Tuesday, November 17, 2020

Double Rezeki Allah

 Alhamdulillah...atas segala nikmatNya..


3 November 2020 short term plan sebenarnya tup2 husband tiba2 je ON join partner dengan kawan dia untuk meniaga kedai makan. So,officially buka 3 November baru ni kedai yang diberi nama Super Claypot, menyediakan menu2 sup claypot dan goreng2...Alhamdulillah dah 2 minggu beroperasi. Even, 9 Nov Melaka kena PKPB tapi kami open je macam biasa walau banyak kedai makan di Alor Gajah yang tutup sebab taknak ambik risiko rugi&tak boleh bayar gaji pekerja...kami ON juga dan rezeki tak salah alamat, tak pernah langsung takde sales...Alhamdulillah, doakan rezeki kedai kami berpanjangan ya...



Rezeki ke-2 pulak, dalam kesibukan prepare pembukaan kedai sampai saya tak perasan period delay dah dekat seminggu. Then, tunggu sampai hari ke 10 baru check UPT dan hasilnya positif!!! ALHAMDULILLAH setelah menunggu setahun untuk adik Orkid. Doakan kandungan saya sihat ya dan my second journey of pregnancy dipermudahkan..aaminnnnn.


p/s: Pregnancy kali ni sama story dengan masa Orkid dulu. Dulu dapat tau masa baru je report duty dekat Masray, sekarang dapat tau pregnant masa baru start kerja dekat Super Claypot.👶👶💓

Friday, September 11, 2020

Resepi Talapia @ Bawal @ Siakap 3 Rasa

 Hai,

Salam seantero Malaya semua...


 

Saya nak kongsikan di sini resepi masak 3 rasa. Ikan tak kisah la apa² pun yang penting kuahnya betul tak? Sebab ikan kita just goreng je hehe..

Saya kongsikan ni untuk amount 1 ekor ikan saiz sederhana. Jika you all nak masak lebih dari sekor boleh gandakan bahan untuk banyakkan kuah supaya cukup untuk jumlah hidangan/cover seluruh ikan.

(Dalam gambar saya sertakan ialah bahan² untuk 3 ekor ikan talapia yang saya masak jadi saya gandakan lah bahan² nya untuk buat kuah lebih contohnya bawang putih 4 ulas, sos 2 sudu besar setiap jenis..) + saya takde nenas

Bahan-bahan:

Ikan 1 ekor

Bawang Merah 2 biji

Bawang Putih 2 ulas

Timun, Carrot, Nenas,Jagung (potong dadu, jagung pulak relai²..jumlah agak² saja nak banyak mana ikut suka)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato/masam manis

1 sudu sos cili

1 sudu cili kering (dah blend)


Cara-cara memasak:

1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah.
2. Pastikan minyak betul-betul panas.


3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk. Sampai naik  bau.
4. Masukkan semua sos.
5. Masa ini boleh kalau tambah gula dan garam secukup rasa.
6. Jiruskan 1/2 cawan air bagi sedikit berkuah.
7. Masukkan timun, nenas,jagung dan tomato.
8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut sikit.





9. Bila dah mendidih, boleh tuang atas ikan yang sudah siap digoreng tadi.
Siap.


 

Thursday, September 10, 2020

Maksud TTC?

 Hai,

👋👋👋🙋🙋🙋🙋

Salam Satu Malaysia,

Update : PKPP disambung lagi 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020

Straight to the point. Apa maksud TTC ek? Before this selalu nampak term ni dekat page² ibu. Saya pasti ramai yang maybe baru masuk ke alam rumahtangga pun ramai tak tahu term ni. Jadi kita sama² belajar alright? Rupanya maksud dia short term untuk Trying To Conceive. Maksud mudah, wanita yang berusaha untuk mengandung, tambah zuriat dan sebagainya. Ya, seperti tuan tanah sekarang la hihi...

