unknown said...

salam. nak tanya. kalau roadtax moto mati lebih setahun. boleh buat pertukaran nama tak?? kena naik puspakom dulu ke macam mana.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
TNH AR said...

Fiq: sy xpasti pulak.. utk tukar nama tu roadtax mati memang xpe boleh tukar terus tanpa renew roadtax baru. Tapi syarat utk renew roadtax memang awk kene hadap puspakom dulu...wallahu'alam.

TNH AR said...

Unknown: sorry admin xde pengalaman pasal saman and court. Harap sape tau boleh share kat sini untuk kawan kite ni.

Unknown said...

Kalau da batalkan roadtax n tukar nama geran kepada owner baru perlu lg ke owner lama terlibat ntk buat insurans yg baru?

Anonymous said...

Bukan ke kat atas dlm artikel mention kalau nak tukar nama dlm geran kena batal roadtax? Kalau da batal boleh guna lagi ke roadtax tu?

Unknown said...

1. bos klo rotex hidop nk tuka name je boleh kn?
2.klo rotex atas name oner lame mati sebulan lepas tuka name .. kite just tuka name kite at rotex n renew?

TNH AR said...

Syah cencer,

1. Xboleh boss. U kene matikan roadtax owner lama baru boleh tukar nama geran boss. Itu la yg saya cerita dalam entry lagi senang nak tukar nama kalau roadtax dah mati.

2. Boss xpaham konsep renew roadtax ni. Roadtax boleh renew if insurans sudah renew atas nama boss. So, flow die, matikan roadtax owner lama>tukar nama geran>renew insurans nama boss>renew roadtax.

Tq ;)

TNH AR said...

Akmal hanapi,

So u dah settle tukar nama dalam geran lah ye? Jadi small matter dah tu. Tinggal u pergi jumpe agent insurans dan renew insurans nama u. Agent tu sendiri akan batalkan insurans owner lama dan renew atas nama u x perlu susah2, owner lama x terlibat..lepas insurans dah baru teruskan lah renew roadtax di JPJ atas nama u.

Tq ;)

Unknown said...

Thanks admin atas info yang sangat membantu. Jazakallah hukhairan...

iwansprinter said...

Maaf Tuan..
1) Kalo onwer tk dpt dtg jpj boley tak?? just ambik cap jari dan isi borg dia..
2) Roadtax dh mati lebih setahun dan roadtax hilang. Boley ke nk tukar nama?

Gadis Pulau said...

Tumpang tanya....
1.saya(owner) boleh ke batalkn insuran saya dan pembeli baru xnak beli insuran baru lagi??? @ lepas owner batalkn insuran, pembeli wajib beli insuran baru pada hari tu jgk???
2. boleh tak tukar nama geran klau si pembeli x beli insuran yg baru???
3. Boleh tak batalkan roadtax owner sekiranya si pembeli belum beli insuran baru???

TNHAR said...

Gadis pulau:
1. Boleh.xde masalah awk nak batalkan. Xwajib pun buat pada hari yg sama. Cuma risikonye owner baru x dilindungi insurans dan motor die xboleh renew roadtax la sbb insurans .
2. Nama geran syarat nak tukar cuma awk batalkan roadtax awk. Then terus boleh tukar nama atas geran.thats why lebih mudah nak tukar nama geran sekiranya roadtax owner lama dah mati.
3. Jwpn sama dlm no.2

Kalau awk bace entry. Syarat nak renew roadtax ialah owner baru perlu renew insurans atas nama die (auto insurans owner lama perlu dibatalkan). Syarat nak tukar nama geran cuma matikan roadtax owner lama dah boleh tukar nama dalam geran.

yazid said...

salam
saya nak tanya..sekarang ni say nak jual moto saya..saya owner..motor saya plak roadtax dah mati tapi belum lebis stahun
sekarang ada kedai moto nak beli motor saya..
so apa step yang perlu saya buat kalau nak pergi secara asing?..insurans xperlu renew juga kan untuk tukar nama? sbb buyer sy ni kedai motor..bukan individu

yazid said...

*lebih

Unknown said...

Salam, kalau kite beli moto 2nd kt kedai, tuka nme dlm geran, then kluar moto tnpa insurans kedai sbb nk buat insurans lain boleh ke? Roadtax xboleh dihidupkanla mcm tu kan?

Unknown said...

Salam, kalau kite beli moto 2nd kt kedai, tuka nme dlm geran, then kluar moto tnpa insurans kedai sbb nk buat insurans lain boleh ke? Roadtax xboleh dihidupkanla mcm tu kan?

TNH AR said...

Yazid: roadtax dah mati lagi senang boleh terus je tukar nama pada geran xperlu susah2 nak batalkan roadtax dulu. Insurans xpayah renew sbb awk nak jual..nnti pepandai la kedai tu renew..and uruskan dengan pembeli die nanti.

TNH AR said...

Faris: klu awk beli motor second..kebiasaannya kedai tolong urus tukar nama dan insurans siap2.

Tapi in case die suruh urus sendiri, tgk r.tax masih hidup ke x?kalau mati pergi tukar nama dalam geran terus. Klu hidup pergi batalkan r.tax dulu dan tukar nama dalam geran. Kemudian pergi renew insurans atas nama awak..dan lastly renew r.tax baru...DONE!

master ery said...

As salam...info yg bgus..moto sy nk jual..tp roadtax dh lama mati...setahun lebih kot...tp moto sy ngn pembeli ade kt pahang..sy ade d johor...nk tukar nama just pada geran pn memerlukan owner intul pngedaham thumbprint jgk ke?atau sekadar pembeli p jpj tukar nama je

TNH AR said...

Master ery: "Tunang aku pegi tanya kt JPJ UTC Melaka, die kate kalau owner and pembeli duk jauh, datang je JPJ isi borang and sah cap jari. Buat berasingan pun takpe.Tapi ingat borang sah 7 HARI je!!!!!"

Sy copy paste dari entry sy..awk bace ke belum ni..hehe.

Dua2 kene sah thumbprint..boleh buat berasingan. Dalam masa 7 hari pembeli perlu selesaikan urusan belah die sbb borang awk sebagai owner sah 7 hari saje untuk settlekan secara berasingan.

azizi said...

Saye nak tanye saye belom ade lesen tapi dah nak ambek lesen L
Tapi sebelom buat lesen
Saye nak beli motor dulu
Blh ke

Unknown said...

Good info bro. Tapi ade musykil.
Example:
1-geran asal tu harus berada pada siapa. Owner asalkah atau pembeli atau bia oqner asal pegang dulu geran tu n settle sebelah dia n post geran n dokumen yang telah diisi di jpj tempat dia. Atau geran tu ada kat pembeli tak payah pos2 kat owner asal sebab pembeli kene tukar nama.
Sinopsis soalan diatas
-owner moto hanya perlu datang jpj sehelai sepinggang dan isi borang di jpj n thumbprint n dlm masa 7 hari pembeli pwrlu pergi jpj n settle hal dia. Soalan ini untuk tukar nama roadtax dah MATI

TNH AR said...

Azizi Roslan: Boleh..tp awk cr agent ygboleh tlg settle beli motor tanpa lesen. X silap byk jugak kedai2 motor skrg yg xperlu deposit,lesen dll dan lebih mudah syarat2 utk pembelian, tp kena carilah..sbb my friend dpt beli motor even xde lesen.

TNH AR said...

Last Least:
My suggestion, biar geran ada pada owner asal dulu die settlekan dgn jpj. Then, dah settle die pos dokumen2 beserta geran pada owner baru utk process pertukaran nama dan seterusnya. Settle.

Unknown said...

As Salam.. Tn.
Sy ingin beli 1 motor nie, & owner dia org luar negara..
Bagaimana caranya sy nk buat penukaran nama dlm geran?
Perlukah owner tu datang ke JPJ juga?
Document apa yg perlu sy bwa?

Anonymous said...

Salam. Sy dlm proses nak jual motor. Kalau sy nak buatkan insurans baru ntk buyer apa dokumen yg sy perlu bawa/minta daripada buyer ye? Sy nk guna cara 1. Batal n renew insurans atas nama buyer. Lps tu sama2 pergi
jpj tukar nama.

Ataupun trus tukar nama dulu di jpj. Renew insurans n roadtax buat kat pejabat pos je. Xyah dtg jpj blk. Boleh ke?

Anonymous said...

Assalam bro saya nk bertnya sedikit jika owner moto dlm geran tk mahu potong nama tapi ayah dia suruh mcm mana? Bola tak kalau ayahnya pegi gntikn owner moto geran tu

Anonymous said...

saya nk tnya nii...owner lama sudah meninggal...diapun tiada waris...tpi geran dia masih ad...klu nk tukar nme dlm geran tu mcm mne?sbb sy beli atas tangan org...org tuu kate diapun mcm sy...xthu nk buat...sy beli kt dia sbb murah...nk kate curi geran dia masih ad...

Unknown said...

sya x mmpunyai lesen motor .. boleh ke tukar nma dan sgala urusan yg bkaitan tukar nma geran motor ??

Unknown said...

Mcm mna pla nk tkr nma klau da lost contact dgn owner..dlu x smpt nk tkr nma..

Unknown said...

kalau aeon credit tapi belum habis bayar lagi boleh ke tukar nama ?

TNH AR said...

Siti Aishah Abdul Latif: Maaf saya kurang arif kalau melibatkan orang asing. Tapi sekiranya geran tu nama die, insurans motor atas nama die, saya rasa proses die sama saje. Die kena ke JPJ juga. Dokumen seperti dalam entry.

Untuk soalan ni.
Anonymous Anonymous said...

Salam. Sy dlm proses nak jual motor. Kalau sy nak buatkan insurans baru ntk buyer apa dokumen yg sy perlu bawa/minta daripada buyer ye? Sy nk guna cara 1. Batal n renew insurans atas nama buyer. Lps tu sama2 pergi
jpj tukar nama.

Ataupun trus tukar nama dulu di jpj. Renew insurans n roadtax buat kat pejabat pos je. Xyah dtg jpj blk. Boleh ke?

(Jawapan: due2 boleh awak...pilih je salah satu cara yg mana awk senang)

Anonymous said...

Assalam bro saya nk bertnya sedikit jika owner moto dlm geran tk mahu potong nama tapi ayah dia suruh mcm mana? Bola tak kalau ayahnya pegi gntikn owner moto geran tu

(Jawapan: Tak boleh awak. sebab sekarang dah tak boleh wakil atau paki runner sebab kita kena buat pengesahan cap jari di kaunter JPJ)

Anonymous said...

saya nk tnya nii...owner lama sudah meninggal...diapun tiada waris...tpi geran dia masih ad...klu nk tukar nme dlm geran tu mcm mne?sbb sy beli atas tangan org...org tuu kate diapun mcm sy...xthu nk buat...sy beli kt dia sbb murah...nk kate curi geran dia masih ad...

(Jawapan: Ini special kes awak. Awak kena pergi JPJ tanya macam mana..in shaa Allah mesti ada cara, ikhtiar pergi JPJ tanya macam mana kalau owner lama meninggal, ada cara lain tak tukar nama..kot ada form khusus untuk kes cmni kita xtau kan)


Blogger Jaff Ptv said...

sya x mmpunyai lesen motor .. boleh ke tukar nma dan sgala urusan yg bkaitan tukar nma geran motor ??

(Jawapan: Boleh xsilap. Tapi say x pasti jugak. saya cakap boleh sebab die xde pun mintak tunjuk lesen..huhu)

Blogger leo oliver94 said...

Mcm mna pla nk tkr nma klau da lost contact dgn owner..dlu x smpt nk tkr nma..

(Jawapan: Awak kena trace juga la sampai dapat. Kalau x jumpe juga, ikhtiar pergi JPJ tanya macam mana kalau owner lama x dapat di kesan, ada cara lain tak tukar nama..kot ada form khusus untuk kes cmni kita xtau kan)

Blogger Unknown said...

kalau aeon credit tapi belum habis bayar lagi boleh ke tukar nama ?

(Jawapan: Kawan saya cakap half atau lebih loan dah bayar baru boleh tukar nama..)

Unknown said...

salam bro.. kalo buat roadtax dan insurans baru.. no plat pon dibarukan jgk ke atau pakai no.plat asal owner lama??

TNH AR said...

Ahmad Nizar: No. pendaftaran (Plate No.) asal kereta. Roadtax/insurans didaftarkan pada no.plate kereta tersebut.

Unknown said...

Jpj nanti mintak lesen tk

~SUTRADARA~ said...

Salam, duk bce bace ni 1 je nak clear kan. Nak buat insuran bru tu kat jpj jugak ke @ kene cri tempat insuran tu?

~SUTRADARA~ said...

N kalau roadtax mati n insuran mati. Just buat insuran baru utk hidupkan roadtax atas nama owner baru kan?

