.

Konco-konco

Monday, November 12, 2018

UTM Konvokesyen ke-61 (11-12 November)

Assalam & Good day everyone,

Alhamdulillah. Selesai majlis konvokesyen kakak dekat UTM Skudai semalam 11.11.2018, cantik pulak date. Hari SALES shopee & lazada. Melepas sis nak shoping..

Sabtu kami bertiga sampai Skudai (Sis, hubby & little Orkid). Kakak and parents dah sampai semalamnya (Jumaat) sebab kakak ada rehearsal.

Check in hotel budget kat Taman Universiti, Hotel Continental Inn. Sempat jenjalan Desaru je masa tak mengizinkan.


Pagi Ahad check out 10am. Pergi awal UTM sebab nak elak jem and takut parking susah. Datang awal pun tengok2 parking penuh jugak sebab sesi pagi punya family graduates dah datang. Nasib dapat parking hujung.

Dari parking ke dewan mak aih hiking bukit oi...penat. Tolak stroller. Kakak bawak parents sampai atas drop sebab dapat pass Mak kurang upaya. Drop sahaja.




Lepas tu tunggu la sampai lepas Zohor. Mama Abah que masuk dewan. Kakak pun que dengan graduates lain masuk dewan. Sis teman kejap parents sis beratur.



Elok lepas parents masuk dewan, hujan turun lebat. Alhamdulillah nasib baik sempat masuk dewan, kalau tak huru hara ibu bapa yg tengah beratur panjang berjela + crowded tu.

Kami bertiga duduk dekat khemah screen besar. Tengok majlis konvo berjalan dari skrin besar. Sampai turn kakak, sempat snap gambar.


Lepas je majlis habis. Sesi huru hara berlaku. Mama Abah ntah ke mana. Kakak ntah ke mane..haha.
Kakak sis rushing nak pulang jubah pukul 6pm. Habis majlis 5.30pm. Kau rase???? frust jugak tak dapat photoshoot banyak2, Mama Abah pun x sempat tangkap gambar kenangan-kenangan dengan jubah konvo kakak sis. Sis je sempat kejap. huwaaaaaaaaaaaa...sedih.


Then, pukul 6 turun pergi kat parking kereta. Disebabkan dah lewat, tak sempat ke bengkel kereta (tayar belakang sis bengkak masa atas highway semalam). Hubby tukar tayar spare sementara tunggu kakak sis settle kan urusan jubah, transkrip). Lepas tu terus shoot balik Melaka.
End of excitement. Penat tapi seronok je. Bukan senang nak dapat peluang hadir majlis konvo adik beradik. Rase takde dah kot?xtau la klu my sis nak further master pulak..haha..klu aku mmg x la nak further dah dengan anak kecik ni, i am not struggle enough :p

HAPPY KONVOKESYEN GUYS! Sis tau sekarang musim konvo. Semoga berjaya in future ~

Review: Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly - A must visit place

Assalam,


Nak cerita sikit sesambil bersih sawang blog...hehe
Last weekend, sis join konvo kakak dekat UTM. So, kakak dengan parents datang awal Jumaat 9.11.2018 sebab kakak sis ada rehearsal konvo die. Kami tido dekat hotel Continental Inn Taman Unversiti, Skudai. Hotel2 budget..sebab bkn nak tido banyak hari.

Nak di jadi cerita. Aku sampai Sabtu 10.11.2018, check in hotel 2.30pm. Kami ada masa hari ni je nak berjalan, sebab esok memang sibuk di UTM dari pagi sampai petang. So, petang Sabtu kami pun decide nak pergi Danga Bay je dekat 30 minit dari hotel. Tapi rupanya kakak dengan parents dah pergi semalam, dorang cakap xde pape pun, lengang..Jadi, kami decide pergi Desaru..pergi jugak even 1 jam dari hotel untuk sampai sana. Masa bertolak Skudai hujan.

Alhamdulillah lepas sejam lebih sampai Desaru dan hari x hujan. Tapi sampai2 sana pantai Desaru tutup. Gelabah dah mase tu sebab xtau nak tuju mana memandangkan hutan je kiri kanan..pantai lain pun x nampak. Kakak sis pun masuk chalet berdekatan, tanya dekat polis bantuan tu mane pantai yg kami boleh tuju. Nasib baik lah tanya, polis tu suggest kami pergi pantai Tanjung Balau yg open 24jam. Dari chalet/ pantai tutup tadi kena patah balik..roundabout pertama masuk kanan, roundabout kedua masuk kanan.,.terus sampai hujung. Sampai......cantik! sampai dah maghrib so sempat tangkap gambar sikit2 je..



