Hai Malaysia,
Kita semua ternanti-nanti tahun 2020 kan? Even saya sendiri dari sekolah rendah di momokkan dengan Wawasan 2020. Walaupun Malaysia belum capai apa yang diharapkan, tapi tahun 2020 tetap digit yang special di hati rakyat Malaysia. Tambahan tahun ni juga ada sukan Olympic di Tokyo, sepatutnya menjadi tahun yang havoc juga la..tapi semua menjadi tragedi yang tak disangka. Entry ni untuk simpanan saya sebagai kenangan tentang Malaysia dan dunia yang dilanda wabak novel Covid-19. Menjadi tahun yang paling sedih terutamanya untuk umat Islam yang menyambut Ramadan dan Syawal dalam wabak. Saya sendiri menangis tak dapat beraya bersama keluarga dan mak ayah di kampung. Ramadan yang suram, banyak di rumah saja. Sedikit catatan di bawah untuk disimpan sebagai rujukan di tahun² akan datang...lipatan sejarah dunia dan negara Malaysia.
2020
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur π’π’
Takkan sesekali aku lupa,.
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh π²πΎ
πTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
π Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πSemua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πSemua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
πPenjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
πPita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
π Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πHanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πKedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πKeseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
π Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πMajlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
πTiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πTidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πTaman permainan kanak-kanak ditutup.
πKekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πKekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πBerlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πRak-rak di kedai menjadi kosong.
πKilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πKerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πTiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πSidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πKemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
π Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
πRamai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
π Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πPekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
π "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ππππ
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️π²πΎ❤️π²πΎ❤️
#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing
CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.