Frankly speaking, saya dah masuk setahun berhenti injection perancang (depo) setelah 3 tahun ambil. Anak pun dah masuk 4 tahun bulan ni. Sepanjang 3 tahun tu memang tak subur la sebab langsung tak datang period. Then, decide stop sebab dah lama sangat tak period. Risau juga sebab terbaca banyak side² effect yang tak menyenangkan kalau ambil lama² perancang. Kena penyakit kronik dan sebagainya...Na'uzubillah!.. 


Selepas stop sebulan lebih baru datang period semula. Alhamdulillah. Cumanya sekarang tengah TTC. Baru rasa perasaan mereka² yang dah kahwin lama tapi tak dikurniakan rezeki zuriat lagi. Penantian setiap bulan. Setiap kali period delay. Tapi saya dah lesson learned, lewat 2 minggu baru check sebab period belum stabil kadang lewat sampai seminggu (ingat preggy haha).

By the way, untuk mereka yang nak TTC boleh join atau cari group TTC dekat FB. Saya pun nak join. Mereka ada share tips untuk TTC. InshaAllah, usaha, doa, tawakal. Semoga kita diberi rezeki oleh Allah. Aaminn...

 

Semoga perkongsian ni bermanfaat. Thank you.

👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍


 

Thursday, August 20, 2020

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri

 Hi, salam sejahtera, salam PKPP 2020.

Haa..siapa rasa macam teringin atau rindu nak makan lauk kenduri? Actually kita boleh je lepas gian lauk kenduri kat rumah, boleh cuba resepi ni confirm ayam masak merah korang wangi macam lauk kenduri. Sebab saya sendiri sometime datang craving nak makan lauk kenduri especially ayam masak merah..bukan tak pernah masak sebelum ni, tapi rupanya kurang bahan tu sebab tak wangi dan tak ada ummphh..

Resepi saya nak share ni untuk kuantiti ayam yang sikit, untuk 2-3 orang makan ya. Kalau nak masak sekor ayam tu boleh adjust tambah kuantiti bahan² contohnya bawang besar 1 biji boleh adjust jadi 3-4 biji ikut kesesuaian ya.

 

Bahan kisar:👇

  • Bawang Besar 2 biji
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
Bahan lain: 👇
  • Kulit Kayu Manis 1 batang
  • Bunga Lawang 2
  • Buah Pelaga 5 biji
  • Serai 1 batang ketuk
  • 4 senduk cili kering kisar
  • Sebiji tomato belah 8/dadu
  • 3 sudu besar sos cili
  • Garam gula secukupnya
  • Gula melaka (saya bubuh sikit untuk tambah lemak manis) - tak ada takpe je

Cara-cara:

(Goreng ayam dulu, jangan sampai garing, goreng separuh masak sampai juicy² gitu je)

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serai sampai wangi. 

 

2. Lepas tu masuk bahan kisar tumis sampai wangi.

3. Bubuh cili kering tumis sampai garing. Dah garing baru tambah sos cili, garam, gula, gula melaka perasakan..(rasa, kalau saya suka manis)

4. Masukkan ayam, gaul seketika..lepas tu bubuh tomato last sekali. Then boleh angkat dan siap dihidang.

Dah banyak kali masak. Tak pernah mengecewakan...selamat mencuba!!!

😋😋😋

Sunday, July 26, 2020

Second Trial Almond London By Dapur Mama Orkid

Hai,

Nak raya haji ni kita buat Almond London sebab raya puasa hari tu ada baki half lagi chocolate bar Beryls. Bahan lain pun ada. Cuma topup kacang badam, serbuk badam dengan butter je. Cuma bezanya 1st trial pakai pure salted butter tepung cuma 2 cawan setengah macam resepi, tapi kali ni pakai butter biasa dough agak lembik tepung gandum dalam 3 cawan setengah jugak nak bagi tak melekat kat tangan.

Full resepi boleh follow entry hari tu ya klik sini Resepi Almond London

Tips tetap sama, lagi premium bahan lagi ekslusif rasa Almond London anda!

Cantik biskut tak merekah. Sebab first trial terpakai putih telur, kali ni kuning telur je.


