.

Konco-konco

Thursday, February 16, 2023

Resepi Telur Bistik Sempoi

Hai semua, Kita nak share resepi telur bistik. Almaklum la ni makanan kegemaran saya. Dulu masa kat UiTM hari² order telur bistik dinner. So, mesti la kita belajar masak makanan kegemaran kan. Bila teringin tak payah order kedai masuk dapur buat je terus...done!!! Jom tengok bahan² dan cara²: Kuah: 1/2 bawang holland potong dadu (asing sikit untuk telur) 2 ulas bawang putih cincang halus Isi ayam/daging cincang dadu atau halus (asing sikit untuk telur) Sayur campur @ (potong dadu tomato, nenas, carrot etc) Sos cili 3 sudu Sos tomato 3 sudu Sos tiram 1 sudu Daun bawang hiris Gula 1 sudu Garam 1 sudu kecil Air ikut nak kuah banyak mana Minyak masak 1 mangkuk Telur: 4 biji telur Daging cincang boleh masukkan sikit Bawang holland dadu tadi boleh masukkan sikit 1 sudu mayonis Garam Mula² tumis bawang holland dan bawang putih sampai kuning. Masukkan semua sayur(tomato last bila dah tutup api), masuk daging kacau² kejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram. Perasakan gula garam. Masukkan air ikut nak kuah banyak mana. Dah mendidih tutup api masukkan tomato. Kebanyakan resepi bubuh daging atau ayam dalam kuah je tapi saya suka bubuh dalam telur separuh dalam kuah separuh, jadi lagi sedap dan best Telur pulak campur semua bahan. Kacau dengan garfu sampai sebati dan berbuih. Panaskan minyak (minyak banyak sikit dalam setengah mangkuk). Goreng sampai garing. Lepas tu boleh la alih telur dalam mangkuk dan tuang kuah bistik. Jadilah telur bistik...done!!!

Saturday, February 4, 2023

Resepi Kuih Kaswi

Hai, Lama tak update resepi masak². Kali ni nak buat kaswi. Kuih favourite mesti la kena belajar buat ye tak? So ni pun resepi dari google. Alhamdulillah jadi walaupun sis takde pengukus yang proper. Rasanya nak kena beli jugak 1 lah! 😆 Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 1/4 sudu kapur (bancuh dengan air sikit) 1 cawan gula melaka (2 ketul saiz sederhana) 1 cawan gula pasir 5 cawan air Cara: 2 cawan air campur dengan gula melaka dan gula pasir. Panaskan atas dapur sampai cair. Sejukkan dulu sampai dah suam² sikit.
Satukan tepung dan gula tadi (tapis air gula).Lepas tu tambah 3 cawan air. Kacau sebati kemudian tambah air kapur.
Tapis bancuhan tadi ke dalam bekas lain sebab bancuhan tadi berketul² sikit. Nak cantik kena tapis.
Bekas loyang sapu minyak sikit. Lepas tu panaskan dalam kukus kejap. Loyang dah panas boleh la tuangkan bancuhan tadi..
Kukus api sederhana dalam 45 minit. Sampai masak. Tunggu sejuk boleh potong..
Isi kelapa putih tadi gaul dengan garam sikit. Nak tahan lama perlu kukus kejap.
Done!!!