Unknown said...

Saya mau beli moto 2nd kt kedai..tp saya check no moto tu ada saman tertunggak rm400..adakah bila proses tukar nama nanti saman itu akan clear??

Unknown said...

Saya mau beli moto 2nd kt kedai..tp saya check no moto tu ada saman tertunggak rm400..adakah bila proses tukar nama nanti saman itu akan clear??

Unknown said...

kalau motor ada saman boleh ke tukar nama

TNH AR said...

Unknown: Tak mintak pulak.


Sutradara: Tengok la JPJ kat tempat awak buat tu ada tak tempat renew insuran..JPJ saya pergi hari tu ada dia buka kat belah belakang. Agent insuran.
Ya buat insurans atas nama owner baru dan hidupkan roadtax atas insuran baru tu.

Haimi: Saman tu akan dikira saman pada owner lama. Even nombor plat sama tapi jangan risau, kalau disemak saman tu atas nama owner lama. Bukan awk.

Unknown: Boleh...xde masalah. Dia x semak saman pun.

sudden attack said...

Jadi . Kalau first owner tu roadtax masih hidup . Insurance boleh buat bile2 laa . Okay2 faham . Tapi . Kalau nk renew roadtax kene ade insurans

Anonymous said...

Nk tannye kalau roadtex mati and hilang dalam 7tahun nk buat macam mana eh,geran ada owner dah mati?

Unknown said...

Sy nak jual moto..tp moto sy da mati roadtax selama 2 tahun...bolehkah sy tukar nama dengan pembeli...adakah masa sy p jpj kena bw boto sekali untuk tukar nama.

Unknown said...

Sy nak jual moto..tp moto sy da mati roadtax selama 2 tahun...bolehkah sy tukar nama dengan pembeli...adakah masa sy p jpj kena bw boto sekali untuk tukar nama.

Anonymous said...

Salam nak tnya, Di kuanter JPJ@UTC pudu boleh ke kita buat pertukaran hak milik kenderaan... Saya perlukan jawapan. T.kasih.

TNH AR said...

"sudden attack said...

Jadi . Kalau first owner tu roadtax masih hidup . Insurance boleh buat bile2 laa . Okay2 faham . Tapi . Kalau nk renew roadtax kene ade insurans"

-> Kalau roadtax owner tu hidup lagi, insurans die pun tentu hidup lagi..kalau dia tak kisah awak nak pakai motor die tapi masih pakai roadtax, insurans,geran nama die awk pakai je la sampai tarikh mati rtax&insurans tu..dah mati roadtax&insuran tu, kena renew atas nama awk pulak insuran then hidupkan roadtx selepas tu tukar nama. settle. Atau awk xnak tunggu roadtax owner lama mati, nak cepat..pergi la guna cara saya dalam entry. cara nak batalkan roadtax yg hidup tu..

" Anonymous said...

Nk tannye kalau roadtex mati and hilang dalam 7tahun nk buat macam mana eh,geran ada owner dah mati?"

-> Lama tu hilang..nk renew tentu kena pergi Puspakom dulu cek motor. Owner dah mati saya x pasti, awk kena tanya JPJ.

" Syam Mak kiah said...
Sy nak jual moto..tp moto sy da mati roadtax selama 2 tahun...bolehkah sy tukar nama dengan pembeli...adakah masa sy p jpj kena bw boto sekali untuk tukar nama."

-> Roadtax mati lebih dari setahun nak renew insurans&roadtax kena masuk Puspakom cek motor dulu bro. Better awk settlekan dgn Puspakom dulu. Lepas tu kalau Puspakom ok, pergi JPJ tukar nama atas geran. Then, suruh owner baru pergi hidupkan insuran baru atas nama die, kemudian hidupkan roadtax.

"Unknown said...

Salam nak tnya, Di kuanter JPJ@UTC pudu boleh ke kita buat pertukaran hak milik kenderaan... Saya perlukan jawapan. T.kasih."

->Boleh.

Unknown said...

Klau roadtax bru mati semnggu lebih urusan pembatalan roadtax tu mcm mna ? Dan urusan tukar nama tu boleh ke tidak atau kena hidupkn roadtax dulu ?

Unknown said...

Klau roadtax bru mati semnggu lebih urusan pembatalan roadtax tu mcm mna ? Dan urusan tukar nama tu boleh ke tidak atau kena hidupkn roadtax dulu ?

Unknown said...

Tak perlu hidup roadtax. Trus boleh tukar nama. Lepastu baru buat insuran baru n hidupkan roadtax ntk buyer

Unknown said...

Boleh mntk agent insrms uruskn kn bro..tnpa msuk puspakom cuma upah agent tu mahal sikit bwh rm200

*Kwn aq ckp

Unknown said...

Assalamualaikum admun,saya nk tnya,setahun lepas saya ada beli moto 2nd,tapi saya tk tukar nama lagi sampai la tahun ni 6ogos 2017,saya jual moto tu,pada pembeli baru,r/tax dh mati(Feb)thn ni,so proses penukaran nama dlm geran,pembeli baru ja kena uruskan,kiranya pembeli baru ni,org ke3 la,yg saya paham,owner baru kena btlkn dulu insuran,pas2 buat r/tax dn last tukar nama baru dlm geran,owner lama dh tkda kaitan dlm masalah ni kn,tlg penjelasan

Unknown said...

Saya baru beli motor melalui pinjaman aeon credit.Nama saya juga sudah tercatat dalam Sijil Pemilikan Kenderaan(VOC). Tetapi, pihak kedai mengarahkan saya untuk mengisi borang JPJK3 (Pertukaran Milikan Kenderaan Sukarela) di bhg A(Pemunya Berdaftar), tetapi butir-butir di bhg B(pemunya baru) tidak diisi.
Saya jadi musykil..adakah motor tersebut akan dipindahmilik kepada pihak lain?

Unknown said...

Saya baru beli motor melalui pinjaman aeon credit.Nama saya juga sudah tercatat dalam Sijil Pemilikan Kenderaan(VOC). Tetapi, pihak kedai mengarahkan saya untuk mengisi borang JPJK3 (Pertukaran Milikan Kenderaan Sukarela) di bhg A(Pemunya Berdaftar), tetapi butir-butir di bhg B(pemunya baru) tidak diisi.
Saya jadi musykil..adakah motor tersebut akan dipindahmilik kepada pihak lain?

azizul said...

Assalammualikum dan dalam sejahtera...nama saya azizul, saya berada dilokasi kuala lumpur...mengikut pengalaman saya,utk kes tukar nama motosikal tanpa tuntutan hak milik(bank,kedai,Aeon kredit dab sebagainya)
1.pemilik berdaftar kena tumbprit tukar nama pd pemilik baru di mana2 jpj
2.pemilik baru kena tumbprint di mana2 jpj dlm masa 7 hari dr tarikh penjual tumbprint.
3.apabila pemilik berdaftar tumbprint tukar milik kepada pembeli,roadtax sedia ada akan terbatal.tp insyuran masih valide.pemilik lama boleh refund blk dengan batalkan insyuran berkenaan di ejen atau HQ insyuran.duit masuk akaun.
4.pembeli hendaklah beli insyuran baru atas nama sendiri pada hari sama sebelum hadir buat tukarnama di jpj(lg better sb tak payah turun naik jpj lepastu)untuk memudahkan buat roadtax baru atas nama pembeli.

*setiap transaksi mestilah ada borang di isis lengkap(boleh minta di kaunter pertanyaan JPJ)
*lampiran salinan ic & dan geran sebaiknya di sertakan(tertakluk pada JPJ)untuk rekod jpj.

untuk makluman semua..kita masih ada cara yg lebih mudah untuk buat tukar nama sekiranya kesempitan masa utk cuti atau penjual terlantar sakit/berpantang/lumpuh dll
saya 65A services 002600750-k adalah egen MYEG yg sah boleh bantu anda buat transaksi pertukaran nama kenderaan tanpa perlu ke jpj tak mengira waktu boleh buat service door to door.saya hanya perlukan MYkad penjual dan pembeli untuk pengesahan biometrik anda.

Harga mesti la tidak akan sama dengan caj jpj kenakan
harga tertakluk pd lokasi penjual dan pembeli
tukar milik kereta dan motosikl sahaja
berminat boleh call atau whatsapp 019-9552565



TNH AR said...

Mamu ARIE: Hmmm..from my experience dengan JPJ. Urusan penukaran nama dalam geran memang perlukan owner asal motor (nama dalam geran). Owner asal perlu thumb print kat JPJ and isi borang berkaitan. Serah borang & geran pada owner baru. Owner baru (org yg beli motor awak tu) sah thumb print & isi borang berkaitan. Tukar nama dalam geran...Renew insurans motor tu atas nama sendiri, hidup roadtax.

Azylah Fazly: tak..saya rasa mybe itu mmg procedure beli motor baru. Jadi awak lah pemilik berdaftar motor baru tu..pemunya baru tu selalu digunakan untuk penukaran nama dalam geran dari pemilik lama ke pemilik baru..mungkin kes awak ni ruangan ni tak perlu.

Azizul: Tq En.Azizul..sesiapa ada sebarang pertanyaan lanjut @ nak penerangan lebih detail boleh PM En. Azizul.

Unknown said...

Sy nk tnya baru ni jak beli motor. sy pembeli, sy plu uruskan lg kah insuran motor? Mcmna tu?

pixunkz said...

salam..nak tanya moto dah 7 tahun xhidup roadtax insurans..geran atas nama saya..kalau xperlu bawak motor ke puspakom boleh tak? kalau kena upah agen boleh bagi nombor agen yang boleh uruskan tu tak?

Juju said...

Salam..nak tanya .. roadtax motor sy dah mati 2 thn lebih.. cume nak kepastian., kalau kitw nk renew roadtax., nak kene beli insurans dulu ke atau kite pegi ke puspakom utk cek motor?
Soalan ke 2 : selepas sy dh renew roadtax motor tsebut., pada masa yang sama sy nak tukar nama geran tu bole tak? motor ni atas nama kakak sy..
Semasa nak inspection motor tu kat puspakom., kene bawa owner asal sekali ke?

Unknown said...

Salam ,nak tanye la..kalo nk tukar name ni,roadtext mati x pe ke?

TNH AR said...

Anonymous: "Sy nk tnya baru ni jak beli motor. sy pembeli, sy plu uruskan lg kah insuran motor? Mcmna tu?" --- kurang jelas. awk beli second hand ke?roadtax insurans masih hidup?atau dah mati?

pixunkz: "salam..nak tanya moto dah 7 tahun xhidup roadtax insurans..geran atas nama saya..kalau xperlu bawak motor ke puspakom boleh tak? kalau kena upah agen boleh bagi nombor agen yang boleh uruskan tu tak?" --good question. saya ada kawan yg ada kedai insurans yg mana die baru je share untuk hidup motor lama yg dah lama mati roadtax dlm RM80++ sahaja bergantung pada ter & condition. Boleh contact Zalina Agency 0136539380. Boleh mintak sebutharga dulu. Bagi details geran. Kalau dia tanya dapat contact dari siapa jawab dari Tun.

Fiona Murshed:
Saya urusan Puspakom x sure sebab takde kena masuk Puspakom itu hari. Tak berani jawab pasal Puspakom takut salah hehe..awk boleh tukar nama sebelum renew insurans & roadtax pada geran (isi form macam dalam entry). Tak perlu renew insurans roadtax pun takpe. Tukar nama pada geran masa roadtax mati lah lagi senang citer.

SitiNorKhuzaimah:
Boleh sis. Isi form. Macam dalam entry.

Anonymous said...

kalau xnk batalkan road tax bole x.. sebab tempoh Ade lg setengah tahun

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
TNH AR said...

"kalau xnk batalkan road tax bole x.. sebab tempoh Ade lg setengah tahun"

Boleh xde masalah. Tu atas persetujuan owner asal dengan awak la. Sebab awk akan pakai sampai setengah tahun tu nama die. Jadi jgn bt hal lak sepanjang tempoh tu, kena saman ke apa ke naya ke owner asal.

Unknown said...

assalamualaikum...w.b.t... buat semua...& salam sejahtera.. saya disini ada satu soalan...
jikalau.. saya membeli sebuah motorsikal yang sudah bertahun xpernah renew kan roadtax insuran
perlu tak saya memasuki PUSPAKOM atau saya hanya perlu Ke JPJ bersama owner lama... untuk proses tukar nama terus... dan perlukah saya membawa motor bersama ke JPJ untuk pemeriksaan JPJ.... JUST tukar di dalam sistem ja dulu... kerana motorsikal tersebut perlu di" RESTORATION

no name said...

Saya nak tanya,saya beli motor pada kawan,geran pada saya,lepas tu nak suruh owner tukar nama boleh ke,sedangkan geran asal pada saya.

Unknown said...

