Tuesday, February 13, 2018

Cuci Gigi or Scaling @ Klinik Kerajaan : Klinik Pergigian Alor Gajah

Alhamdulillah...

Dapat jugak pergi cuci kat Klinik Pergigian Alor Gajah ni. Setiap kali bawa Orkid check up dekat Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) seberang jalan Klinik Pergigian ni tergerak je hati nak pergi cuci gigi. Tapi bawak Orkid memang tak la nak cuci gigi sekali. Plan tunggu kerja kurang sikit, time mesin tak jalan ke, production tak jalan.

So, kebetulan mesin stop. Semalam isi pass keluar untuk pergi cuci gigi hari ini. Pukul 7.40 pagi dah sampai sana sebab aku nak turn nombor 1.

Sebab apa nak jadi 1st? Berdasarkan pengalaman cuci gigi kat kampung aku dulu (buat kat Klinik Pergigian Hospital Jengka), datang lepas kul 8 memang dah ramai orang..1 orang pulak 30 minit cmtu. Aku datang pukul 8, pukul 10 baru panggil habaq hang!..siap pukul 11. That's why la kena jadi yang pertama. Pukul 8 nurse dah bukak kaunter register. Dalam pukul 8.10 pagi nama aku dah dipanggil..aku ingat ambik masa la jugak macam masa kat hospital jengka untuk buka kad rawatan baru..tapi terkejut pulak bila nurse tu pegang kad merah aku..ouh lupe sangat aku pernah buat pemeriksaan gigi kat KKIA masa mengandung hari tu. Tapi ingat rekod simpan kat KKIA, rupenya rekod simpan kat sini..senang keje yeay!..bayar pendaftaran RM1. Buat pengetahuan semua kos cuci gigi hanya RM2. Bayar selepas menerima rawatan. Kos asal RM62. Jadi subsidi kerajaan tanggung sebanyak RM60. Terima kasih kerajaan Malaysia!!!

Doktor yang cuci gigi aku tu baik lembut je, melayu, berhijab..tak sampai 10 minit pun cuci maybe sebab plug gigi aku tak banyak berbanding sebelum ni masa cuci tahun 2015. Pukul 8.29 pagi dah siap. Pantas kan??! Ya itu la benefit turn first menunggu..haha.

Flashback sikit cuci gigi 2015 @ Klinik Pergigian Hospital Jengka. Masa ni aku paksa diri cuci setelah berkurun tangguh sebab segan malu plug gigi dah tebal dek kerana tak pernah cuci since habis sekolah. Aku tinggalkan sekolah 2005...2015 baru nak cuci gile!! Masa ni datang pukul 8.00 pagi, pukul 10.00 pagi baru sampai turn, macam aku cerita tadi lah. Bengkek jugak menunggu lama. Bila cuci, ambik masa 30 minit jugak lah sebab karies/plug gigi dah teruk. Tebalkan muka dengan doktor. Doktor Cina tu sempat bagi ceramah penjagaan gigi kat aku haha.. Malu seyh! Aku paksa cuci ni jugak sebab nak kahwin bulan 10 tahun 2015..so desire tu kuat sikit nak memaksa untuk pergi cuci gigi..Alhamdulillah padam 1 perkara yang selalu membelengu kepala pasal cuci gigi.
😁😁😁😁😁
So, kepada mereka di luar sana. Pergilah cuci gigi kat klinik kerajaan. Murah. Servis pun baik. Tapi jangan lah expect dapat macam kat klinik swasta. Berpatutanlah dengan bayaran kita. Hasilnya pun tak mengecewakan dan terbaik bagi aku. Every 6 months kalau boleh buatlah rutin cuci gigi ni..InshaAllah.


5 comments:

  1. Salam awk. Nak tanya kat hospital jengka tu ada klinik gigi lagi ke sekarang? Kat mne ea..Sbb haritu pernah dtg hospital tu melawat kwn tapi tak nampak bahagian pergigian pon huhu

    ReplyDelete
  2. Ada..kalau masuk dari pintu depan. die bangunan berasingan seketul belah kanan. Kan tempat parking yg menghadap farmasi ambik ubat tu..unit pergigian tu bangunan sebelah kanan parking. Bangunan berasingan.


    Regards,
    TNHAR

    ReplyDelete
  3. Harga brapa yg murah tu ? Utk klinik kerajaan

    ReplyDelete
  4. kak nk tnya, klau nk cuci gigi kt klinik pergigian alor gajah ni kene buat appointment dulu ke?

    ReplyDelete
  5. Charge sekarang saya tak pasti ada perubahan ke tak..masa saya pergi tu RM2 untuk scaling.

    Klinik Pergigian Alor Gajah ni sebelum Covid boleh walkin je. Tapi selepas Covid semua rawatan kena call buat appointment dulu. Tapi bukan Alor Gajah je, SOP ni terpakai dekat semua Klinik Pergigian Kerajaan. Apa² boleh call tanya klinik untuk lebih lanjut berkenaan SOP kawasan masing².

    ReplyDelete