Lepas tu kami decide nak cari tempat makan sebelum balik hotel. I ikut je kakak sis waze mane. Die waze 1 restoran ni area Desaru jugak. Masa pergi tu jalan die ya ampun dalam..menempuh ladang sawit ke dalam. Nasib ada 1 bijik kereta kat depan pergi tempat sama atleast xde la seram sangat..confident la sikit redah sawit tu ke dalam..kalau tak mesti "eh betul ke ni..?xkan dalam hutan ade restoran?"....end of road..yaaaaaaaaaa ada 1 kedai makan yg banyak kereta park. Even no.pendaftran Singapore pun ada datang sini makan weyh..tempat die cantik. Makan pun murah2. Service lain pun ada macam river cruise, naik bot tengok kelip2 etc.










Untuk menu hidangan, memang sangat murah. Kami pilih set 4 orang makan Total RM110 (Tomyam campur + ketam sambal + sotong celup tepung + sayur campur + siakap stim saiz agak besar + nasi 4 + sanquick 1 jug + air suam 1 jug). Makan puas hati kenyang. Service amat pantas tak lama pun tunggu makanan sampai. Tempat menarik atas air terapung2.

So my review is : Very recommended!

p/s: ada dalam waze. So, ape lagi wazers! :p


Tuesday, July 10, 2018

Orkid Warded 7.7.2018 - 9.7.2018

Assalamu'alaikum
Salam Malaysia baru

7.7.2018



Malam sebelum Orkid demam. Batuk dah 3 hari. Pagi ni baru perasan nafas die laju. Memang decide nak pergi hospital, aku mandi siap2, sebab instinct sangat kuat mybe Orkid warded sebab nafas laju ni. Aku siap2 kan beg baju Orkid. Baju aku spare 2@3 helai. Toiletries etc. Standby dalam bonet. Sesampai hospital Alor Gajah, pergi kat unit pesakit luar. Tak ramai org lagi around 9@10am. Hubby pun register sebab demam jugak tekak bengkak. Sampai kat bilik saringan, aku inform nurse Orkid demam, batuk dah 3 hari, nafas laju. Nurse tu cakap "Aah nafas laju ni, suhu pun tinggi 38.8, next time kalau ni terus pergi emergency..". Orkid pun terus dipanggil utk jumpe doktor. Doktor cakap diorang akan tolak pergi emergency, sebelum pergi masuk ubat bontot dulu. Then, tunggu surat settle masuk ubat nurse pun tolak aku dgn Orkid pakai wheelchair pergi emergency. Kt emergency Orkid kena NEB (sedut gas). Half way die tidur, lepas terjaga Ya Allah die punye meronta 1 emergency bergegar, surrender. Then, MA minta bawak Orkid ambik sampel darah, sampai aku kena panggil masuk bilik pujuk. Mana tak nye, MA tu sampai kena tendang dengan Orkid..adoi la. Then, bawak pergi X-ray, Alhamdulillah die behave masa X-ray. Siap X-ray tunggu doktor review, sementara tu pergi makan sebab dari pagi sampai pukul 2pm x makan apa2. Doktor pun ada sorang je kt emergency tu yg bertugas. Dalam pukul 2 lebih test darah result keluar. Paras kuman normal 10, darah Orkid 10.12 cmtu la sikit. Paru2 penuh kahak. Pukul 3 lebih doktor datang cek Orkid, then dia cakap kena warded sebab nafas die laju. Maka masuk wad lah Orkid 3 hari 2 malam kat wad Kanak-kanak Kenanga 2B. Orkid terima rawatan untuk Pneumonia, on antibiotic, NEB 4 hourly, on oxygen kat hidung. Budak kecik cepat boring mana la nak duduk kat katil, bertabah la Mama menahan rengek die nak turun katil "Jom Maa jom maa..". Pakai oxygen memang tak boleh turun katil. Orkid tak nak makan ubat demam, campur dalam air pun taknak minum. Malam tu badan die panas sangat, pukul 4 pagi menggigil..cuak betul Mama. Mama tidurkan Orkid, lap2 badan dengan kain basah.

8.7.2018


Pagi babah datang. Bagitahu Orkid xnak makan xnak minum malam tadi. Ubat pun x makan. Kul 11 nurse bagi ubat demam, mintak tolong husband bagi Mama pegang tangan. Paksa makan ubat. Pagi doktor cek nafas dah tak laju, dah boleh off oxygen. Tengahari tu nafas macam laju balik on oxygen balik..Alhamdulillah tengahari tu last demam. Petang dah kebah. Tapi still belum aktif, orang datang melawat pun Orkid diam..nangis. Tapi dah start nak makan minum balik. Malam pun badan dah tak panas. Tidur nyenyak.

