Entry ni nak bercerita pasal Piala Thomas tahun 1992. Aku ade sebab tersendiri kenape nak share entry pasal ni, antaranya adalah kerana untuk generasi2 muda macam aku, masa tu kecik lagi jadi ketinggalan merasai kegemilangan Piala Thomas yg Malaysia berjaya rampas. Masa tu aku baru 4 tahun. So, untuk budak2 belia macam aku ni perlu research sendiri pasal sejarah kegemilangan tu untuk tahu lebih lagi, almaklumlah...bile org bercakap pasal Malaysia menang Piala Thomas 1992, aku x berapa dapat gambaran langsung macam mana suasana dengan kehangatan masa tu. Harap entry ni dapat la sikit sebanyak dikongsi bersama2. (Piala Thomas tahun 2014 berkongsi misi sama macam Pahang untuk Piala Malaysia, haha...Misi 1992!)
(kebetulan aku suke sangat2 kartun anak-anak sidek, masa kecik selalu missed, dah besar2 follow balik kat youtube!!!best)
ok, untuk Piala Thomas ni mcm yg kita tahu, kita berlawan sebagai 1 pasukan. Ade 5 team semuanye (single/perseorangan atau beregu/couple)..untuk pengetahuan korang, masa Piala Thomas 1992 yg kita menang tu, mata penuh perlawanan 15 mata je tau x, huhu..aku pun baru tau ni, beza dgn sekarang mata penuh 21 mata. So, masa yg dorang ambik x la lama macam sekarang.
Masa tu yang mewakili pasukan Malaysia kalau x silap Jalani Sidek&Razif Sidek 1 team, Rashid Sidek single, pastu beregu Cine 1, single cine 2. So, 2 team beregu, 3 perseorangan. Masa tu kita kemarau 25 tahun untuk Piala Thomas, 1992 adalah tahun paling gemilang sukan Badminton.
Masa tu jugak, kat KL dorang pasang screen besar kat Dataran Merdeka menyaksikan ramai2 perlawanan ni, penyokong Malaysia sama ramai dengan penyokong Indonesia. Dorang kata happening gile masa tu, screen2 besar kat kedai2 makan dgn mamak maybe dapat ilham dari screen besar Dataran Merdeka ni...perlawanan Piala Thomas masa tu dibuat kat Stadium Negara.
"Rashid Sidek sebagai pemain perseorangan pertama menewaskan pemain handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata ( 15–11, 10–15, 15–8) tetapi pasangan pertama negara Jailani dan Razif Sidek tewas mengejut kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono dan Rudy Gunawan ( 9-15, 15-9, 3-15 ) ." Malaysia 1-1 Indonesia.
"Foo Kok Keong perseorangan kedua telah menang ke atas Allan Budi Kusuma ( 15 -6, 15- 12 ) menjadikan kedudukan Malaysia 2 – Indonesia 1. "
"Perlawananan berpasukan kedua antara Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang menentang Rexy Manaiky dan Ricky Subagja. Pasangan negara menang dengan mata 15-12, 10-15, 15-8 .)"
(http://www.kujie2.com)
Malaysia 3, Indonesia 1...yeay!!!!
lagi 1 match yang terakhir perseoragan Kwan Yoke Meng kalah dengan Joko Suprianti (3-15, 7-15)..tp semua dah x heran sebab kite dah pun menang!!!
Kat bawah ni keputusan penuh masa tu...kite menang Malaysia 3-2 Indonesia.
Tahun ni aku berharap sangat2 menang, sebab musuh utama Malaysia ialah China, sebab dorang sangat kuat. Tiap2 kali Piala Thomas mesti kita final bertemu China..tahun ni seluruh rakyat meletakkan harapan yang cukup tinggi sebab China x lepas final, kita bertemu Jepun. Tapi apekan daya, nasib x sebelah Malaysia. Kita kalah lagi...Isnin esoknya seluruh Malaysia dalam kesedihan sob3. Termasuk aku..Doakan Malaysia Boleh!!!