.
Konco-konco
Thursday, May 1, 2025
SEJARAH PIALA SUDIRMAN
Hai, sempena Piala Sudirman (PS) 2025 sedang berlangsung ni saya juga teringin nak tau asal usul wujud PS ni. Terbaca di FB ada yg berkongsi info dan saya berbesar hati untuk kongsikan di blog ni.
Sempena Piala Sudirman yang sedang berlangsung sekarang, ramai yang nak tahu siapa Sudirman yang dinamakan pada piala antarabangsa ini. Ada yang fikir ia sempena nama penyanyi Malaysia, Sudieman Hj Arshad. Ada pula sangka ia sempena nama seorang pahlawan tentera Indonesia, Gen Soedirman. Kedua-duanya salah.
Ramai tahu Piala Thomas dan Piala Uber. Piala Thomas dah berlangsung sejak 1930 hingga sekarang. Ia adalah piala yang dihadiahkan oleh Sir George Alan Thomas, bekas pemain terkenal England di era 1900. Piala itu diwujudkan atas inspirasi Piala Davis dalam sukan Tennis dan Piala Dunia FIFA (asalnya Jules Rimet Cup) untuk bolasepak. Awalnya Piala Thomas digelar sebagai. Malaya muncul juara 3 kali berturut-turut di 3 kejohanan pertama.
Piala Sudirman ini pula adalah sempena nama bekas pemain badminton Indonesia yang terkenal di era 40an, Dick Sudirman. Sudirman digelar Bapak Badminton Indonesia. Beliau juga adalah founder Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dan bekas Timbalan Presiden IBF (kini BWF). Beliau telah memainkan pernaan besar dalam menyatukan IBF dan WBF yang ketika itu berseteru. Kemudian IBF menyertai WBF dan kemudiannya menjadi BWF hingga hari ini.
Oleh kerana Piala Thomas dan Uber khusus untuk kejohanan berpasukan lelaki dan wanita maka Piala Sudirman adalah khusus untuk pasukan campuran. Kejohanan pertama Piala Sudirman adalah pada 1989 di Jakarta yang dimenangi oleh Indonesia.
Malaysia belum pernah menjuarai Piala Sudirman. Hanya mampu layak ke Semi Final sebanyak 3 kali dari 18 kejohanan dan hanya sekali mencapai tempat ketiga iaitu pada kejonanan lepas 2023 di China.
Sejak 2025, sebanyak 7 kejohanan ini dilaksanakan di China. Malaysia hanya jadi tuan rumah sekali sahaja pada 2013 dan gagal ke Semi Final.
Pencapain terbaik Malaysia di tiga kejohanan berpasukan dunia ialah:
Piala Thomas - Juara 5 kali, Naib Juara 9 kali.
Piala Uber - Juara 0, Naib Juara 0, Semi Final 0
Sudirman Cup - Juara 0, Naib Juara 0, Ketiga 1, Semi Final 3.
Dari rekod ini menunjukkan kelemahan Malaysia adalah pada skuad wanita sejak zaman berzaman. (Credited: Juka Nisir)
Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
China merupakan pasukan paling berjaya untuk Piala Sudirman ini (12 gelaran), diikuti Korea Selatan (4 gelaran) dan Indonesia (1 gelaran). Piala ini tidak pernah diungguli oleh mana-mana negara bukan Asia, Denmark merupakan negara yang bukan negara Asia yang berjaya menjadi naib juara, iaitu Piala Sudirman 1999.(Credited : Muhammad Hafizuddin)
Harap perkongsian ni berguna❤️
Tuesday, October 8, 2024
Cara Terminate Akaun Astro
Salam,
aku langgan astro since 2019. Masa tu sebab nak beli TV baru so alang² langgan la astro. Disebabkan dah 2x TV LCD rosak, so kembalilah kami pakai TV petak balik. Rasa kurang feel la astro kat TV kotak. Lately siaran astro selalu terganggu kejap² gambar hilang. Last² terfikir nak terminate astro. Dulu rasa excited nak tengok HBO tau, tapi bila langgan takde apa best pun asyik movie lama duk ulang² tayang. Yang best pun bila ada reality TV macam Musikal Lawak Superstar, Gegar Vaganza, dan lain² tu pun bukan sepanjang tahun ada. So,aku search cara nak terminate. Macam² jumpa, kebanyakan complaint yg astro ni payah nak terminate macam² alasan. Kadang dorang drag sampai berbulan²..call customer service tak pernah angkat dan macam² lagi. Aku jumpa 1 blog ni suruh by call @ email. Jadi aku try email. Alhamdulillah pihak astro reply akan call dalam masa 72 jam. So aku tunggu sampai 4 hari masih takde orang astro call. Then, aku email la ayat pasar 'Not yet received any call from your side. Bila nak call?"...selang beberapa jam ada pihak astro staff perempuan call then tanya sikit² kenapa, and mengapa dan pengesahan maklumat sikit..after that dia kata dalam masa 24 jam akaun akan diterminate. To be safe aku tanya siap² in case dah tutup akaun nanti ada isu berbangkit tak kata ada tunggakan apa² la itu ini..staff tu cakap setakat ni akaun aku clean bersih takde tunggakan. Tak perlu jelaskan apa² bill dan piring serta decoder tak perlu pulangkan.
So, kita tunggu la esok termination process. Untuk rujukan you all boleh taip email seperti di bawah ni. Selamat berjaya😆
Tuesday, January 30, 2024
Bayar Fidyah Online
Since ramai yg search macam mana nak bayar fidyah especially yg tinggal puasa sebab pregnant kan..aku nak share la pengalaman sendiri since dua² anak aku preggy bulan puasa. So, alkisah bermula anakk sulung 2016 tinggal puasa sebab baby kurang gerak, sebab kena minum air gula etc. Aku pun ganti je la puasa beberapa hari yg tinggal tu. Then dah 2023 baru aku tau ibu yg tinggal puasa sebab risau baby/diri sendiri perlu ganti puasa dan bayar fidyah. Jadi aku pun search la info. Alhamdulillah Melaka boleh bayar online memudahkan la kita tak perlu ke majlis agama atau baitulmal untuk bayar direct. So, Melaka pakai apps/web MalakaPay untuk bayar.
Sedikit info ya, untuk puasa yg dah tinggal melangkau banyak tahun kadar dia kena darab dengan berapa tahun hingga tahun terkini. Contoh 2016 ke 2024 dah 7 tahun so kadar dia akan jadi mahal sikit lah RM2 X 3 hari X 7 tahun = RM42 (contohnya). Kali RM berapa tu bergantung pada setiap negeri. Kalau MelakaPay ni dia tolong kirakan so senang tak payah pening²..
Orang Melaka boleh refer gambar ni untuk rujukan bayar fidyah online...(maaf gambar terabur sikit sebab repost pakai hp tapi korang akan paham kot..)
Friday, November 10, 2023
Siaran Astro Terganggu Cara Setting
First..Tq pada 1 blog tu share info tentang selesaikan masalah siaran terganggu. Actually dah 3 hari siaran ganggu. TV blank. Ada beberapa channel je dapat even cuaca baik.Hairan jugak..agent Astro pulak tak membantu. Last² google cari sendiri. Youtube pun tak jumpa selain cara resetting Njoi. Kita tak pakai Njoi.
Jumpa 1 blog brother ni, info punca siaran tak dapat. Aku dah try 'Tetapan Pemasangan Baru' search signal. Macam reboot STB astro la tapi tak jumpa² signal stable. Last² brother tu share info maybe piring astro samada wayar atau check kot ada apa² halangan atas piring macam pokok ke apa ke. Aku pun panjat tangga patahkan dahan pokok yg tutup piring astro tu. yes!!! It solve the problem. Terus dapat signal mantap. Siaran pun kembali OK. Tq bro you really helping me. Moga dapat pahala berpanjangan atas sharing bro tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)