Monday, October 24, 2022

Si Bongsu Baby Lily

Hai korang, Lama tak buang sawang. Seperti maklum dalam entry sebelum ni, macam2 perkara jadi since 2020 negara dilanda Covid..2021 sambung PKP. 2021 deliver baby. 2021 my late Mom critical. 2021 juga my small family quarantine Covid. 2022 my late Mom pass away. So, too many things happen sampaikan tak ada 1 entry pun sempat buat untuk my little newborn baby. Dah 1 tahun pun 19 Jun lepas. Jadi, I dedicate this entry for her ofcourse sebagai catatan dan coretan memory for my blog. November 2020 tak silap, kami ada rezeki joint venture niaga kedai makan. Masa tu busy penat sebab arrange mula niaga, beli barang itu ini bantu encik hubby. So lewat period that month sangkaan sebab penat stress meniaga biasalah lewat period kan hormon tak stabil. Sampailah hari ke-10 lewat, beli pregnancy test kit. Sebab regular, jarang lewat sangat dah musykil. Test² double line. Alhamdulillah, pregnant si kecik ni double rezeki. Start niaga, dapat berita pregnant pulak..huhu. Syukur after 1 year TTC stop perancang depo. (niaga sempat 1 bulan je, then takda rezeki nak sambung ada problem dengan partner kedai. Feb 2021 diberhentikan kerja office sebab Covid dan company down. So, along pregnancy duduk rumah). Cut story short. 18 Jun 2021, sempat buat burger Malaysia roti Mantou viral. Makan la puas² siang tu. Malam tu pukul 12am, sakit perut..agaknya sambal burger tadi pedas sangat perut ni memang sensitif sikit. Berulang la ke toilet. Tapi perasan tadi kain batik basah atas katil, ingat maybe terkucil kot tak perasan. Lepas baring try tidur, 12.30am perut memulas balik. Pergi toilet membuang lagi. Then, balik bilik. Allah tergerakkan hati tiba² fikir..ehh apesal ni entah² contraction? so, cuba la cek timing. Sah..pukul 1am sakit perut balik. 1.15am sakit lagi. Kiranya consistent sakit, memang betul la contraction. Dan kain basah tadi confirm lah bukan terkucil, tapi ketuban dah leaking. Whatsapp hubby, dia tengah lepak rumah jiran. Inform dia stanby sebab dah rasa contraction. Sempat la bancuh milo cicah roti buat alas perut sebelum ke hospital. Ingat pukul 5.30am baru nak pegi. Tapi pukul 4 dah tak tahan makin kuat sakit. So, 4.30am ajak suami gerak. Before gerak, cium Orkid tengah tidur. Mama terjaga, aku bagitau Mama nak ke hospital, tolong tengokkan Orkid. Dah sakit. Mama datang peluk cium aku sambil gosok² belakang (tak sangka tu pelukkan dan ciuman terakhir arwah Mama, akan aku ingat sampai mati).
Sampai hospital pukul 5.30am. Contraction dah 15 minit sekali. Kuat oi..que 2 orang kat pintu labour room. Kena buat test Covid dulu. Dalam pukul 6am masuk dalam register kat kaunter, salin baju pink. Tunggu kat kerusi sampai nama dipanggil masuk PAC. PAC ni macam bilik saringan la, check laluan, check CTG etc. Tengah atas troli tunggu doktor pantau, aku dah tak tahan makin kuat sakit. Mintak pain killer tak dapat, sebab dia kata tunggu data CTG belum keluar. Allahu sakit gile. Last check 8am, doktor pelatih tu kata 4cm baru, servik tebal lagi..pastu die blah. Tinggal aku sorang atas troli menahan sakit yg amat..sampai la 1 tahap aku mengerang sebab perut aku macam cramp, nafas tak cukup..memang 1 PAC tu bergema suara aku. Haaa baru gelabah nurse doktor datang kerumun..nak nyumpah je rasa bila dengar nurse tu cakap "bukaan dah penuh..kepit kepit kaki dia.." .."terlepas pandang patient ni"....ko rasa geram tak?? betapa sakitnya contraction tu dalam masa 8am ke 8.10am tu dari 4cm jump to 10cm tauu..! Ok, dorang terus tolak ke Labour Room (LR) kebetulan memang diorang dah kosongkan 1. Tak habis sini sakit hatinya..dalam LR tu, aku tak la push lagi dah tak suruh..tiber² sister baju biru tu marah aku kenapa tak bukak kaki macam mana baby nak keluar dengan nada marah...la hai tak cakap korang dah ready, cuba cakap elok² bagitahu OK puan boleh push ya..blablabla. Then, dah cakap camtu aku teran je la, dalam 2@3 kali teran keluarlah puteri comel kami yang kedua Nur Lily Sophea a.k.a si bunga Lily dengan berat 2.1kg @ 37 weeks @ 8.18am @ Melaka General Hospital. (Sister tu dengan sorang doktor India yg sambut baby, tak sempat panggil nurse lain masuk bantu baby dah selamat keluar..doktor India lelaki tu je yg baik slowtalk ajar tarik nafas push, sejuk hati ni balik...haihhh sabar je la, kenang dia dah tolong sambut dan jahit bawah je diamkan diri)
Keluar LR tersadai luar bilik ramai²..memasing tunggu katil. Kebanyakkan situ ceaser so diorang tak boleh bangun. Aku sorang je normal delivery. Nurse siap tanya aku nak makan tak, aku angguk ler sebab lapar gile. Makan atas troli tu, ingat lagi menu tomyam ayam. Orang kiri kanan telan liur sebab diorang baru lepas kena ceaser hahaha...ok. Dalam 10 lebih am, aku dapat katil wad dulu. So, nurse bawak baby kat aku letak baring sebelah dan tolak kami masuk ward. Check in la sehari semalam kat ward. Esoknya tengahari dapat discharge. Alhamdulillah urusan mudah je di hospital. Baby takda masalah apa² dapat balik awal. Tak struggle macam Orkid dulu, kes leaking, tak cukup bulan, lepas lahir duduk nicu 10 hari pulak. Syukur kali ni dipermudahkan. Cuma lepas balik, hari kedua merasa la check in ward kuning 1 malam kat hospital Alor Gajah. Baby baru nak belajar nyusu, berak pun belum banyak normal la kuning belum turun, tapi dek kerana doktor KK suruh aku pasrah je la...nasib 1 malam je, aku setuju je la sebab just nak ambik experience kira ok la tu.
Now, Oktober 2022 dah 1 tahun 4 bulan masa entry ni dipost. Late update huhu..masa tak mengizinkan. Progress setakat ni, Lily agak lewat meniarap 6 bulan lebih, dia tak merangkak, tak menyusur, tak berjalan, baru pandai bangun dari baring untuk duduk sendiri, baru sebulan lebih mengensot, dan 3 bulan pandai meniti. Sekarang perlu follow up therapy carakerja, paediatrik dan juga Orthopedic (ortho ni patut tak perlu pun sebab tulang Lily normal je). Doakan Lily cepat pandai jalan ya uols... sunat 5 bulan meniarap 6 bulan tumbuh 1st gigi 9 bulan pandai duduk 13 bulan meniti 14 bulan mengensot 14 bulan Berdiri tanpa bantuan 14 bulan pandai bangun duduk sendiri 16 bulan pandai tunjuk 16 bulan cangkung 16 bulan setengah 2 langkah pertama 16 bulan setengah 3nov2022

No comments:

Post a Comment