Thursday, July 23, 2020

Sofa Ubber 2020

Alhamdulillah..

New achivement after my first gold last year.
Hari ni 23 Julai 2020 sofa baru sampai rumah.
Duit gaji sendiri🥰

Ubber Light Brown 4 seater+stool

Wednesday, June 24, 2020

Upgrade Celcom SIM Dari 3G Ke 4G. Cara Aktifkan.

Hai semua,

Nak share pengalaman upgrade SIM 3G (berumur dah 10 tahun) ke 4G.
Loyal dengan Celcom kan? Guna nombor ni semenjak pakej student RM50 broadband masa kat UiTM.
Actually lama dah since 2016 nak tukar ke 4G SIM. Tapi memandangkan masa tu perlu ke Celcom center untuk mohon 4G maka berat nak pergi. Gunalah 3G di smartphone sampai June 2020.

Tiba² sampai seru nak tukar, tambahan lagi dekat Celcom Apps handphone dah boleh request Replace/Upgrade SIM. Setahu kita semua SIM baru yang dikeluarkan sekarang semua 4G dah tak ada lagi 3G SIM.

Request Isnin, Rabu dah terima. Pantas kan? Terkejut I tau. Dalam bill nanti dia akan charge postage RM10, harga SIM RM5 (free sahaja sebab customer lama).

Dah terima SIM, tak ada manual nak aktifkan pulak. Google sana sini tak banyak share info nak aktifkan SIM 4G. Sampai la terjumpa blog akak MF share pengalaman dia replace SIM 4g laki bini sebab line slow masih guna SIM 3G. Thank ya entry yang membantu.

Jadi, on dulu SIM lama sebab nak call Celcom Customer Service dulu, dail 1111. Pilih 0 nak cakap dengan Customer Service, then 5 tak silap lain² hal. Sahkan identiti, minta aktifkan SIM 4G, bagi nombor IMEI SIM. Dalam 1 minit SIM lama akan pangkah kat line bermaksud sudah dimatikan/tak aktif. Jadi boleh dah on SIM 4G baru dan guna.

Senang je, selamat mencuba👍👍

Banyak jasa ni, warna pun dah season sangat. Terima kasih atas perkhidmatan selama ni.


Thursday, June 4, 2020

Resepi Paprik Ayam Simple Tapi Sedap🥰

Hai semua,
Salam PKPB, Stay home, Stay safe.

Sape suka makan paprik? Saya suka. Kadang bila teringin mesti masak. Lagi pun bahan-bahan dia simple tak susah. Jom saya share resepi, confirm sedap.

Bahan-bahan : (Boleh makan 2@3 orang)🍽️👨‍👩‍👦
👉Ayam🐔 (potong dadu gaulkan dengan garam)-kuantiti ayam ikut suka
👉Serai 1 batang (titik)
👉Bawang Holland sebiji🔪 (hiris)
👉Halia 1 inci (tumbuk lumat)
👉Bawang Putih 3 ulas (tumbuk lumat)
👉Lada Merah🌶️1 biji 🔪(hiris)- takde pun takpe saja untuk meriahkan paprik
👉Cili 5 biji (tumbuk kasar)
👉Lobak Merah 1/2 batang 🔪(hiris)🥕
👉Kacang Buncis 5 batang🔪 (hiris)@kacang panjang 3 batang
👉Daun Limau Purut 6 helai🍃🍃🍃🍃🍃🍃
👉Sos Tiram 2 sudu besar🥄🥄
👉Sos Cili 2 sudu besar🥄🥄
👉Kicap manis kipas udang 1 sudu besar🥄
👉Serbuk Cili 1 sudu besar(campur air sikit)🥄


Cara-cara masak :
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia, cili padi, serai sampai wangi. Alert ya sebab bawang putih cepat garing/hangit. Api sederhana je.

3. Bancuhkan serbuk lada dengan sedikit air dan tumiskan dalam kuali tadi. Biar serbuk cili masak sikit.
4. Masukkan ayam. Gaul rata. Biarkan ayam sedikit kecut.

5. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis.Tambah garam, gula hingga secukup rasa.
6. Kemudian, masukkan hirisan bawang, lobak merah, lada merah. Tambahkan sedikit air ( ikut la nak kuah banyak atau sedikit), renehkan sekejap.

7. Akhir sekali, masukkan hirisan kacang buncis dan daun limau purut. Gaul rata dan biarkan seketika. (Saya suka kacang buncis sebab lebih lembut berbanding kacang panjang). Biar mereneh dalam 5 minit.

Siap! Boleh la dihidang👍👍
Senang kan? Selamat mencuba. Dah cuba jangan lupa drop komen ya.

Friday, May 22, 2020

Tahun 2020 Bertukar Tragedi

Hai Malaysia,

Kita semua ternanti-nanti tahun 2020 kan? Even saya sendiri dari sekolah rendah di momokkan dengan Wawasan 2020. Walaupun Malaysia belum capai apa yang diharapkan, tapi tahun 2020 tetap digit yang special di hati rakyat Malaysia. Tambahan tahun ni juga ada sukan Olympic di Tokyo, sepatutnya menjadi tahun yang havoc juga la..tapi semua menjadi tragedi yang tak disangka. Entry ni untuk simpanan saya sebagai kenangan tentang Malaysia dan dunia yang dilanda wabak novel Covid-19. Menjadi tahun yang paling sedih terutamanya untuk umat Islam yang menyambut Ramadan dan Syawal dalam wabak. Saya sendiri menangis tak dapat beraya bersama keluarga dan mak ayah di kampung. Ramadan yang suram, banyak di rumah saja. Sedikit catatan di bawah untuk disimpan sebagai rujukan di tahun² akan datang...lipatan sejarah dunia dan negara Malaysia.


 2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa,.

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

Monday, May 18, 2020

First Trial Almond London

Hi semua,
Walaweh...dah bulan 5 nak dekat raya lak tu baru up entry tahun 2020🤭. Well, kita semua 1 dunia mengharapkan keajaiban 2020 kan even since sekolah kita dah ditanam wawasan 2020 adalah tahun dimana negara kita dah mencapai so much pencapaian kemajuan🚀🛩️🦸. Tapi Allah kata Kun Fa Ya Kun, jika tak dengan izin Allah tetap ia takkan terjadi..tahun ni kita dilanda wabak Covid19 yg mana Malaysia mengambil tindakan drastik untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2 bulan dan disambung lagi 4 minggu sehingga 9 Jun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Makanya, rakyat Malaysia ramailah terkandas tak dapat balik raya😭😭. The weird hari raya ever for everyone. The new norm bak kata PM.😷😷

Walaupun kita semua tak dapat balik kampung. Hari lebaran harus diraikan sebagai umat Islam🕌. Macam saya sendiri, tetap beli baju raya, kasut raya, dan buat 2 jenis kuih (tak rajin nak buat banyak😂)

So, lets me share my first trial of making Almond London.

Bahan-bahan:
🧀250gram butter (saya pakai Anchor pure butter)
🍫500gram Beryls Chocolate Milk Compound
👉3/4 cawan gula aising
👉2 1/2 cawan tepung gandum
👉1/2 cawan tepung jagung
👉1/2 sudu teh baking powder
👉1 sudu teh essence vanilla
🥚1 biji telur (ambil kuning telur sahaja)
👉3 sudu susu tepung (takde takpe)
🌰1/2 cawan serbuk badam
🌰Kacang badam secukupnya
🌰Badam hancur secukupnya

Kacang badam sebiji² tu sangai kejap atas kuali. Lepastu bakar dalam oven 150° 15 minit. Badam hancur pun sangai dulu atas kuali. Untuk kerangupan.

