.

Konco-konco

Sunday, April 18, 2010

ramainye artists meninggal~

antare artis yg telah pergi>>>Hani Mohsin, Yasmin Ahmad, Yanie Mentor, Ustaz Asri, semalam Achik Spin...then?...maybe peminat2 nye, who knows right?

Achik Spin Meninggal Dunia

” Tiada ku sangka, bola-bola api…yang sedulunya kecil, telah menjadi besar….”


inilah bait lagu popular berjudul Paling Comel yang dinyanyikan oleh Achik dari kumpulan Spin dan pasangan duetnya, Siti Nordiana
namun tak siapa sangka, ‘bola-bola api’ itu juga akhirnya meragut nyawa penyanyi itu atau nama sebenar Abdillah Murad Md. Shari, 28 akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas).


kejadian dikatakan berlaku pukul 6.15 petang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbabas kenderaan tersebut dikatakan terbakar dan meletup. Achik yang tercampak keluar daripada kenderaannya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Allahyarham ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2. Achik berasal daripada Felda Sendayan Negeri Sembilan. Antara filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Diari Romeo pada tahun 2003 (pelakon utama) dan menyertai kumpulan Spin pada tahun 1999. Beliau juga pernah memenangi anugerah Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke 17 pada 2004.

Al-Fatihah.

dipetik dari:
Syahril Kadir blog


Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

——-

Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
“Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak,” katanya.

Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.

——-

Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. “Maaf… Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana,” katanya.

Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.

Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.


No comments: