Ya...aku niat nak buat entry ni memandangkan last time before pergi xde sangat info dari encik google. So, I will share about my experienced going through that exercise.
Jumaat 19 Jun 2015, I got a call from 09xxxxxxx. Nasib baik angkat sebab ada terdetik malas angkat sebab banyak sangat dapat call dari bank pasal insurance recently. So, call tu dari IPD Temerloh. Dia suruh datang ambil surat Dokumentasi. Blurrrr!. I call back (tadi konon sangat jawab ya ya mcm faham)...tanya dia kena bawa ape?polis tu jawab bawa diri je..oh lega.
Then aku bergegas la pergi IPD Temerloh lepas solat Zohor. Bwk abah teman. Sampai IPD Temerloh naik level 3 Unit Perolehan. Masa ambil tu, dorang inform aku kena hadirkan diri kt Kem Galing 29 Jun Isnin. Lelaki pulak 30 Jun esoknya.
Balik2 bace surat, dalam surat ada senarai dokumen yg kena bawak. Kena pakai track bottom, T-shirt berkolar dan sport shoes. Lokasi : BN 7 PGA Bukit Galing, Kuantan (kat mane??)...agak gelabah sikit. Sebab aku cuak la kena ujian fizikal@kecergasan yg kawad2 tu ke, yg pumping sit up etc. Puas google2 jugak cari info. Bertambah cuak lah bile aku tye dekat kawan yg pernah pegi interview imigresen sbb die punye ujian fizikal, ujian kecergasan & interview dalam hari yg sama. Pastu nasib baik la 1 blog tu ada share experience dia baru2 ni 12 jun (thanks to blog The Red Heart) . Urusan hari tu hanya lah untuk dokumentasi SAHAJA ya!...so, ujian fizikal dan kecergasan asing.
28 Jun: search google...search waze direction jalan nak ke Kem Bukit Galing.
29 Jun 2015:
Jam 2.55am aku bangun. Tidur dah tentu x lena. kejap2 terbangun. Aku kejut abah. Kami kena sahur dulu sebelum bersiap gerak ke Kuantan. Aku decide nk gerak awal sebab xtau tempat plus gelabah sikit selagi xtau tempatnye. Abah pulak mcm tau tp xtau ragu2. So, bertolak kul 4 pagi..dalam kul 6 am sampai bandar Kuantan. Aku dgn abah singgah Masjid sebelah taman Kerang tu solat Subuh. Selesai solat abah tunjuk IPD Kuantan yg die kate tempat aku kena pegi. Mujur aku dan wassap member lepas usai solat subuh tadi, member aku pun cakap bukan IPD tengah bandar tu tapi aku kena pergi jalan Kuantan-Segambut. So, ia menguatkan lagi la waze yg aku jumpe tu lokasi yg betul. ape lg terus la aku on Waze. Thank you WAZE anda sangat membantu! Akhirnya aku jumpe gak Kem Galing ni, atas bukit. Aku org pertama sampai 6.45am sampai kem.
Masuk gate, polis bertugas tunjuk arah "terussss je, sampai jumpe padang bola, tempatnye sebelah padang tu"...ya, terus je. ade sebuah dewan sebelah padang bola yg dimaksudkan tadi.
X lama tunggu berpusu2 calon2 lain sampai. Duduk depan dewan menunggu jam 7.30pg. ada beberapa calon dari Jengka jugak rupenye..hehe. Rata2 dah bekerja, malahan yg mmg keje dlm kerajaan pun sibuk nak try jugak. Pukul 7.30 kami start masuk dewan. Duduk atas lantai je, duduk dlm barisan 5-5. Ada je yg sampai kul 8 am. Tp elok dtg awal la for the 1st impression. Officer tu arahkan keluarkan salinan dokumen yg nak diserahkan dgn menyusun ikut turutan (sama turutan mcm dalam surat). Kami dipanggil by name ke depan untuk ambil borang Pengambilan Inspektor warna kuning. Kami di arah isi apa yg diminta. Kalau boleh jgn isi dulu sehingga diberitahu nanti kena marah!..mase hr tu ramai yg excited pegi isi terus lepas dpt borang..ish3. (btw jgn lupe snap picture borang kuning tu utk reference sbb ada checklist ujian fizikal kena apa nanti, aku lupe nak snap..antaranya pumping 5x, sit up 5x burpees 5x etc. Larian 2.4km dlm masa 15 minit xde dlm senarai tp akan dibuat masa ujian fizikal @kecergasan).