9.7.2018


Pagi2 dah start aktif. Melompat2 dalam baby coat. Doktor datang cek pagi tgk Orkid dah tak demam nafas dah OK, aku terus tanya hari ni boleh discharge tak "hurmmmmmmmm" panjang betul hurmmm doktor neyh kan..tunggu petang klu keadaan Orkid OK doktor petang bagi discharge. Then, aku mintak off oxygen. Senang sikit Orkid pun tak rimas. Petang tu Alhamdulillah dapat discharge. Duit dalam dompet tak sampai RM50, berapa la bill. Cuak tak cukup. Alhamdulillah kena charge RM31 je. Murah naw, terima kasih subsidi kerajaan. Proud to be Malaysian.

Selesai urusan discharge balik teman babah g kilang die tunggu habis kerja. Sambil2 tunggu sebab panas, bawak Orkid jalan2 pasar malam kat area kawasan kilang. Belikan mainan bagi ceria sikit baru keluar wad. Hehe..

This is my first time jaga Orkid warded after last time di NICU masa lepas die lahir (room-in). Orkid baby prem 34weeks, cukup bersyukur die baby yg kuat jarang demam dan setelah 1 tahun 9 bulan baru ade kes warded.

Semoga anak Mama sentiasa sihat dan membesar dengan sihat...aminnn

Wednesday, June 20, 2018

Ramadhan dan Aidilfitri 2018 - Pahang - Negeri Sembilan - Melaka

Salam sejahtera semua...💕SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 😍😍😍


Entry puasa x sempat langsung nak post tahun ni..by the way tahun ni puasa much much happy than last year😃. Even tahun ni dah takde mak mertua, tapi happy dari sudut lain. Contohnya, 3 minggu berpuasa tiap weekend kami keluar jalan2 Expo raya kat Klebang, MITC, KIPMART dan berbuka puasa kat luar (Tapau kat bazar makan kat dalam kereta @ Dataran 1 Malaysia Klebang etc). Boleh kata aku ni puas la berjalan time puasa tengok suasana orang bershoping raya which is my favorite part time bulan puasa.
berbuka kat wakaf Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Last year tak berjalan sangat, banyak terperap kat rumah sendu lembab stokin je rasa haha. Masa balik sambut puasa hari tu kami siap beli pelita buluh tambah lagi 6 batang, org nak kate awal sangat pun lantak la beli. Tahun lepas masa balik sambut puasa 1 pcs RM1.50, bila balik raya jadi RM2.50/pcs tu sebab tahun ni beli awal, itu pun naik harga RM1.99/pcs tahun ni. Meriah laman 12 batang pasang masa 2 minggu sebelum raya kat rumah Alor Gajah.


Basuh baju raya before balik kampung
Alhamdulillah baju raya settle seawal puasa minggu ke-2 yang mana membuatkan aku tenang je takde serabut2 last minit baru nak cari baju raya. Aku beli online. Orkid pulak beli kat kedai baju kt Pekan Alor Gajah je. Tema kami tahun ni BIRU. Orkid kebaya biru aku kurung biru kain licin. Raya ke-2 aku beli blouse merah kat TESCO Cheng masa cuti vesak 29 Mei(time ni Orkid hantar kat pengasuh so aku dapat la sehari Me Time). Orkid pulak aku belikan gaun kembang merah kat online untuk raya ke-2, seminggu sebelum balik raya sampai baju nya. Alhamdulillah..cuma baju hubby je beli kat Temerloh sekali dengan abang aku sedondon Kurta Raihan warna biru.



Tahun ni company sponsor staff office berbuka puasa kat kedai Arab cuisine Bukit Katil, buffet Ramadhan. Aku bawak Orkid. Orkid behave, makan minum banyak..good girl.

Sambut puasa 17 Mei macam biasa Melaka dapat cuti. 1st puasa Khamis, so aku apply cuti Jumaat untuk sambut puasa kat Pahang. Tahun ni, Husna dengan Kak Lang tak dapat join balik. Husna suami tak cuti, Kak Lang pulak ade kelas kena hantar report projek akhir tahun dia. So, aku, hubby, Mama, Abah, Orkid je la sambut puasa kat Jengka dengan Abang and Pakcu Maksu kat sana. Seronok juga, cuma hubby aku la jadi chef masak berbuka haha sebab master Chef Kak Lang tak balik.


Ok kita cerita pasal raya pulak..
Balik Pahang 12 Jun Selasa lepas kerja..6.45pm gerak dari Alor Gajah. Sampai Temerloh dalam pukul 10.30pm. Kereta belum banyak lagi. Perjalanan lancar. Rabu ke Temerloh dengan abang dan Kak Lang nak beli barang kering/masak untuk hari raya. Cari baju raya hubby dengan abang sekali. Pastu beli kasut raya Orkid. Settle.

Hari Mantai, bermula peperangan di dapur. Buat lemang warna-warni? idea Pak Usu...so tahun ni kita berlemang hipster yawww..
Proses mewarna beras pulut lemang

Prepare buluh lemang
Ni hasilnya lemang warna-warni
Boleh pulak kawan2 masjid abah datang "lemang kaler2??! warna biru takde ke??" berbaur politik amat haha😂




rendang daging 3 kilo. Rendang ayam pencen 4 ekor. Nasi impit, kuah kacang. Last minute request dari ahli dapur ikan bakar dan ayam bakar dari hubby aku..so membakar la dalam oven untuk menu berbuka puasa last day. Alhamdulillah sedap pohpaleh wehh..licin ayam sekor.


Ucu tengah jaga api lemang
Sampai malam bakar lemang



Proses memasukkan daun pisang dalam buluh dan memerah santan
Raya Pertama : Pagi kita sambut tetamu kat rumah. Layan tetamu tak ke mana2. Lepas zohor, kita tutup pintu dah haha...nk pergi beraya rumah Alang Pie kat Jengka 17 (Adik Mama). J17 ada 2 biji rumah selain rumah Alang pergi jugak rumah Kak Ngah Ctah (sepupu) dengan Abg Pojie (husband dia). Lepas J17, langsung ke Jengka 16 rumah sepupu hubby (Nabila)..dia kawen dengan orang Jengka 16. Lepastu baru balik sebab hari dah gelap...esok pulak sambung beraya.
Group abang
Group kanak2 riang..si kinting tu kan sibuk nyelit makan nasi impit tengah2 tu melayan tetamu. Ingat kawan die la tu..bila bebudak yg beraya tu balik meraung.

Macam rare jugak la gambar ni. Never in my life raya pertama bergambar dengan lemang
Family potrait



Jengka 17 @ Rumah Abang Pojie


Rumah jiran Cik Saniah dan arwah Cik Mat Nayan


Jengka 17 @ Rumah Alang Pie


Jengka 16 @ Rumah Nabila cousin husband

Raya Kedua: Tema Merah. Hari ni misi beraya di Jerantut dan Temerloh. Jerantut rumah mertua Pak Usu. Lepas tu gerak ke Temerloh, Kampung Padang Lalang rumah Pak Ngah (Adik Mama). Lama sangat tak jumpa. Kemudian ke rumah Alang Zaini (ni family bekas adik ipar Mama, mak saudara Kak Ngah Ctah) kat Kampung Pangsenam tak jauh pun dari Padang Lalang tadi...last rumah untuk raya ke-2.
Jerantut @ Rumah mertua Ucu Pari

Padang Lalang Kerayong @ Rumah Pak Ngah



Raya Ketiga: Kita beraya ke Mentakab je..Rumah Kak Ngah Ctah, dia ada masak2. Hari ni 1 rumah je..pastu balik hari dah gelap. Husna dengan Alif balik lewat malam ke Ampang. Kurang 1 group dah pulang ke sarang. Sebelum diorang balik kami 1 keluarga keluar makan kat jalan masuk highway Chenor, Mama belanja. Macam ngeteh la jugak sebab masa balik dari Mentakab tadi tak jadi singgah ngeteh..qadak balik.
Mentakab @ Rumah Kak Ngah Sitah


Gemar betul sarung kasut orang..habbit!
Ngeteh sebelum Husna balik Ampang


Raya Keempat: Turn aku dengan Kak Lang pulak nak pulang ke sarang. Sebelum balik ke destinasi masing2, kami beraya ke Negeri Sembilan dulu. Kak Lang bawak Mama Abah 1 kereta dan akan balik ke Port Dickson hantar Mama Abah sebelum balik ke Putrajaya. Aku lak balik Alor Gajah. So, rumah pertama haruslah rumah Mak Tua (Mak Long)kakak abah @ Kampung Melayu Panchor, Seremban. Borak panjang dengan Mak Tua sebab lama tak jumpa. Lepas tu ke rumah Pak Ngah kat Senawang. Kemudian bergegas ke rumah Pak Anjang kat Rembau. Then, baru la kami bergerak ke haluan berasingan balik ke destinasi masing2.
Rembau @ Rumah Pak Anjang


Senawang @ Rumah Pak Ngah




Balik rumah..kemas2 apa patut..fius rumah tendang oi, habis ayam ikan busuk dalam peti 1 rumah bau bangkai..alahai takde rezeki.

Esoknya aku sorang je datang office yang lain masih mood holiday kah3. Tuesday blues betul..!

apa2 pun raya tahun ni memang puas berjalan berbanding tahun sebelum ni kami banyak jadi tuan rumah je x kemana2, tak maximize kan hari raya untuk ziarah saudara mara. Alhamdulillah..panjang umur jumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan.

Weekend ni kakak balik dari perak ke Port Dickson. So, kita sambung gathering and beraya kat PD pulak yeay!!! buat BBQ ke mandi laut ke kannnnnn...


SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA, KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI ANDAI ADA TERKASAR BAHASA MENGGURIS HATI. SALAM 0-0