Monday, August 24, 2009

tambAh2 ilmu di dAda cikit=)

Qarin:

Qarin adalah perkataan Arab yg bermakna teman atau rakan..Istilah qarin ini bermaksud roh2 jahat berasal dari kalangan makhluk2 halus yg mengiringi kelahiran seorg bayi..Kewujudan qarin ini adalah utk menggoda manusia, menampakkan hal2 yg buruk dan yg jahat2 seolah2 baik pada pandangan mate manusia.Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dgn mengajak mereka melakukan kemungkaran secare menggoda, merayu, memujuk dan menipu.semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau org alim.


Dalam surah Al-An'am:112, Allah berfirman :

"Dan demekianlah kami jadikan bg setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian dari mereka membisikkan kepada yg lain perkataan yg indah2 untuk menipu"


Rasulullah SAW pernah bersabda yg berbunyi :

"Tidaklah salah seorng dr kamu (yg lahir ke dunia melainkan die dipertemankan dgn seorg kawannya daripada jin dan seorg kawannya dr kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya drpada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikkan."


Di bawah ini ade 2 buah hadis utk menguatkan keterangan tentang ade qarin menemani setiap manusia.

Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah Binti As-Siddiq: Rasulullah saw telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba2 berlaku satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yg sedang saya lakukan. Baginda bertanya, "Apakah yg terjadi Aishah?" Maka saya menjawab, "Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yg dikurniakan kepada engkau?" Jawab Rasulullah saw, "Adakah syaitanmu telah datang?" Maka saya menjawab, "Wahai, Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku?" Jawab baginda, "Ya."
Saya bertanye lg, "Adakah terjadi pada tiap manusia?" Jawab baginda, "Ya." Maka saya pun bertanya, " Adakah berlaku juga atasmu, wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Ya. Tetapi Tuhanku memelihara aku hingga aku selamat daripada tipu dayanya. Sesungguhnya tidak ada seorg pun daripada manusia (yg dilahirkan) melainkan dikembari ALLAH seorg jin sebagai kawan."


>>>Jelasnya bahawa setiap org itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yg berusaha utk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia umpama bahan tunggangannya, manakala qarin (iblis dan syaitan) td adalah penunggangnya. Demikianlah perbandingan yg diberi oleh Rasulullah saw.

p/s: kat sini ade sedikit konpius, qarin ni jenis dr jin ke syaitan???any body yg de tau sal ni,share2 la kite bersame...


Dari buku Berdialog Dengan Jin (diari seorang perawat),
Ustaz Abd. Majid Hassan

No comments:

Post a Comment