.

Konco-konco

Friday, July 13, 2012

Cara menaiki flight firefly dan MAS untuk first timer~

Ohooooooooi...hehe. Ni nak share cara-cara untuk naik kapal terbang kepada sesiapa yang kali pertama nak naik. Biase lah, saye pun baru lagi dapat pengalaman naik flight, thanks to PC-OGD which give me this precious moment. Saye pun same, berblog walking jugak cari kat bloggers lain cara-cara nak naik. Ada blog yg sangat membantu. So, bila kita pulak dah tau, sangat2 la harus kongsi dgn org lain pulak kan..

sebelum tu nak share la sikit saye ni nak ke mane naik flight hari tu..sy nak ke KL, ade meeting kt KLCC pagi selase 10 July 2012. Jadi bertolak ke KL Isnin kul 6.20pm naik firefly kt Kertih airport turun kat airport Subang. Balik pulak naik MAS kt KLIA turun kat airport Kuantan. So, saye nak share lah care nak naik utk ke dua-dua flight ni..ni kali ke-2 sy ke KL naik flight.

Firefly: Kertih Airport
Kerteh airport ni kecik je, so lain sikit procedure die..

1) Mesti la sampai 1 jam sebelum depart. Sebab 1 hr before die akan buat announcement boleh start check-in. Tapi nak sampai 20mnt terakhir pun boleh..tp x syok la rushing kan. kalau bawak beg kecik bawah 10 kg boleh bwk naik atas flight (xperlu scan dulu, juz scan masa nak masuk balai berlepas je). Kalau korang ade bagasi/luggage korang kene scan dulu kt (cr la ade pye tmpt scan tu), beg yg dh scan die akan tepek sticker. pastu bwk luggage with sticker ke kaunter check in, org jage kaunter akan mtk IC utk bg kite boarding pass. Check in ni bertujuan untuk dapatkan boarding pass (tunjuk IC, IC jgn lupa bawa). Pass ni untuk nak masuk balai berlepas nanti. Xde pass xboleh naik.Pastu bagi beg tu kt org kaunter, die akan uruskan luggage korang.
Kaunter



Boarding pass firefly

2) Pastu tunggu la sampai ade announcement utk masuk ke balai berlepas. Selalunya 10-15 minit sebelum waktu depart. Cthnya, berlepas kul 6.20ptg. dlm kul 6 baru ade announce.Masa beratur nak masuk tu, beg utk bwk atas flight akan di scan, badan akan di check oleh kastam. Then, masuk la balai berlepas dlm 5 minit tgu dh boleh naik flight. IC and boarding pass always standby. Dia akan check b4 benarkan kita naik flight. Seat no 1-9 akan dipanggil masuk dulu..dorang nak penuhkan belah depan dulu.
Tempat menunggu b4 masuk balai berlepas
Ni la balai berlepas Kerteh airport. Kecik je.
3) HP selalunya dorang akan suruh off. Tapi hp canggih2 kan ade flight mode. On kan flight mode, so that u disable ur hp signal and other function except camera. Boleh la tangkap gambar byk2.
On de way ke flight
Luggage kecik abg tu maybe below 7kg so boleh bawa naik atas flight

4) Tgk pass..ur seat brape. Atas flight tu cari seat. Kalau xjumpe tanya stewardess. Firefly 4 seat je 1 line. A-B kiri, C-D kanan. Pastu dengar je la instruction and peraturan dari cabin crew and pilot. Then terbang lah kamu di atas awan...wieeeeeeeee~

Seat saya kali ni 7A.


Sape mabuk leh guna ni nak vomit
Safety info
Kerteh Port bird view
Kalau naik MAS/Firefly mmg akan dihidangkan meal/drink free of charge (include dlm harga ticket actually kan..)
 Saje tangkap gambar bentuk2 awan (^________^)







 Then, kul 7.20pm sampai kat airport Subang. Saya amek taxi bertiket terus ke KLCC. Tiba di KLCC kul 9 mlm. Ronda-ronda Suria KLCC sbb nak cari kerongsang. Xkan nak pakai tudung ekspress ni lg. Adess..tertinggal kerongsang, cmne nk pakai tudung esok. sengal~
 Malangnya, jgn harap nak jumpe org jual kerongsang kt Suria KLCC. Nasib baik kt telekung ade 1 kerongsang, at least boleh survive dgn 1 kerongsang tu. Alhamdulillah~
 Oh...bermulalah adventure mencari Hotel pulak. Dimana lah terletak agaknya Hotel The Zon ni..Jalan2 terjumpe kolam air pancut KLCC. Snap gambar sepam due dulu~



 Yess,..itu dia yg kita cari..The Zon hotel. Lenguh kaki terpakse merentas taman utk sampai kt bangunan hotel ni.

 Front hotel dah jumpe. Loby pulak nak kene cari..ciss..sesat kejap. (Dgr receptionist tu ckp kt member dia mcm nyaris2 die nak cancel room aku sbb lambat sgt smpai. Sesat kak, bukan sengaja =P)



 Ni la hotel room deluxe saye...boleh la, tapi best Mandarin Oriental lagi, Fridge full with foods!berbeza sgt.
 Tuesday morning..
 Breakfast package. Makan sengsorang...xsangka terserempak dgn En. Nazri HR.
Terracotta Restaurant & Bar level 1 Hotel The Zon.
 Morning view Taman KLCC

 Morning pond cleaning

 Canggih sungguh paip ni. Kesan haba tangan keluar air.
Surau KLCC level 3T
Lame xjumpe Aini and Ziha. Di kesempatan berada di KL. Dapat jumpe kejap pun dah boleh buat saye happy (^^)
 Ok2...nak share cara naik Flight MAS pulak...sorry, mase balik ni sy terlewat sampai KLIA. gile2 cuak takut tertinggal flight. X sempat nak tangkap gambar byk sebab byk berlari. Dengan 1st time masuk KLIA mencari2 tempat check in. Jadi dinasihatkan sampai AT LEAST 1 jam sebelum. adoila..but I try my best to share okeh.

KLIA : MAS
1) Korang cari la level balai berlepas. X ingat level berape. Tapi kt level tu byk kaunter2 and org ramai. Actually, self check-in boleh buat kt mesin2 dekat dgn kaunter byk2 tu. Tapi disebabkan rushing + xreti. Pegi la tye mane2 kaunter nk check-in. Penjage kaunter tu akan bgtau kaunter mane kite kene pegi check-in.

2) Jadi saye pun berlari ke kaunter B17 pas akak tu kate "oh..yg ni kene tye kaunter B17 sebab Gate dah nak tutup"...ape nak tutup?padan muke aku sape suruh sampai lambat. Depart 10.10pm aku sampai 9.45pm. (luckily aku xde luggage so xpyh pening2 nak cari tempat scan luggage bagai...yg ni korang kene discover sendiri eh, I xtau hehe..)

3)Kat kaunter tu bg IC. Then, die akan bg ticket mcm boarding pass la. Bezanya kertas die keras mcm ticket compare to firelfy boarding pass firefly mcm receipt biase.Check mase, tarikh, seat and paling penting Gate brape. Macam aku hari tu Gate A10.
Fuyooo...1st time naik kapal Boeing la~
4) Tanya akak tu nk pegi belah mane. Korang cari Pintu gerbang tulis 'Penerbangan Dalam Negeri'. Pastu ade kastam jage (1st security). Tunjuk IC and pass. Pass korang akan di scan. Then masuk. Jumpe 2nd security, dorang akan scan beg kite and badan kita. Dah lepas yg ni...korang cari Gate korang. tgk signboard.
Signboard ke Gate A,C,G,H
5) Amek kau..dah la lewat. Dapat Gate paling hujung A10. Padan muke. Kene berlari berape kilometer dah malam tu...arghhh penat. Sampai2 Gate..3rd security..die akan scan lagi sekali boarding pass korang mase nak masuk balai berlepas/Gate. Then, ngam2 aku sampai tu half passenger baru masuk flight. So, aku sampai tu mmg ngam2ho la timing nye. X sampai 3 minit sampai la turn aku lak masuk flight. Dorang akan panggil seat belakang 14 ke atas dulu. Berbeza dgn firefly sebab pintu MAS kt depan jadi die panggil passenger seat belakang masuk dulu (seat 14 ke atas). Kalau firefly pintu kat belakang jadi die panggil passenger depan masuk dulu (seat 1-9), phm x?
Balai berlepas. Tengah tunggu turn masuk kapal.
6) Cari seat..tgk pass. My seat 6E. belah kanan flight. So, macam biase ikut arahan dorang. Utk penerbangan aku malam ni, hanya dihidangkan minuman sahaja.hehe
Seat dalam MAS. Seat 3-3.
Hehe...itu sahaja, harap dapat membantu. For me, MAS is better than firefly. Ofcourse sebab saiz kapal, seat lebih banyak. Selain tu sebab bunyi die x sebising firefly. Shaking pun x sekuat firefly. Gayat pun kurang..
Thanks my friends yang menunggu di airport Kuantan to fetch me. Dah lewat malam, xberani nak naik teksi.
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos