.

Konco-konco

Time is Money

Friday, April 6, 2012

Jawapan pasal Puasa merungkai soalan2 di benak fikiran aku..


Bagi Intro dulu oke:


Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram
Puasa wajib :                                                              
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :                                                                                              
a)  Puasa dalam bulan Sya’ban
b)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)  Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)  Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)  Puasa pada hari Isnin & Khamis
g)  Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)  Puasa satu hari berbuka satu hari
i)  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

 Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
      نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .

   Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.



Kat bawah ni antara isu-isu yang selalu ditanya and aku pilih yang mana aku pun pernah tertanya dan musykil:





a) Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer

Assalamualaikum
Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal puasa saya disebabkan ubat itu bercampur dgn air liur semasa bercakap dan kemungkinan besar ia masuk terus ke tekak? Diharap mendapat penjelasan dari Ustaz. Terima kasih
Note : Saya bepuasa sunat hari Isnin
Khalidah Hj Ibrahim -

Jawapan
Walaikumusalam.

Tidak batal puasa, kerana tiada perbuatan makan dan minum. Yang tertelan itu bukan disengajakan dan satunya yang tidak dapat dielakkan.
Wallahualam.


b) Sahur Ketika Azan
Assalamualaikum ustaz,
Saya hendak bertanya tentang hukum sah puasa. Seorang hamba allah sedang bersahur ketika azan mula berkumandang. Beliau berhenti bersahur dan kemudiannya minum untuk mengelakkan tercekik, walhal azan sudahpun berkumandang. Apakah jatuh hukum batal bagi puasa yang di niatkan atau dia boleh terus berpuasa. Mohon penjelasan ustaz. TK
Zainul Abidin Semangun @ Suaib -

Jawapan
Walaikumusalam.
-Cara beliau mengtaqakhirkan sahor adalah baik kerana ianya merupakan masa yang sunat dan sunnah Baginda juga begitu. Tetapi oleh kerana terlalu mengakhirkan waktu sahor maka sewaktu azan subuh berkumandang sedangkan ia MINUM, maka batallah puasanya kerana makan dalam waktu tempoh berpuasa.
Wallahualam.

c) Disuntik Ubat Ketika Puasa
-Adakah batal puasa sesaorang jika disuntik ubat kerana masaalah kesihatan yg dihadapi.
Sharifah Hasniza -

Jawapan
-Puasa tidak batal kerana suntikan. Puasa akan batal jika sesuatu masuk kedalam ke lubang rongga yang tertentu sahaja.
Wallahualam.

d) Penggunaan Inhaler Ketika Puasa
Assamualaikum Ustaz,
-Sekarang ni saya sedang mengandungkan anak yang ke tiga dan mungkin sebagai ujian Allah untuk saya, pada kali ini saya mengalami masaalah asma (kesukaran bernafas) yang memerlukan saya terus mengambil ubat atau inhaler (gas yang dipamkan melalui mulut ke paru-paru apabila menghadapi masaalah pernafasan) antara jam 11.00 hingga 12.00 tengahari. Persoalannya sekarang,
-Adakah benar ada pendapat yang mengatakan bahawa inhaler tidak membatalkan puasa. Saya memerlukan penjelasan.
Samidah Samun -

Jawapan
Waalaimusalam.
1. Ada dua persoalan disini, seorang perempuan yang mengandung takut bahaya diri dan anak kandungan adalah dibenarkan berbuka puasa tetapi kena qado.
2. Inhaler adalah merupakan gas bantuan pernafasan dan ianya bukan mengenyangkan. Perbuatan ini tidak membatalkan puasa sesaorang pengidap penyakit asma yang wajib memerlukan bantuan pernafasan ini jika diserang. Gas bukan merupakan objek atau ketulan yang boleh mengenyangkan, dan perbuatan ini adalah dharurat. Wallahualam.
Wallahualam.

 e) Sisa Makanan Pada Gigi
-Ustaz , saya nak tanya, bagaimana jika ada sisa makanan yang terlekat pada gigi, tidak ditelan tetapi dikeluarkan dari mulut. Masih sah kah puasa kita?
Siti Zurina Othman -

Jawapan
-Sah puasa kita, kerana tiada perbuatan makan disini, kalaupun tertelan tanpa disedari itu juga tak mengapa.
Wallahualam.

f) Berhari Raya di Negeri Orang
Assalamualaikum ustaz

-Tolong bantu saya untuk selesaikan permasalahan tentang hari raya. Saya telah memulakan awal puasa saya di Malaysia, waktu balik bercuti dulu, tetapi di Guinea, tarikh puasa mereka terlewat sehari dari Malaysia. Soalnya, apakah saya patut merayakan aidilfitri mengikut Malaysia atau di Guinea sebab kalau raya jatuh pada 14 Nov 04, mengikut ahli falak, bermakna puasa saya cukup 31 hari ( mengikut Malaysia ). Tapi kalau saya raya ikut Guinea bermakna saya berpuasa 32 hari. Seandainya Guinea pula menyambut hari raya menyamai tarikh dengan Malaysia , maka masalah ini tidak akan timbul. Saya harap ustaz dapat beri penjelasan kerana saya telah beberapa kali berbincang dengan rakan sini dimana saya mengatakan kita sepatutnya mengikut arahan mana-mana negara yang kita tinggal, tapi jawapan mereka ialah kita tidak boleh berpuasa selama 32 hari kerana tiada dalam kalender sebulan melebihi 31 hari. Itu saja ustaz, assalamualaikum.
Md Amin Roslan -

Jawapan
Walaikumusalam.

-Selamat menyambut puasa di negara orang. Hukum berhari raya ialah ketika nampak anak bulan syawal atau menggunakan hisab falak pada sesuatu negara. Dan wajib berhari raya mengikut dimana negeri ianya berada. Walaupun telah menjangkau berpuasa masuk hari yang ke 34. Hukum feqah itu boleh berubah-rubah mengikut keadaan.
Wallahualam.

g) Tindik Telinga Ketika Berpuasa
Assalammualaikum...

-Persoalan saya ialah betul ke boleh batal puasa kalau tindik telinga ?
Terima kasih.
RafidatulShima Mustapha [SMTP:shima4u@yahoo.com] -

Jawapan
Waalaikumussalam,
-Jawapnya boleh bertindik pada bulan puasa.
Wallahualam.



and ada lagi isu2 common yg korang nak tau mcm kt bwh ni gak:



Soalan
Apakah hukum menderma darah ketika berpuasa?
Bagaimana kiraan fidyah dilakukan? Siapa/di mana kita boleh membuat kiraan
dan membayar fidyah tersebut?

Hukum menderma darah pada bulan puasa adalah HARUS.
Fidyah dibayar kerana tertinggal puasa yang melangkaui tahun (contoh:
tahun 2008 tertinggal 5 hari).Apabila tidak sempat kadak dan bayar fidyah
pada bulan ramadan 2009 ketika itu anda kena bayar fidyah. 1 cupak dan
puasa tetap 5 hari yang perlu kena kadak.Apa yang pasti fidyah akan
berganda setiap tahun manakala jumlah puasa tetap sama..
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan jika 1 hari
tertinggal puasa di bayar RM1.75.
Fidyah tersebut boleh dibuat pembayaran di Baitulmal yang
berhampiran.Biarlah pihak Baitul sendiri yang tentukan siapakah orang yang
benar-benar layak untuk terima fidyah yang anda keluarkan itu.

Soalan

Assalamualaikum,bolehkah kita berpusa sunat 6 hari di bulan syawal dlm
masa yang sama menunaikan puasa ganti,jika boleh bagaimana niatnya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Hukumnya harus bahkan setengah ulama' mengatakan sunat berbuat demikian.
Cara niatnya; perlu dahulukan niat qadha' kerana ia adalah puasa yang
wajib, kemudian niatlah puasa sunat tersebut.
Wallahu 'alam.



Berenang waktu puasa pulak cmne? aku ade bace beberape article dari internet yg cakap, xmengapa berenang waktu bulan puasa jika org tu mahir (refer sini). Maksud mahir kat sini, org tu berenang tanpa masuk air ke dalam mana2 rongga tubuh badan..eleh, terer ke korg klu mandi kolam ke mandi pantai ke xmasuk air dlm telinga or tertelan? Do'oh lalu la..paling x pun mesti telinga masuk air, so disarankan xpyh la gedik2 nk berenang mase puasa sebab konfem susah nak elak dari termasuk air dalam rongga2 badan hokeh!


Kentut dalam air mase berpuasa lak?
haha...yg ni dari sekolah dulu pun jadi isu..Ade jumpe article yg ckp xbatal puasa, puasa nya sah, tp ada juga yg ckp batal sebab masa kentut tu rongga dubur terbuka dan kemungkinan air masuk maka akan batal puasa..jadi nasihat tuan tanah seeloknya elakkan lah untuk mencegah ragu2 dalam beramal.

senang cerita sila visit page ni klik sini. banyak isu2 yg org tye and hukum2 puasa. Tapi sesetengah tu mcm korek hidung batal ke x (ustaz ni di pihak yg ckp ia nya batal)..tapi sekarang kan kita dah tau yg korek hidung x membatalkan puasa kerana ia tidak masuk sampai ke ruang dalam (perut) based on rancangan ilmiah yg aku tgk kat TV Serambi anak soleh baru2 ni. Wallahu'alam. Yang mana kurang pasti aku syorkan mekeme-mekeme cari lah lagi evidence yg kukuh dan refer kepada yang pakar.

oh lupa lak, sebab2 aku buat entry ni sbnr nye sbb baru2 ni aku puasa ganti, pastu tetibe2 kt opis ade org bt kenduri nasi lemak la pulak...ade staff sedekah belanja staff2 yg lain (aku training je..), so batal lah puasa aku kerana nk elakkan nanti di cop anti sosial and also xnk lah ketinggalan bergaul dgn staff2 sume memandangkan aku baru sebulan kt situ...maka timbul tanda tanya ape hukum batal kan ganti puasa dgn sengaja sbb mase skolah2 dulu ade kate kene ganti 2x ganda. Aku tanya kawan2, dorang kate kene byr fidyah. hoh? kok kene byr fidyah la.. Maka dr pembacaan aku dari beberapa sumber dan dibanding2kan sumber2 itu utk melihat persamaan dan perbezaan, sume nya hampir sama yg mana fidyah tu harus dibayar slh satunya sbb klu tinggal puasa mase bulan Ramadhan, dorang2 ni xsempat ganti atau xmampu nk ganti sampai bertemu Ramadhan berikutnya maka dorang kene byr fidyah dlm erti kata lain Fidyah dibayar kerana teringgal puasa melangkaui tahun. Wallahu'alam...tlg share klu tau ape hukum pasal isu batal puasa qhada dgn sengaja.

TQ~


Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

2 comments:

linda said...

Assalamualaikum
Saya ingin membayar fidyah untuk ibu saya yang telah meninggal dunia.Ibu semasa hidup tinggal di Msia dan Spore tapi di akhir akhir hayat ibu berada dispore.Bolehkah saya membayar Fidyah tersebut di Msia.

TNH AR said...

Maaf sy kurang arif berkenaan ini. Saya cadang kn cik/puan linda bertanya pada ustaz atau org yg lebih arif..tq.