.

Konco-konco

Wednesday, March 13, 2019

Cheese Roll Roti Gardenia (versi kecik)

Hai,
Assalam,
Salam sejahtera,

Semalam buat cheese roll lagi. Ditemani si Orkid. Ingatkan dah besar ni die x kacau...same je haha.

Kali ni sis buat versi kecik. Budget jadi RM20 je sebab dah dapat budget untuk buat banyak mana. Sosej pun 1 paket je. Versi kecik ni kita dapat kurangkan RM5 budget dari resepi yg sebelum ni rujuk entry Roti Cheese Roll - DONE . Semua kita kerat dua. Cheese potong dua. Roti potong dua. Sosej potong dua. Done.

Breadcrumb orange 250mg (RM3.30)
Roti kerat dua. Gelek dengan gelas untuk ratakan senang nak gulung.

Cheese kerat dua.
tepung pekat untuk gam hujung roll.
Boleh simpan dalam peti ais..goreng bila nak.

Nampak tak cheese leleh..panas dari kuali.


Selamat mencuba ~

Tuesday, March 12, 2019

Wrap up kehidupan aku 2018

Hai,

Ye tak ye..scroll post lama ada wrap up tahun lepas2. Rase nak buat wrap up tahun 2018.

1. Orkid dah 2 tahun. Makin banyak kerenah. Tantrum 2 tahun fuhh semangat, menangis xboleh pujuk sejam.

2. Husna pregnant anak nombor 2.

3. Nan Alhamdulillah, dikurniakan baby boy bulan 11. Bersalin 34 minggu, tapi baby ok. Gee la macam2 komplikasi masa preggy.

4. Ijan, belajar separuh jalan. Tak habis vokay. Masalah kewangan keluarga.

5. Aiman? pun sama di takuk lama..kerja x tentu.

6. Abang sedang kumpul duit kahwin. Dah solat penuh Alhamdulillah..

7. Ucu dapat baby girl. Comey sangat.

8. Arwah Cik Gayah meninggal. Ramai jugak orang jengka meninggal tahun ni. Arwah Cik Harun pun meninggal tahun sama.

9. Husband mulakan kerja baru kat area kilang Kelemak ni jugak. Kilang ayam, kerja 2x seminggu tapi gaji masyuk...Alhamdulillah tumpang rezeki anak.

10. Bulan Januari. Aku dapat naik gaji RM250 dek kerana counter offer dapat kerja lain.

11. Raya tahun 2018 seronok sebab kami pergi beraya rumah sedare mara ramai..tak la duk rumah je menunggu org x kunjung tiba hahaha...setelah sekian lama jejak kaki rumah Angah beraya. Hopefully lepas ni baik2 je la semua.

12. Adeeb dah darjah 1. Tahun yg mendebarkan kakak sebab first time urus anak nak masuk sekolah kebangsaan.

Itu saja la kot...hehe dah lupa banyak ape nak wrap up sebab dah bulan 3 baru nak flash back hihihihi...semoga tahun 2019 lebih banyak aturan hidup yg positif, rezeki bertambah, rahmat Allah tak terhingga hendaknya. Tahun depan kita wrap up lagi ye...

Wednesday, January 30, 2019

Lesen MyEg vs Lesen JPJ/PosMalaysia

Alkisah..

Pergi post office renew lesen.
Staff kaunter mintak IC dan lesen. Bagi yg MyEg.."eh taknak yg ni..bagi yg tu (JPJ)"
...."lamanya 2016 dah mati...?"
Yg buruk MyEg tu staff tu ingatkan lesen dulu2😅
Aku pun tunjuk..eh xla yg ni la yg baru (lesen MyEg)

Kesimpulan: jangan renew lesen kat MyEg. Buruk seyhhh...siap comot kesan pen cakar2. Bukan nak memburukkan MyEg. Tapi ni pendapat aku dan pengalaman aku sendiri..