.

Konco-konco

Monday, November 12, 2018

UTM Konvokesyen ke-61 (11-12 November)

Assalam & Good day everyone,

Alhamdulillah. Selesai majlis konvokesyen kakak dekat UTM Skudai semalam 11.11.2018, cantik pulak date. Hari SALES shopee & lazada. Melepas sis nak shoping..

Sabtu kami bertiga sampai Skudai (Sis, hubby & little Orkid). Kakak and parents dah sampai semalamnya (Jumaat) sebab kakak ada rehearsal.

Check in hotel budget kat Taman Universiti, Hotel Continental Inn. Sempat jenjalan Desaru je masa tak mengizinkan.


Pagi Ahad check out 10am. Pergi awal UTM sebab nak elak jem and takut parking susah. Datang awal pun tengok2 parking penuh jugak sebab sesi pagi punya family graduates dah datang. Nasib dapat parking hujung.

Dari parking ke dewan mak aih hiking bukit oi...penat. Tolak stroller. Kakak bawak parents sampai atas drop sebab dapat pass Mak kurang upaya. Drop sahaja.




Lepas tu tunggu la sampai lepas Zohor. Mama Abah que masuk dewan. Kakak pun que dengan graduates lain masuk dewan. Sis teman kejap parents sis beratur.



Elok lepas parents masuk dewan, hujan turun lebat. Alhamdulillah nasib baik sempat masuk dewan, kalau tak huru hara ibu bapa yg tengah beratur panjang berjela + crowded tu.

Kami bertiga duduk dekat khemah screen besar. Tengok majlis konvo berjalan dari skrin besar. Sampai turn kakak, sempat snap gambar.


Lepas je majlis habis. Sesi huru hara berlaku. Mama Abah ntah ke mana. Kakak ntah ke mane..haha.
Kakak sis rushing nak pulang jubah pukul 6pm. Habis majlis 5.30pm. Kau rase???? frust jugak tak dapat photoshoot banyak2, Mama Abah pun x sempat tangkap gambar kenangan-kenangan dengan jubah konvo kakak sis. Sis je sempat kejap. huwaaaaaaaaaaaa...sedih.


Then, pukul 6 turun pergi kat parking kereta. Disebabkan dah lewat, tak sempat ke bengkel kereta (tayar belakang sis bengkak masa atas highway semalam). Hubby tukar tayar spare sementara tunggu kakak sis settle kan urusan jubah, transkrip). Lepas tu terus shoot balik Melaka.
End of excitement. Penat tapi seronok je. Bukan senang nak dapat peluang hadir majlis konvo adik beradik. Rase takde dah kot?xtau la klu my sis nak further master pulak..haha..klu aku mmg x la nak further dah dengan anak kecik ni, i am not struggle enough :p

HAPPY KONVOKESYEN GUYS! Sis tau sekarang musim konvo. Semoga berjaya in future ~

No comments: