Nak share pengalaman upgrade SIM 3G (berumur dah 10 tahun) ke 4G.
Loyal dengan Celcom kan? Guna nombor ni semenjak pakej student RM50 broadband masa kat UiTM.
Actually lama dah since 2016 nak tukar ke 4G SIM. Tapi memandangkan masa tu perlu ke Celcom center untuk mohon 4G maka berat nak pergi. Gunalah 3G di smartphone sampai June 2020.
Tiba² sampai seru nak tukar, tambahan lagi dekat Celcom Apps handphone dah boleh request Replace/Upgrade SIM. Setahu kita semua SIM baru yang dikeluarkan sekarang semua 4G dah tak ada lagi 3G SIM.
Request Isnin, Rabu dah terima. Pantas kan? Terkejut I tau. Dalam bill nanti dia akan charge postage RM10, harga SIM RM5 (free sahaja sebab customer lama).
Dah terima SIM, tak ada manual nak aktifkan pulak. Google sana sini tak banyak share info nak aktifkan SIM 4G. Sampai la terjumpa blog akak MF share pengalaman dia replace SIM 4g laki bini sebab line slow masih guna SIM 3G. Thank ya entry yang membantu.
Jadi, on dulu SIM lama sebab nak call Celcom Customer Service dulu, dail 1111. Pilih 0 nak cakap dengan Customer Service, then 5 tak silap lain² hal. Sahkan identiti, minta aktifkan SIM 4G, bagi nombor IMEI SIM. Dalam 1 minit SIM lama akan pangkah kat line bermaksud sudah dimatikan/tak aktif. Jadi boleh dah on SIM 4G baru dan guna.
Senang je, selamat mencuba👍👍
Banyak jasa ni, warna pun dah season sangat. Terima kasih atas perkhidmatan selama ni. |
3 comments:
Pengalaman nak upgrade sim mak ke 4g sebab rangkaian 3g akan shutdown. Bila pergi ke centre, dia kata tak boleh buat, dia cadang daftar je nombor baru. Tapi mak tak nak sebab dia sayang nombor tu. Sudahnya upgrade online je, mudah, siap pos sampai ke rumah lagi. Kadang² berurusan dgn centre ni macam² kerenah
mcm mne nk buat?
asslmuaalaikum..mcm mne nk buat scara online..??? sbb call 1111 xleh..
Post a Comment