Saturday, February 4, 2023
Resepi Kuih Kaswi
Hai,
Lama tak update resepi masak². Kali ni nak buat kaswi. Kuih favourite mesti la kena belajar buat ye tak? So ni pun resepi dari google. Alhamdulillah jadi walaupun sis takde pengukus yang proper. Rasanya nak kena beli jugak 1 lah! 😆
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1/4 sudu kapur (bancuh dengan air sikit)
1 cawan gula melaka (2 ketul saiz sederhana)
1 cawan gula pasir
5 cawan air
Cara:
2 cawan air campur dengan gula melaka dan gula pasir. Panaskan atas dapur sampai cair. Sejukkan dulu sampai dah suam² sikit.
Satukan tepung dan gula tadi (tapis air gula).Lepas tu tambah 3 cawan air. Kacau sebati kemudian tambah air kapur.
Tapis bancuhan tadi ke dalam bekas lain sebab bancuhan tadi berketul² sikit. Nak cantik kena tapis.
Bekas loyang sapu minyak sikit. Lepas tu panaskan dalam kukus kejap. Loyang dah panas boleh la tuangkan bancuhan tadi..
Kukus api sederhana dalam 45 minit. Sampai masak. Tunggu sejuk boleh potong..
Isi kelapa putih tadi gaul dengan garam sikit. Nak tahan lama perlu kukus kejap.
Done!!!
No comments:
Post a Comment