Monday, March 1, 2010

Tips utk aku...melupakan cinte yg xkesampaian~



Cinta terhadap seorang manusia itu boleh datang dan juga pergi begitu sahaja.Perit yang ditanggung oleh seseorang yang kehilangan cintanya bergantung kepada sejauhmana pemberian dari segi hati dan perasaan kepada pasangannya itu. Ada sesetengah manusia agak mudah untuk melupakan cinta yang telah pergi dan menerima kehadiran cinta baru. Ada sesetengah manusia itu pula agak sukar untuk melupakan cinta yang telah pergi dari hidupnya.Ada ramai orang yang terjebak dalam cinta sesama manusia.Cinta yang digalakkan adalah cinta di alam perkahwinan.Merujuk kepada cinta sebelum perkahwinan,dewasa ini banyak golongan belia dan remaja terjebak dengan cinta sesama manusia dan menjadi mangsa cinta.Sehingga satu tahap cinta itu melampai batas-batas agama.


"Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri pada wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka!"
(Hadis riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Jesteru,ruangan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada mereka yang pernah terjerumus dan menjadi mangsa cinta sebelum perkahwinan dan memulihkan semangat dan motivasi diri.Sebagai seorang manusia,kita tidak lari dari melakukan kesalahan.Kekecewaan yang dialami ketika bercinta bukanlah satu kesilapan semata-mata.Tapi itulah pengajaran yang harus diambil supaya ianya menjadi iktibar kepada kita semua. Di sini saya menyelitkan sedikit tips dan cadangan bagi mereka-mereka yang masih lagi mencari jalan untuk melupakan si dia yang berada di hati anda. Walaupun saya bukanlah seorang pakar motivasi, tapi berdasarkan pengalaman dan sejarah silam saya yang juga pernah kecewa dalam bercinta diharapkan dapat menjadi titik-titik panduan untuk anda semua. Janganlah dikenang lagi cinta lama yang telah pergi atau mengharapkan si dia akan kembali semula dalam hidup anda. Pegang lah pada ketentuan dan takdir Tuhan.Teguhkan iman,percaya lah pada Qada' & Qadar.

"Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya "
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menerima hakikat si dia bukan cinta anda...
Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa cinta si dia kini bukan milik anda.Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka sebagaimana anda menerima hakikat si dia pernah berada di hati anda.Tiada gunanya bersedih terhadap kebaikan yang Allah mahu berikan di kemudian hari.Perpisahan yang terjadi mungkin ada hikmah yang adakalanya tidak terduga dibenak fikiran manusia.Mungkin cinta yang ada akan temui di kemudian hari itu lebih bermakna dari kesedihan yang anda alami ketika ini.Ingatlah satu perkara,cinta sebelum perkahwinan bahagianya hanyalah sementara.Tapi bahagia cinta selepas perkahwinan itu lebih indah dan bermakna apatah lagi ianya diredhai oleh Allah s.w.t.


Mendekatkan diri dengan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satu perkara yang penting,kita seharusnya menjaga bukan sahaja hubungan kita dengan manusia malah hubungan kita dengan Allah juga seharusnya kita jaga.Rajin-rajinlah berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dipertemukan dengan pasangan yang boleh memberikan kita kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.Segala yang ada di dunia ini adalah hak milikNya semata-mata.Hargailah nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita sebagai hambaNya.Kepada Dialah kita berserah,dan kepada Dialah kita meminta pertolongan.Tambahkan ibadah anda dengan banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berzikir kepada Allah.Insyaallah, dengan mengingati Allah hati akan tenang.Doakan juga bekas pasangan anda itu bahagia dengan apa yang dimilikinya sekarang.


"Barang siapa yang bertawakkal hanya kepada ALLAH, maka ALLAH mencukupkan (keperluannya)" (At-Tholaq: 3)

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

“Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu hati akan tenang tenteram.."
(Ar-Rad:28)

Tidak lupa pada rakan-rakan...
Cinta itu buta.Tapi tidak untuk nilai sebuah persahabatan.Cinta boleh pergi begitu saja umpama layang-layang.Sedangkan persahabatan itu umpama aur dengan tebing.Jaga lah hubungan anda sahabat-sahabat anda.Luangkan masa anda bersama mereka dan mintalah pandangan mereka tentang anda.Mungkin pendapat dan komen mereka dapat membantu anda untuk melupakan orang yang anda sayang.Hargailah nilai persahabatan itu.Berkawan biar seribu,bercinta biar satu.Pengertian persahabatan amat meluas.Walau apa definasinya, yang penting jagalah silaturahim anda itu.


Luahkan pada seseorang...
Meluahkan apa yang anda sedang rasai adalah salah satu cara terbaik. Jangan pendam terhadap apa yang anda rasai. Carilah seseorang yang anda percayai dan boleh memberi kesan yang positif untuk anda pulihkan semangat dan jiwa anda.Rata-rata ramai orang lebih gemar menceritakan masalah yang dihadapinya kepada sahabat karib kerana mereka lebih dekat dan memahami.Ada sesetengah orang suka meluahkan kesedihan yang dialaminya kepada ahli keluarga seperti ibu,ayah, kakak atau pun abangnya.Ianya terpulang kepada kepercayaan dan keselesaan anda. Luahkan dan carilah nilai-nilai positif.


Letakkan matlamat baru dalam kehidupan...
Semua orang punya cita-cita dan impian yang mahu dikecapi. Adakalanya seseorang yang sedang kecewa akan rasa kurang bersemangat untuk melakukan rutin hariannya.Pandanglah jauh ke hadapan dan mulakan langkah baru anda. Sekiranya anda seorang pelajar,cubalah gapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lebih baik dan memberangsangkan.Mungkin target yang anda letakkan agak mustahil untuk dilakukan.Tapi dengan cara ini, bila anda berusaha untuk mencapai misi mustahil itu sedikit sebanyak kesedihan yang anda yang akan alami akan beransur-ansur berkurang.Fokus anda lebih terarah pada perkara lain yang lebih penting.Begitu juga jika anda seorang yang sudah punya pekerjaan, cubalah gapai tahap prestasi kerja yang membanggakan dan tahap prestasi kerja anda menjadi kayu pengukur terhadap pekerja-pekerja yang lain.


Memaafkan si dia yang meninggalkan anda...
Sekiranya anda ditinggalkan, maafkan segala kesalahan si dia. Doakan kebahagiaan yang dipilihnya dan jadikan kesalahan yang dilakukannya itu sebagai satu iktibar dan pengajaran.Apabila kita memaafkan kesalahan si dia, sedikit sebanyak membantu kita untuk melupakan si dia.Ingatlah, setiap pekerjaan yang kita lakukan akan ada balasan dan ganjarannya.Baik yang kita lakukan,baik lah juga ganjarannya.Tapi kalau buruk amalan yang kita lakukan,sesungguhnya buruk jugalah yang datang kembali kepada kita.

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(An Nuur, 24:22)

Sekian,Renung-renungkanlah... wallahualam



p/s: yg aku highlighted warne hijau tu...yg aku setuju and mmg aku rase~sume tips ni baguss utk myedarkan aku yg hanyut mengejar byg2~~~

No comments:

Post a Comment