Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi 29.09.2017 genap setahun anak kesayangan Mama Nur Orkid Sophea๐
Celebration tak buat sangat sebab baru seminggu Mak Mertua Patimah Binti Jonid a.k.a Nenek Orkid pergi menghadap Ilahi. Arwah sangat sayang dengan Orkid. Dalam sakit-sakit pun menyebut2 nama Orkid. Tapi bagi aku, redha dengan pemergian dia sebab dah lama dia tanggung sakit tu...Al-Fatihah.
Semalam 3.10.2017 boleh aku terlepas pandang appointment Orkid 1 tahun. Nasib la sedar nak pergi cek date dalam buku pink kat kereta masa kat office. Jam pun dah pukul 10 lebih semalam..cepat2 isi borang pass keluar then pick up Orkid dekat rumah pengasuh pergi KKIA. Alhamdulillah si comel Mama ni kuat, nangis kejap je kena cucuk. Buat Mama lagi happy, berat Orkid naik banyak sikit bulan ni. Bulan lepas 6.22kg timbang setahun ni 6.74 kg (naik dalam 520gram)๐ช, kebiasaan check up pantau berat 2 bulan sekali naik 200gram je which mean 100gram per month but bulan ni 520gram in a month. Impressive. Dah lama tak naik banyak since Orkid 5 bulan tak silap. Duduk line kuning memanjang. Dapat Nurse sorang tu habis membebel je berat tak cantik๐. Tp kali ni dapat die jugak dah x bebel sangat cm dulu. Alhamdulillah check up beberapa bulan lepas tak dapat Nurse ni ๐
Birthday Orkid Mama tempah hadiah bantal customade khas untuk Orkid. Junior Mama buatkan. Puas hati..cantik!๐๐๐
Kek Mama beli kecik je..tu pun tak habis haha..๐
๐ถNur Orkid Sophea..Mama doakan Orkid sentiasa sihat..berjaya dunia akhirat..murah rezeki..jadi anak solehah..penyejuk hati Mama Babah..Pandai bijak...sopan berbudi bahasa..jadi contoh kat adik-adik kalau ada adik-adik nanti..Jaga Mama Babah bila dah tua nanti..mudah segala urusan Orkid kat dunia dan akhirat..belajar pandai2 masuk Universiti, dapat kerja bagus hebat..tapi masih tidak mendongak ke langit..jadi pemurah..aminnnnYa Rabbal'alaminnn...
No comments:
Post a Comment