Thursday, November 3, 2011

Telur Bistik..nk cube juge!



Bahan - bahan :

Untuk telur :
3 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan untuk Sos


2 ulas bawang kecil, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 batang cili merah, dihiris halus
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot, potong serong
1 biji buah tomato, dibelah
½ cawan sos cili
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :

1. Telur dan garam dipukul dan digoreng seperti telur dadar, angngkat dan ketepikan

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan lada merah sehingga naik bau.

3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kiub ayam, kacau sehingga ia sebati.

4. Masukkan jagung muda, bunga kobis dan karot, kacau sebati.

5. Masukkan sedikit air, masukkan garam dan serbuk perasa, masukkan tomato, kacau sosnya sehingga ia sebati dan sayurnya masak.

6. Kemudian tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi

7. Enak dihidangkan sewaktu ia panas.


Sumber : eugene-mum-recipe.blogspot.com


Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

No comments:

Post a Comment