Salam admin n y lain2.. Sy konfius.. Incase roadtax n ins penjual masih hidup 11 bulan.. Sy pembeli then perlu ke renew roadtax n ins baru y berharga rm200++ sedangkan roadtax n ins lama masih hidup 11 bulan.. Tak boleh ke roadtax n ins penjual tukar nama sy.. Jadi jimat duit sy daripada buat roadtax n ins baru.. Boleh ke camtu? Maaf mnggangu admin..

Unknown said...

Bila license xde dia tanya tak bang

Unknown said...

Maaf..kalau roadtax n insuran still valid..kita tukar nama je..knpa perlu batalkan roadtax ye??teruskan la guna roadtax tu sampai da mati baru la renew insuran ngn roadtax..mohon pencerahan..

unEdited said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

menjawab soalan INSURAN MASIH HIDUP, kenapa nak kena BATALKAN.

1. insuran dibeli atas nama individu pemilik, maka, bila bertukar pemilik, individu yang baru (pemilik baru) perlu lah membeli insuran yang baru. Ini kerana, adalah wajib mempunyai insuran baru boleh direnew road tax dan ditunggang motorsikal itu di atas jalan raya.

2. kenapa kena batalkan road tax. Road tax/cukai jalan adalah dibayar oleh seseorang pemilik atas kenderaan beliau. Maka, untuk memastikan pemilik baru membayar cukai jalan bagi pihak beliau (pemilik baru), maka JPJ mewajibkan lah pembatalan road tax itu dahulu baru boleh tukar nama.

3. Kalau pemilik baru berani/yakin nak bawa motorsikal tanpa tukar nama, boleh pakai je dulu motor itu atas insuran dan road tax pemilik lama. tapi, beliau barangkali tidak diinsurankan oleh insuran terdahulu (tidak Allrider dan tidak ada nama pemilik baru sebagai 2nd rider), maka, apa2 jadi sangat sukarlah di masa hadapan.

itu sahaja pandangan saya.

kesimpulannya, elok lah batal

Asak@opie86 said...

Moto yg dibeli perlu bawak ke jpj....atau pejual dan pembeli je

Unknown said...

maaf bang. nak tukar nama perlu lesen tak .and motor kena check kat jpj ke?

Unknown said...

Salam . Boleh ke nak trade in motor kat kedai tapi roadtax dah mati 2 tahun lebih ? Nama kat geran nama ayah saya . Mohon bantuan pencerahan . Tq

Unknown said...

Assalamualaikum wbt.. Klau penjual n pembeli berjauhan. Penjual kena pos borang yg dia telah isi kat jpj kepada pembeli kan? Mcm tu ke?

Unknown said...

Kalau nama kdi blm padam blh buat tak tukar nama.. sbb pergi jpj nk tukar nama x blh sbb kdi x padam nama

Unknown said...

mcm mana nak tukar nama motor kpada pemilik baru perlu tak dia org ada besama..... perlu pergi paspakom juga tak.....?perlu bayaran tak utk buat urusan ni.

khai1938 said...

Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
RSS (Opens New Window) Print
Panduan Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Melalui Pengesahan Biometrik

1. SYARAT AM:

Pemilik berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik;
Wakil hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu;
Dokumen asas:
Pengesahan identiti individu: Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport.
Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans / Pertubuhan / Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:
Salinan Borang 49, Salinan Resolusi / Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan, Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan);Atau
Salinan Borang D Yang Disahkan SSM;Atau
Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan);
Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor.


Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.
Borang JPJK3 yang lengkap diisi;
Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;
Kenderaan motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM;
Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;
Fi dibayar seperti yang ditetapkan.


2. SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS



a) Pemilik berdaftar yang berada di luar negara

i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;

ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan

oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.

b) Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi

i. Perintah Mahkamah.

c) Kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang

diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators

i. Surat persetujuan penjualan kenderaan;

ii. Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;atau

iii. Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;atau

iv. Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM;



d) Kenderaan Perdagangan

i. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih

dahulu;

ii. Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah

menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;

iii. Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian

Pelancongan

iv. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;

v. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai

decontrolled;atau

vi. Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;

vii. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika

nurnabilah said...

sya blh tlg

Unknown said...

Moto ad saman boleh tukar nama ke

Unknown said...

Moto ad saman boleh tukar nama ke

Unknown said...

Moto tak habis bayar lg boleh kr tukar nama