Salam 2020
Sorry guys, tahun ni dah masuk tengah tahun baru update blog. Nampak sangat dah berumur jarang ada masa blogging.
Alright, dulu saya pernah update resepi cookies Famous Amos juga tapi version coklat gelap. Few years jugak buat cookies yg tu. So now, dengan baki beberapa hari lagi nak raya saya nak buat cookies Famous Amos versi tak pakai serbuk koko, so that warna dia lebih cerah...resepi ni ambil di FB sebab lately viral semenjak ramai stay home PKP ni kan, tambahan bulan² puasa ni dah ramai buat kuih raya. Walaupun tahun ni tak berapa nak raya sebab PKP, semangat buat kuih tetap ada masing².
So, this is the resepi (credit for FB Baizura Muhammad)
Bahan2 seperti di bawah:
๐ช250 gram Butter
๐ช1 1/4 cawan Brown Sugar
๐ช1 sudu kecil Essence Vanila
๐ช1 biji Telur
๐ช2 1/2 cawan Tepung Gandum
๐ช1/2 cawan Tepung Jagung
๐ช1 sudu kecil Baking Powder
๐ช1 sudu kecil Soda Bikarbonat
๐ช6 sudu besar Minyak Masak
๐ช2 cawan Coklat Cip
๐ชAlmond nips / almond flakes --jika suka
Katanya lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies.
Masukkan butter, brown sugar, essence vanilla, telur. Kacau pakai senduk perlahan-lahan. Dilarang menggunakan mixer nanti cookies terlalu kembang tak jadi. Kacau perlahan sekadar untuk sebatikan.
Lepas dah sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, minyak, baking powder, sodium bikarbonat. Kacau slow² sahaja sekadar untuk sebatikan. |
Then, masukkan chocolate chip (gambar lupa ambil masa tabur LOL), gaul slow² jugak sampai sebati. Nak laju² g mana??
Then, kalau nak tambahlah badam hancur (option). Gaul sebati. |
No comments:
Post a Comment