Tuesday, June 22, 2010

pergh...seram pulak tgk santau angin dlm Wanita Hari Ini tgh hr ni~

gile ah ding dong...seram tgk ustaz tu scan santau live kt sorang perempuan yg jadi mangsa santau angin,

jom kite siasat ape tu santau:

(Rasulullah s.a.w ade ckp jin ade 3 jenis,slh satunye menurut ustaz ni,santau angin dilakukan oleh jin yg ade sayap yg boleh terbang di udare,juga di panggil jin 1st class)


Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1]

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.[2] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[3]

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[4]

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.[5]


Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

SANTAU DAN RAWATAN



Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.








Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.








Jenis-jenis Santau:






Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:






  • Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

  • Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.




Tanda-tanda Terkena Santau:






Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:






  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

  • Lenguh seluruh anggota badan.

  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

  • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.

  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

  • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.




Kesan-kesan Santau:






Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:






  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

  • Hilang daya ingatan.

  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.




Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!








Rawatan:






  • Berjumpa pengamal rawatan Islam

  • Amalkan ayat-ayat pelindung

  • Terapi Ruqyah (dapatkan CD Ruqyah)











Pakej CD Ruqyah












Amalan Penangkis Santau:






Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:




















Ilmu hitam membawa sengsara!























"Wahai orang-orang beriman (untuk bersykur kepada Allah) ingatlah serta sebutah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbilah kamu kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah (ALLAH) yang mencucuri Rahmat atasmu dan MalaikatNya (yang turut berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang (iman dan taat). Dan adalah IA sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman(di dunia dan akhiriat). - (Al Ahzab: 41-42-43)."






http://www.penawar.com/santau.htmlLine leaf top Pictures, Images and Photosonion head Pictures, Images and Photos

6 comments:

  1. dear~~ cite pasal sAKA lak..
    cam eksaited baca ni..huhuh.manusia skrg kuat bdengki.apsal tah.

    ReplyDelete
  2. Bila meyebut tentang perbuatan sihir ini, yakinlah Allah SWT lebih berkuasa atas setiap sesuatu. Tiada apa yang berlaku tanpa keredaan Allah SWT. Tawakal kepada Allah SWT atas setiap usaha yang dilakukan.

    Bukan mudah menetang perbuatan syirik ini, tetapi jangan sekali-kali tunduk & lemah kepadanya. Seseungguhnya mereka yang melakukan perbuatan syirik ini amat lemah, takut dan gusar sepanjang masa. Bagi yang terkena sihir yakinlah dengan kalimah Allah dalam surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah, ayat 5 & 6 .. Allah SWT berfirma "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" .. Ini janji Allah SWT pada para hambanya.
    Berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT, yakinlah ada hikmah disebalik semua itu.

    Sy punya pengalaman membantu insan yg sy sayang, sudah setahun dia berdepan dengan dugaan Allah ini. Sukar melihat dirinya, dah 6 bulan dia berhenti kerja, perubtan Islam menjadi pilihan sy. Saban minggu pergi bt rawatan, Allah SWT belum lagi redha untuk menyelesaikannya.

    Kami tidak berputus asa, doa, solat hajat, bacaan yassin terus dilakukan. Sy yakin akan tiba waktunya Allah SWT memakbulkan doa dan usaha kami.

    ReplyDelete
  3. korang yg xpnah kne santau korang xkn tw ap yg org kne santau ase..
    aku da 2 tahun kne santau...
    dlm 2 tahun ni gak la aku mnth darh
    tulang blkang aku osak
    aku kne santau tyme aku blaja jt gerik perak..
    aku kne santau angin
    mmg perit hidup ase klau kite kne santau ni syes aku ckp
    bab smpai skang aku merane
    da byk tmpt aku pergi tp sme je...mayb aku blum dpt ustaz yg btul
    kdg2 aku da ase ptus ase sgt2
    bab ayah aku xpcye santau ni
    kt skull dlu 2 blan aku solat dduk smpai org paggl aku oku
    tyme aku kne santau ni la sume kwan aku ilang
    ade gf pun lari
    bab kononnye santau ni akn beralih(drang la kte)
    tyme aku spm aku kne duk bilik laen bab aku kne baring
    aku xlh duk lame2...
    klau duk lame aku xblh nk bgun cam org normal bgun
    aku sakit tyme magrb n plg sakit ari jmaat n tyme solat jmaat..
    sumpah ase nk bunh dri asenye
    sampai satu thap korang akn ase lbih baek mati dari mnanggung sakit yg panjang.....

    ReplyDelete
  4. sabar lah faizal...jgn sedih,jgn putus ase utk cr penawar okey(^^)

    utk anonymous: saye doakan die cepat sembuh dan di bawah rahmat Allah..insyaAllah(-_-)

    ReplyDelete