Thursday, April 1, 2021

Unemployed

Hai..

Alhamdulillah..genap sebulan berhenti kerja..selepas 5 tahun berkhidmat. Aku diberhentikan kerja sebab masalah kewangan syarikat. Masih 4 bulan baki gaji belum dilangsaikan. Harap mereka dapat selesaikan sikit²..sebenarnya syarikat ni adalah milik bumiputera ditubuhkan sejak 1984 dan akhirnya sampai ke penghujung hayatnya untuk cuba survive. Bila pandemik melanda bertambah² la struggle untuk teruskan operasi. Sorang demi sorang mengundur diri...sedih tu sedih jugak sebab dah macam 1 family kat office tu nak² aku ni orang merantau tak banyak kenalan..


Banyak pengalaman pahit manis kerja di situ. Tapi rasanya tak banyak yang pahit, manis je banyak. 1 rezeki dapat kerja dekat dengan rumah walaupun gaji biasa² tapi kerjanya tak stress. Dalam tak diam walaupun dengan gaji banyak tu pun hasil titik peluh bekerja disitu banyak juga aku peroleh aset² selain bayar installment kereta sampai berbaki 2 tahun je lagi, barang² anak, perabot rumah, tak lupa barang kemas...Alhamdulillah...


Terima kasih untuk semua kawan² sekerja sepanjang 5 tahun di situ. Harap bertemu lagi. Baru selesai mohon PERKESO SIP online. Harap dipermudahkan..


Untuk mereka² yang senasib..bertabahlah. Ada rezeki ditempat lain inshaAllah..doakan perancangan untuk buka kedai mkn semula dipermudahkan...




 

4 comments:

  1. it must been hard for u
    apapun semoga dipermudahkan untuk anda dan dapat kerja baru.. amin

    ReplyDelete
  2. Aminnn...terima kasih. Ada hikmah juga. Macam timing tu Allah dah susun cantik. Bulan 2 berhenti kerja ngam2 anak start masuk tadika habis PdPR, dapat fokus urus hantar ambil die sekolah. Lepas tu boleh relax sikit sementara tunggu bersalin bulan 7.

    ReplyDelete
  3. kedai makan belum bukak lagi eh tun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah cari tapak..ni tambah² barang semua naik rasa macam terjerut je sesiapa yg nak meniaga..kiv lagi haha

      Delete