Saya guna Anchor salted pure butter

🍫🍫🍫1kg Beryls choc bar tu pakai half sahaja tu pun berlebih. Saya hiris² supaya kejap je cair. Campur 1 sudu butter

🥚🧀Masukkan dalam 1 bekas gula aising, essence vanilla, telur, butter

Kacau perlahan-lahan hingga sebati

Masukkan tepung, baking powder, serbuk badam, susu tepung...gaul sebati.

Uli sampai doh tak melekat kat tangan camni..

🥄🥄Sis takde sudu sukatan😂sis pakai sudu anak ni haa buat sukatan. Terlebih besar pulak acuan. Better cari la sudu sukatan kat Mr DIY @ kedai bakery. Kalau boleh buat kecik² je adunan kang jadi cam saya tak muat sarung kuih tu😂😂


Saya guna oven kipas. 🌡️So suhu di adjust 150° selama 15 minit⏱️. Lain oven lain suhu, kalau oven api atas bawah 160° 20 minit. Try and error lah ye.⏰

Biskut setelah di bakar..menjadi!!

🍫Cairkan chocolate guna kaedah double boil. Sila google cara.

Biskut dah sejuk boleh la celup@tuang chocolate kat biskut, tabur badam hancur. Dah sejuk baru masuk balang. Done!!

Siap..selamat mencuba ya!! 💪

Oh lupa..kalau ada badam lebih² dan chocolate cair tu, you all boleh buat kudap² badam salut chocolate, 🍫🌰sejukkan dalam fridge then ngap², memang yummeyh🥰🤤


Kuih Raya : Cookies Ala Famous Amos

Hai..
Salam 2020
Sorry guys, tahun ni dah masuk tengah tahun baru update blog. Nampak sangat dah berumur jarang ada masa blogging.

Alright, dulu saya pernah update resepi cookies Famous Amos juga tapi version coklat gelap. Few years jugak buat cookies yg tu. So now, dengan baki beberapa hari lagi nak raya saya nak buat cookies Famous Amos versi tak pakai serbuk koko, so that warna dia lebih cerah...resepi ni ambil di FB sebab lately viral semenjak ramai stay home PKP ni kan, tambahan bulan² puasa ni dah ramai buat kuih raya. Walaupun tahun ni tak berapa nak raya sebab PKP, semangat buat kuih tetap ada masing².

So, this is the resepi (credit for FB Baizura Muhammad)
Bahan2 seperti di bawah:
🍪250 gram Butter
🍪1 1/4 cawan Brown Sugar
🍪1 sudu kecil Essence Vanila
🍪1 biji Telur
🍪2 1/2 cawan Tepung Gandum
🍪1/2 cawan Tepung Jagung
🍪1 sudu kecil Baking Powder
🍪1 sudu kecil Soda Bikarbonat
🍪6 sudu besar Minyak Masak
🍪2 cawan Coklat Cip
🍪Almond nips / almond flakes --jika suka

Katanya lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies.

Masukkan butter, brown sugar, essence vanilla, telur. Kacau pakai senduk perlahan-lahan. Dilarang menggunakan mixer nanti cookies terlalu kembang tak jadi. Kacau perlahan sekadar untuk sebatikan. 

Lepas dah sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, minyak, baking powder, sodium bikarbonat. Kacau slow² sahaja sekadar untuk sebatikan.


 Then, masukkan chocolate chip (gambar lupa ambil masa tabur LOL), gaul slow² jugak sampai sebati. Nak laju² g mana??
Then, kalau nak tambahlah badam hancur (option). Gaul sebati.

Doh yang sudah siap kena simpan dalam fridge dalam 30 minit. Kalau fridge tak berapa sejuk, simpan lebih lama. Nanti nak bakar, keluarkan sikit²...oh lupa nak beritahu, saya pakai oven kipas so suhu telah di adjust bersesuaian dengan jenis oven ni iaitu 130° selama 8 minit pembakaran. Lain oven lain suhu ye, kena adjust ikut kesesuaian..(mula² try 150° 15 minit cookies gelap sikit)


 Jadi uolsss...yeay! Dapat la hampir 1 balang❤️❤️❤️