Terima kasih Allah atas segala nikmat Mu.
Tahun ni, umur dah berganjak ke 3 series. Mulalah terasa tua.
Tahun ni celebrate in advance dengan hubby dan Orkid 4.5.2018 kat AEON Bandaraya Melaka sebab dapat Voucher Birthday dari GSC membership. Redeem 2 ticket free untuk filem asterik (*) bertanda bintang tu maksudnya filem yang sudah ditayang 2 minggu sahaja. Orkid pulak asalnya ingat kena bayar but rezeki jugak free je. Kami tengok Jumanji and this is her first cinema movie. Bagus, behave sangat..tak la nangis takut macam yang aku expect. Next time boleh bawak lagi yeay!
So, tahun ni kite celebrate kat office tema Pot Luck. Tahun lepas aku bawak nasi ayam, so this time takkan nak bawak benda yang sama atau pun nasi lemak, menu dah boring tu..tetiba dapat idea nak buat nasi daging Terengganu. Kawan dengan sambal kerisik. Tambah sikit side menu sup daging dengan papadom.
Masa ni nasi in de making dalam rice cooker. Wangi 1 rumah bau macam kenduri..best! |
Kak Lailee bawak ayam masak merah. Su bawak kek. Kak Ita bawak spageti oglio dgn sagu susu. Kak nani bawak nugget dengan sosej.
wihieee...potong kek tahun ni ada bunga api!
Doakan saya dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki. Dilimpahi rezeki yang banyak. Dilindungi Allah. Diberi kesihatan yang baik. Ditambah iman. Dan bahagia bersama keluarga...aminnnn!
5 Febuari 1988
No comments:
Post a Comment