.

Konco-konco

Time is Money

Thursday, November 21, 2013

Bayaran Pinjaman Kenderaan via ATM Ambank (MEPS)/ Car installmenst via Ambank ATM (MEPS)

Today is my 1st installment payment for "my car". Why "my car"? Its because belum bayar habis lagi so nama atas my sis. Saya mohon dan doa pada Allah agar permudahkan lah pembayaran balik kereta ni sampai habis takde sangkut2 sebab dah membabitkan nama my sister. Takpe, dah kawtim dengan mama kalau ada problem mama boleh tolong hulur..hihi! Kat sini ambank xde, so kepada mereka yang senasib dengan sy, boleh la cari 7 eleven yang berdekatan sebab sesetengah 7e ni ada ATM AMBANK. 2-3 minggu lepas semua 7e renovate, Alhamdulillah minggu ni dah open and siap renovation ngam2 time aku nak bayar kete die buka, yeah~

Yeah, sebenarnye entry ni is about payment installment kereta untuk bank AMBANK via AMBANK ATM machine tapi guna bank lain selain AMBANK iaitu through MEPS lah, tak kisahlah anda nak guna kad MAYBANK ke, BSN ke, CIMB ke, etc.

Search kat internet macam senang. Kita ada pilihan samada nak masukkan No.Plat kereta atau No. akaun pinjaman (No.Agreement yang panjang tu). Sumber2 internet kate senang nak ingat no.plat kete lagi berbanding no akaun pinjaman yang panjang tu. Tapi lain lak kes aku ni, 3-4 kali masukkan no plat kete, unsuccessfull je. Last try, masukkan no. agreement, baru lah keluar nama my sis, then baru la successfull to proceed the payment..ceh!!! nyampah betol. Mujur sekarang ni zaman teknologi, Tak perlu hafal, save dalam phone je. Peace yaw!

Ok, berikut adalah antara step2 yang aku search kat blog2 orang. Tapi tu la, maybe info berbeza sikit sebab menu kat ambank tu dah lain or ambank dah tukar sikit kot (Cth: sewa beli > pembiayaan), xtau la kalau lain ATM machine lain menu yang digunakan.

Ni info dari aku yang bertarikh 21 November 2013.

Masukkan kad (Contoh: kad Maybank) >> Masukkan Pin Nombor kad >> Pilih Financing/ Credit Card or Card-i/LOC (MEPS) >> Auto Financing (pembiayaan auto)/Industrial Hire Purchase (sewa beli)/Industrial Purchase-i >> Pilih samada Vehicle No.(No. Plat Kereta) kereta atau Financing Account No. (No. Agreement pinjaman) >> Press Continue >> Masukkan No. Plat Kereta/No. Akaun pinjaman (No. Agreement) >> Tekan Amount yang nak dibayar >> Klik Simpanan >> Kalau betul akan tertera nama pemilik kereta dan details lain >> Kalau dah betul klik press if correct >> TRANSACTION ACCEPTED >> ambil receipt dan simpan sebagai rekod.

_________________________________________________________________________________

Ni dari Yusri Wahab blog post 2011 (http://yusriwahab.blogspot.com/2011/01/bayar-ansuran-kereta-di-atm.html):
KHAS kepada mereka yang buat pinjaman kereta menggunakan AMBANK.Anda kini boleh bayar ansuran kereta anda di ATM. 

  • Tak perlu nak cari Bank AMBANK baru nak bayar ansuran kereta.
  • Jika malas atau tidak yakin nak  guna online bank untuk bayar ansuran kereta.

Hanya guna ATM AMBANK yang terdapat di mana mana sahaja. Ini termasuklah di 7 Eleven yang mempunyai AMBANK ATM. Anda  boleh bayar pinjaman kereta anda tanpa sebarang masaalah. Walaupun kad bank anda bukanlah kad AMBANK  iaitu anda menggunakan akaun bank lain.


Caranya,  masukkan kad ATM dan masukkan login anda seperti biasa. Kemudian, cari bahagian sewa beli. Klik di bahagian pinjaman kenderaan. Piliih samada menggunakan  nombor kenderaan atau nombor akaun pinjaman untuk membuat bayaran. Bagi saya nombor  kenderaan lebih mudah untuk di ingat berbanding nombor akaun pinjaman anda. Taip nombor kenderaan tersebut. Nama pemilik kenderaan tersebut akan keluar di paparan ATM tersebut.  Seterusnya, masukkan amaun bayaran yang anda mahu  bayar.  Anda tekan sahaja next untuk meneruskannya. Siap!.. 

::Ni dari sharinginfoz blogspot post 2010::

Ni caranya: Kunjungi mana-mana ATM Ambank dan gunakan kad ATM anda dari mana-mana bank (MEPS) untuk membayar pinjaman Ambank anda:
  1. Kunjungi mana-mana ATM Ambank
  2. Masukkan kad ATM bukan Ambank dan tekan nombor pengenalan diri (PIN) anda
  3. Pilih PINJAMAN / KAD KREDIT / LOC (MEPS)
Waktu operasi: pembayaran loan kenderaan: 6.00 pagi hingga 12.00 malam
pembayaran loan perumahan: 6.00 pagi hingga 10.30 malam

Caj MEPS standard sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi dikenakan.
_____________________________________________________________________________________________


Harap entry ni dapat membantu mereka yang memerlukan. TQ~ (^___^)

Note: Ni ada video guide kat Youtube untuk bayaran balik loan kereta ambank. 
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

No comments: