.
Konco-konco
Thursday, February 16, 2023
Resepi Telur Bistik Sempoi
Hai semua,
Kita nak share resepi telur bistik. Almaklum la ni makanan kegemaran saya. Dulu masa kat UiTM hari² order telur bistik dinner. So, mesti la kita belajar masak makanan kegemaran kan. Bila teringin tak payah order kedai masuk dapur buat je terus...done!!!
Jom tengok bahan² dan cara²:
Kuah:
1/2 bawang holland potong dadu (asing sikit untuk telur)
2 ulas bawang putih cincang halus
Isi ayam/daging cincang dadu atau halus (asing sikit untuk telur)
Sayur campur @ (potong dadu tomato, nenas, carrot etc)
Sos cili 3 sudu
Sos tomato 3 sudu
Sos tiram 1 sudu
Daun bawang hiris
Gula 1 sudu
Garam 1 sudu kecil
Air ikut nak kuah banyak mana
Minyak masak 1 mangkuk
Telur:
4 biji telur
Daging cincang boleh masukkan sikit
Bawang holland dadu tadi boleh masukkan sikit
1 sudu mayonis
Garam
Mula² tumis bawang holland dan bawang putih sampai kuning.
Masukkan semua sayur(tomato last bila dah tutup api), masuk daging kacau² kejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram.
Perasakan gula garam. Masukkan air ikut nak kuah banyak mana.
Dah mendidih tutup api masukkan tomato.
Kebanyakan resepi bubuh daging atau ayam dalam kuah je tapi saya suka bubuh dalam telur separuh dalam kuah separuh, jadi lagi sedap dan best
Telur pulak campur semua bahan. Kacau dengan garfu sampai sebati dan berbuih. Panaskan minyak (minyak banyak sikit dalam setengah mangkuk). Goreng sampai garing.
Lepas tu boleh la alih telur dalam mangkuk dan tuang kuah bistik. Jadilah telur bistik...done!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment