Tuesday, October 8, 2024
Cara Terminate Akaun Astro
Salam,
aku langgan astro since 2019. Masa tu sebab nak beli TV baru so alang² langgan la astro. Disebabkan dah 2x TV LCD rosak, so kembalilah kami pakai TV petak balik. Rasa kurang feel la astro kat TV kotak. Lately siaran astro selalu terganggu kejap² gambar hilang. Last² terfikir nak terminate astro. Dulu rasa excited nak tengok HBO tau, tapi bila langgan takde apa best pun asyik movie lama duk ulang² tayang. Yang best pun bila ada reality TV macam Musikal Lawak Superstar, Gegar Vaganza, dan lain² tu pun bukan sepanjang tahun ada. So,aku search cara nak terminate. Macam² jumpa, kebanyakan complaint yg astro ni payah nak terminate macam² alasan. Kadang dorang drag sampai berbulan²..call customer service tak pernah angkat dan macam² lagi. Aku jumpa 1 blog ni suruh by call @ email. Jadi aku try email. Alhamdulillah pihak astro reply akan call dalam masa 72 jam. So aku tunggu sampai 4 hari masih takde orang astro call. Then, aku email la ayat pasar 'Not yet received any call from your side. Bila nak call?"...selang beberapa jam ada pihak astro staff perempuan call then tanya sikit² kenapa, and mengapa dan pengesahan maklumat sikit..after that dia kata dalam masa 24 jam akaun akan diterminate. To be safe aku tanya siap² in case dah tutup akaun nanti ada isu berbangkit tak kata ada tunggakan apa² la itu ini..staff tu cakap setakat ni akaun aku clean bersih takde tunggakan. Tak perlu jelaskan apa² bill dan piring serta decoder tak perlu pulangkan.
So, kita tunggu la esok termination process. Untuk rujukan you all boleh taip email seperti di bawah ni. Selamat berjaya😆
No comments:
Post a Comment