Friday, January 26, 2018

Roti Cheese Roll - DONE!

ASSALAM..HI~ SALAM 1 MALAYSIA

Lama sangat dah teringin nak buat cheese roll ni tapi tak terbuat2.
Alkisahnya hari ni ada Pot Luck 'Western' sempena birthday Account Manager kitorang. Main heavy menu Account Manager la yg bawak. Kami bawak yang sampingan2 je. So, I decided untuk buat cheese roll ni. Resepi aku google. Budget hangus dalm RM24++ (tak termasuk telur).

Bahan:
Cheese slice
Roti
Sosej
Breadcrumb
Telur 2 biji
Tepung (untuk gam hujung gulungan roti)

Aku buat untuk 15 roll. Cheese ni harga antara 8-11 ringgit yang 12 slice. Yg 5 slice RM4@5.
Sosej aku beli 2 paket yg murah2 punye. Roti Gardenia. Breadcrumb ni pulak ada size besar ada kecik, lepas tu ada 2 warna putih @ oren. Nak cantik beli Oren. Disebabkan yg kecik ada 1 brand je masa aku beli, so terpaksa la ambik jugak yg putih..harga RM2.70/100 gram. Yg besar around RM7-RM8.
Aku letak harga ni untuk yg mana xtau nak survey budget untuk buat cheese roll ni memandangkan aku pun tak pernah ambik tau harga2 cheese ke breadcrumb ke sebab ni first time beli huhuii..

Cara senang je:
- Rebus sosej (kalau boleh jangan sampai lembik, cukup sedang2)
- Lenyek roti pakai gelas sampai leper/nipis supaya senang nak gulung
- Letak cheese sekeping atas roti lepas tu letak sosej dan gulung
- Hujung gulungan tadi gam dengan tepung (tepung ni korang bancuh dengan air sikit pekat2)
- Prepair breadcrumb dalam piring
- pecah telur, pukul sampai kembang sikit..
- Golek roll tadi dalam telur
- Golek roti dah salut telur tu atas breadcrumb..pastikan semua kena dan bersalut. (Kalau taknak goreng, boleh simpan dalam peti ais buat frozen nanti goreng bila2 korang nak)
- Goreng dengan api kecik, tak boleh besar tau nanti breadcrumb cepat hangit..tujuan api kecik untuk cairkan cheese dan elak breadcrumb hangus
- SIAP!!



Makan panas2 masa cheese cair sedappp...!
Aku potong due nak nampak banyak..
Huru-hara jugak subuh tadi..sebab nak masak ambik masa sikit because of api kecik. Orkid pulak terjaga awal meragam nak dukung..hangit x hangit la cheese roll Mama. 2 reject sebab hitam sikit hahaha!
Meriah makanan!!!

(^^) Happy birthday Kak Marsitah..Semoga berbahagia~~

So, good luck pada yg nak cuba.. (^_______^)

No comments:

Post a Comment