.

Konco-konco

Time is Money

Tuesday, October 20, 2009

20/10/09 10am-11.30am Visit at DBKL






dewan
DBKL

okeh...hr ni my class de trip ke DBKL untuk dpt serba sedikit info dan ilmu...di samping tu jugak untuk merase n melihat sendirik DBKL yg gah namenye di dengar oleh kite selame ini...yup,kt DBKL pe yg aku lihat..tempat nye mmg agak exclusive,ofcos la kn coz tempat menteri2 keluar masuk..sampai2 kitorg di sambut oleh sorg pegawai indian dan di iring ke lif ke tingkat atas..kami ditempatkan dalam 1 dewan taklimat (kot...) yg bole memuatkan seramai 50 org (juga agak exclusive)...yg bg taklimat adalah Pn. Zainon Hj. Alias (sbg Pegawai tadbir Jabatan Jana Ekonomi dan Pembangunan), En.Razif (Pgw yg terlibat scra totally dlm pgurusan PPR&myelesaikan masalah setinggan...*not sure*) dan En. kamaruddin selaku MC.

Berikut antare info yg aku dapat dr DBKL hr ini...

Tajuk Taklimat : TAKLIMAT PENGURUSAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN KEPENDUDUKAN

-Menyelesaikan masalah rumah setinggan
-2005 tahun sifar setinggan dan tahun ni 2009 p0n tahun setinggan sifar...
-salah satu law yg digunakan Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu)
-setinggan atas tanah Gov perlu diberi rumah alrenative sebelum rumah mereka dirobohkan
-jika setinggan di atas tanah private, pemilik sendiri(project developer) perlu uruskan masalah setinggan tersebut.
-setinggan bukan warganegara tidak diberikan rumah alternative
-setinggan diberi saguhati RM1000 setiap keluarga
-pemaju swasta bebas samada nak beri wang saguhati atau tidak

Antara peraturan-peraturan:
1) Setinggan xbole ubah suai rumah alternative tersebut
2) Setinggan yg bujang lanjut usia,bujang adik-beradik etc tidak diberikan rumah alternatif, hanye diberikan kepade mereka yg berkeluarga. bujang akan diberikan rumah kelas dan jenis lain dimana mereka yg bujang ini ditempatkan 4 org satu rumah.
3) Rumah PPR yg ditawarkan tidak boleh diduduki berseorangan dan tidak bole disewakan kpd org lain.

Rumah PPR DBKL - RM 124 /month sewa, 3 bilik 2 bilik air, 650 kaki persegi.

Cabaran:
- Squatters tuntut pampasan yg tinggi (cth:RM300 ribu 1 keluarga)-padahal dorg duduk atas tanah Gov secare xsah nk lg tuntut pampasan tggi...ish3
-proses berunding ambil mase lame
-mereka ingin membeli PPR bkn menyewa (DBKL bg kelonggaran T&C)
-Pemindahan ke luar kawasan parlimen (if PPR kws parlimen tersebut penuh)- relate with politic la...
-Kelewatan KPKT memberi project kepada DBKL
-Setinggan bukan kediaman (cth:kedai,bengkel,kilang)-mintak tangguh kosongkan dgn alasan xjumpe lg tapak baru.

Antara alasan:
-Anak2 sekolah (leceh nk pindah tukar sek pada pertengahan tahun)
-musim perayaan
-Jauh dari tempat kerja dan sekolah
-Peperiksaan besar anak2 (cth:UPSR,PMR,SPM,STP)
-Membawa kes pemindahan ke mahkamah (mostly DBKL menang)-sbb pemilikan tanah dah jelas.


LAin2:
-xbayar sewa even sewa hanye RM124 ,1 rumah
-xbyar sewa rumah mereka akan dikunci bekalan air (notis 14 hari)
-klu xbayar jugak Sita barang (notis 30 hari)
-2 juta peruntukan untuk program social pada tahun 2008 utk bendung mslh social di kws PPR ekoran dr pemindahan setinggan ke PPR.
-3-10 thn jadi pemilik(Rumah PPR boleh jual pada anak dan keluarga)
-lebih 10 tahun jadi pemilik (boleh jual kepada sesiapa)

No comments: