Hai, Hello, Salam...
Tengok tajuk entry semua orang tau kan perasaan bila kali pertama beraya di perantauan. Especially orang2 macam aku yang selama 27 tahun hidup tak pernah beraya di tempat lain selain di kampung tercinta tempat membesar dan juga tempat yang mana aku dilahirkan.
Orang-orang yang dah berkahwin every single couples mesti alami benda2 ni unless family sebelah salah satu pihak dah tak de tak perlu pening2 balik raya mana.
Tahun ni aku dah berhijrah ke kampung husband. So, tahun ni kali pertama kali aku akan beraya tempat orang. Sebulan berpuasa kat sini. Serius, sangat beza la suasana. Nak membangkitkan suasana nak raya bukan main susah memandangkan family husband aku hanya ada Mak Mertua and husband aku je anak tunggal. Aku dah terbiasa dengan keriuhan keluarga aku yang ramai selama hidup 27 tahun ni...nak dekat raya, aku pasang pelita kat rumah Jengka, rumah arwah Mak Pah dan Tok (my hometown), 2 hari sebelum raya aku dengan kak lang atau adik aku sibuk benar ke sane-sini shoping barang2 kering and basah untuk juadah hari raya nanti. Lepas tu sibuk di dapur memasak untuk berbuka.
Aku rindu suasana bazar Ramadhan Bandar jengka. Then, seminggu nak dekat raya memang synonim la Temerloh@ Bandar Jengka sesak and jem. Kebiasannya aku akan curi masa berseorangan drive ke Temerloh semata-mata nak cuci mata tengok orang ramai shoping raya sambil2 tengok2 kerepek@kuih raya kat expo Dataran Temerloh tu...masuk bandar tengok kesesakan orang2 ramai cari persiapan raya.
Bezanya aku sambut Ramadhan di Kg husband which is Kelemak Alor Gajah, memang x memasak..beli bazar je. Mak Mertua dengan husband berbuka memang bukan dengan nasi. Beza dengan cara orang Pahang yang juadah berbuka sarat dengan makanan berat. Tapi diorang hanya berbuka dengan air dengan kuih muih. Kalau nak makan nasi pun MIL memang makan lewat malam sikit sekali la tu sebagai sahur. Husband pulak memang jarang la tengok sentuh nasi sepanjang bulan puasa ni. Pelik kan, aku kalau lapar nasi dicapai dulu.
Kalau sahur pulak. Aku sorang2 je makan nasi. Kadang2 sahur sorang2. Husband masa awal puasa dulu je teman makan nasi. Lepas tu die xnak makan dah cuma minum air..huaaaa x meriah betul sahur koi.
Tapi mujurlah tahun ni adik beradik husband belah Lendu (1 ayah lain mak) bergotong-royong nak cat rumah husband setelah dekat berapa tahun rumah ni dah lama tak bercat baru. Bila bau cat, baru terasa nak raya (^_________^) sebab? sebab dulu2 kat rumah Jengka kami adik-beradik sibuk mengecat rumah nak dekat raya sebab arwah Tok suruh. Jadi bau cat = nak raya.
Untuk mengubat rindu beraya di Jengka, aku pasang pelita kat rumah husband...laman x besar macam di Jengka so beli 6 batang pelita je. hehe...Itu pun husband masa kecik2 je dia pernah pasang pelita masa arwah Pak Mentua ada lagi.
So, far ok la. Aku boleh accept. Cuma oven xde nak buat cookies raya feveret aku. Kalau ade pun aku x sure boleh buat ke tak haha...macam dah x power je energy pas dah kahwin ni.
Baju raya nasib awal2 dah beli. Sebab sekarang dah last minit macam dah xde terpikir lak nk shoping baju raya. Kuih raya je husband belum shopping lagi. Hopefully mantai nanti berjalan lancar lah!
Petang Sabtu ni nak basuh langsir. Isnin malam nak pasang sarung kusyen dengan tukar alas meja makan.
Ouh, by the way my pregnancy already 5 months @ 22 weeks! hihi...baby asek tendang jek. Harap die sehat sebulan puasa ni. Eh, 2 hari tinggal sebab ter miss sahur x berani nak sambung puasa huhu..
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!