Horey!
Disebabkan start 1 Ogos office aku tak payah masuk Sabtu..maka dengan excited nya aku pun start la plan nak jalan sana sini memanfaatkan cuti 2 hari seminggu.
So last week..plan berjalan lancar. Pergi rumah adik dekat Ampang. Petang Sabtu. Abah turunkan aku, Orkid, Adik aku, anak die baby Auni dekat station MRT Kajang sebab aku nak sangattt naik MRT. Tambahan lagi PM announce 50% discount tambang MRT, LRT, KTM sampai 31 Ogos ni sempena Merdeka. Tambang dari Kajang ke Maluri RM1.90 dewasa. Baby kami free. Turun Maluri sebab tu transit interchange ke Ampang line. Nanti kat Maluri naik LRT laluan Sg.Buloh ke Ampang. Tambang RM1.10 dewasa..maybe harga ni dah 50% diskaun kot..xtau harga sebenar. Dalam MRT tu luas..then, Kajang ni station hujung so lapang la tak penuh orang..ada mak cik2 bawak anak2 naik MRT..dorang pun 1st time jugak kot sebab tangkap gambar excited mcm kami..huhu!
Lama sangat x naik LRT@KTM@Monorail since dah habis belajar (dulu belajar kat UITM PJ hostel Klang Lama) balik kampung kat Terminal Pekeliling so selalu naik monorail @ LRT (KL Sentral - Titiwangsa).
No comments:
Post a Comment