Assalam & salam sejahtera,
Alhamdulillah,
Selesai sudah majlis pernikahan a.k.a perkahwinan admin. Well kenapa a.k.a? sebab asalnya nak buat kenduri nikah kecik2 je, last2 jadi sederhana besar sbb dek abah. Maka, kemungkinan besar xde dah kenduri sanding@resepsi. Aku mana2 pun ok huhu...jimat duit dan tenaga. Tengok pada letih badan memang rase cukup dah kenduri sekali. Letih amat, sakit belakang dan lain2, sabor jelah.
Mula-mula nak share pasal my bunga pahar with my DIY bunga telur, ingatkan?DIY bunga telur crepe paper...nah ni kekdahnya bila dah letak pada pahar...AWESOME!!
see! the awesomeness!! |
Boss sponsor bunga telur ni 2 pahar |
Ok, kita cerita pasal kenduri. Back to the topic. Pada 28.10.2015 aku dah start cuti, untuk prepare mana yg x siap. Senarai barang kering dan basah dah ada dapat masa mesyuarat kenduri sabtu sebelum tu. 27hb balik kerja awal dalam 5pm, terus teman kak lang ke Perak untuk jemput kakak, adeeb dan Amani memandangkan abg ipar tak dapat cuti awal.
28hb pagi bergerak ke pasar tani Perak cari ikan masin bulu ayam 3Kg untuk kenduri (RM15/kg). Lepas sarapan tu gerak balik Pahang. Sampai jengka sekitar jam 4.30pm. Mlm tu kemas2 rumah dll.
29hb, kak lang siapkan huruf untuk cupcake. Aku start buat goodies, packing kuih karas dll. Husna tolong basuh pinggan mangkuk untuk pakai masa kenduri (pinggan and cawan plastik ada beli, kaca ni as a back up je). Aku sambung kemas2 bilik pengantin and rumah. Kak Ira butik pengantin datang rumah pasang pelamin pagi tu. I am surprising sebab dengan baik hatinya kak ira pasangkan pelamin kahwin instead of pelamin mini yg aku tempah (maybe sebab kami ni regular customer dia huhu), semoga perniagaan Kak Ira bertambah maju jaya! luv u so much. Butik kak Ira ni kat Bandar Jengka, barisan kedai belakang TEN TEN, dekat2 seberang pasar tani sebelah BOB Nasi Kukus. Make up pun aku ambik dengan Kak Ira bertunang dulu pun dengan kak Ira, dia make up x pernah fail lagi, kak Ira ni friendly and kita senang dengan dia, very comfort, die orang Jengka 10. Aku start kenal kak Ira ni masa kakak aku no.2 kahwin sebab kakak ambik pakej pelamin, make up dulu dengan kak Ira ni jugak. So, she is highly recommended untuk sesiapa yg nak cari pakej kahwin...visit FB dia Iera Mawar Sri Andaman.
30hb. Start la kesibukan yg teramat. Pagi tu x cukup kaki tangan nak buat apam polka dot sebab cousins semua petang@malam baru ada kat Jengka (apam untuk goodies jugak). Pagi tu sempat aku tolong kak lang buat apam tu kejap. Dapur pun dah bz dengan mak cik pakcik merewang untuk kenduri.
MENU:
Ayam Masak Merah
Gulai Nangka (Semua rombongan Melaka become crazy on this menu, happy gila aku dengar..dorang ni gila ke Gulai Nangka rupenya sbb kat sana susah nk jumpe...sampai lauk ayam merah pun die xpandang dah)
Kerabu Pucuk Paku
Ikan Masin
Sambal Belacan
Air Sirap
Ais Krim Kon (Abah punya idea-beli eskrem dlm bekas + beli kon biskut cedok utk tetamu)
Gulai Patin (kuantiti untuk Mak Mertuaku)
Dalam kul 12 aku keluar Temerloh dengan ditemani adik aku Aiman (TQ eman aok balik jugak usaha mintak cuti 10x dengan boss untuk kenduri kalau x xde sape nk teman perantin darah manis ni...) untuk ambil kek, beli buah hantaran, beli ikan patin, beli barang kering kenduri yg x cukup dan lain2. Belah petang sambung packing goodies, rebus telur, masukkan telur kt bunga telur, cucuk kt pahar. Siapkan bilik pengantin sampai la malam...Kak lang lak bz buat cupcake untuk hantaran bagi ke pihak lelaki. Cousins tolong masakkan tempoyak ikan patin requested by my mother in law (buat seperiuk kecik untuk dia, Alhamdulillah feedback sgt bagus, dorang kate sedap ya amat x cukup!!!). Berinai malam (hak ni huru hara, inai segera yg x berapa nak pekat, basuh tgn, makan nasi dah hilang, kuku lak oren xnk merah, daun inai x dan nk cari...3x kot repeat inai bagi pekat..moral: Pakai 2 hari sebelum, kalau boleh buat jugak inai daun..then, touch up inai segera klu x merah).
31hb. Pagi2 bangun kul 5.30am. Mandi, sbb que panjang kalau lewat mandi. Bilik air ada 1 je. Pakai inai lagi sebab x pekat malam td. Kak lang continue siapkan sireh junjung. Dlm 8.30am basuh tgn, boleh la dr xde inai tu kt jari. Kul 9.00am saudara mara dari Perak belah Mama, dari Negeri 9 belah abah dah start datang. Kak ira sampai pukul 10am x silap, x lama pastu my bff Aini& kakwan masuk bilik..aku awal2 dah pakai kemeja butang, korset semua untuk make up, minum makan mmg sikit je la pagi tu, naye kang nak kencing kena cabut korset hahaha! Hbs make up around 11am. Masa tengah make up suddenly kakak masuk bgtau org Marhaban dah sampai. So, mmg last minute baru tau abah jadi jugak suruh buat Marhaban pagi tu, see korang paham kan nape aku ckp a.k.a majlis kenduri kahwin tadi, sebab siap ada Marhaban, DJ, doa selamat bagai..
(To Aini and Kak wan, korang memang kawan dunia akhirat lah, terharu, masa bertunang korang datang, aku kahwin ni pun korang datang, xde kwn leh ganti tempat korang tau, luv u so much! korang kawen nanti I'll try my best to attend!)
BFF |
Maka duduk lah saya di atas singgah sana itu...
Antara soalan Tok Kadi @ustaz Aminallah..Rukun Nikah, Rukun Iman, Rukun Islam, Maksud Ijab & Kabul (tips untuk bakal pengantin di luar sana hehe)
Muka habis cuak. |
di soal siasat,,,haha |
Terus gemuruh hilang bila sambut salam tangan Abah and Abah yg nikahkan- kata beliau. |
Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah bergelar Isteri kepada mamat di atas. Terima Kasih Ya Allah atas semua ini. Setelah banyak dugaan kami tempuh dia accident, hilang kerja, tak kerja jaga mak die sakit, Cine samseng kereta accident tahun lepas dtg tuntut ganti rugi saat nak dekat kenduri dan macam2 lg. Alhamdulillah kami tempuh semua tu sama2 dan akhirnya berjaya disatukan. Bukan senang nak sampai ke tahap ni, ujian demi ujian..
Terima kasih tak terhingga pada keluarga yg banyak membantu dan menjayakan majlis especially Abah dan Kak lang!
ALLAHUAKHBAR ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH
nanti entry honeymoon pulak hihi...
2 comments:
Apa saja untuk ko..
Hehe...
Sungguh besar aku smpai x nampak ko dlm pic tu...hahaha..
Btw, selamat pengantin baru tun dan suami..
Xoxo..
tq aini....love u!!!
Post a Comment