Lepas settle isi borang. Semua pegawai lelaki keluar sebab calon2 akan beratur untuk ambil tinggi dan berat. Untuk pengetahuan semua dokumentasi eksesais ni adalah ujian bagi fasa 1, yg mane sape lepas BMI, lepas tinggi 157cm, dan berat atas 48Kg akan di tapis ke fasa 2 iaitu ujian fizikal, kecergasan dan MIT (Malaysian Intergirity Test-jwb test). Fasa ke-3 pulak interview. Masa nak ambil tinggi semua diarah buka tudung sebab nak ambil tinggi ni mmg details dan strict. Mane x strict, ada calon tinggi 156.9cm pun die x kasi lepas...dasyat!..aku pun cuak. Last ukur dulu 156.5 x silap. sampai giliran aku..tinggi 157.5cm! terkejut I lepas...huahahahaha. berat ofcourse la lepas 53Kg. So, duduk dengan tenang menanti calon2 habis. Untuk berat jgn risau, dorang bg kelonggaran..tp dengan syarat mane terlebih berat tu kena diet mane kurang kene tambah masa ujian fizikal nanti.
After hbs semua diukur. Dorang asingkan yg mane pass mane x pass. Hampir half yg dtg tu xlepas tinggi. Buat pengetahuan korang, untuk calon hari tu sepatutnye 200 orang yg dijemput menghadirkan diri tapi yg datang cume +-60 orang sahaja. Dah la 60, separuh x lepas..so tinggal kami2 ni 35 orang je yg pass. After selesai. Yg pass berkumpul duduk kt dlm barisan 5-5 tadi. Tgu nama dipanggil one-by-one untuk serah dokumen. Mane calon yg x lengkap dokumen kena pergi depan ambil borang senarai dokumen yg xde. Ramai yg x bawa pengesahan/pengiktirafan JPA. Sebab maybe budget IPTA dh mmg gomen bt ape pengesahan ye dok?? Korang masih kena bawak jugak. Search je google Pengiktirafan institusi oleh JPA. Akan keluar link then ikut arahan. Print out ya bawa sekali.
Dapat notis ape ntah after submit dokumen. So, hari tu pye aktiviti habis nak dekat pukul 1 jugak la.
balik2 abah drive. aku dah letih sgt dh sbb cuaca sgt panas. Bulan puasa pulak tu. Sampai Gambang aku singgah RnR mandi2 baru segar sikit. Take over drive pulak. Keputusan untuk panggilan ujian fizikal@kecergasan keluar dalam bulan Julai. Wish me luck ya. Kalau lepas, in shaa Allah dlm pertengahan bulan 8 akan diadakan ujian fizikal & kecergasan (sekali MIT kot..?)..
Harap membantu ya.
14 comments:
Hai...nk tanya awk apply inspektor sejak bila ye??
Hai...saya every year update. Maybe 2013@2014 punye application kot. Tq
salam cik admin, nak tanya lah. ada apa2 info tentang bila temuduga lisan akan dijalankan? TQ
xde awk. Group sy pun masih menunggu keputusan. Check everyday. X dapat apa2 info lagi..
mmg kena pakai tshirt lengan pendek ke?
Nadia: bila?maksud awk dokumentasi ke ujian fizikal?klu mase dokumentasi xkisah asalkan berkolar...x straight sgt pun.
Mase Ujian fizikal...xde la kate xboleh..ada je sorg due pakai. Tp utk memudahkan sebab diorang akan cek badan dan anggota kaki tangan better berlengan pendek dan berseluar pendek.
nak tanya bila ukur tinggi kan ada beza tak? mksudnya kat luar 157 bila ukur kt situ jd 156.8...jd kurang...sy haritu gi utk kons bila ukur tggi xckup pulak..selalu ukut kt luar rasa lepas...huhu
Mahirah: Exactly..hehe. Awk terbalik dengan saye. Last ukur kat luar saye around 156.5cm. Budget x lepas dah. Tapi mase ukur kat sane jadi 157cm. Pegawai incharge tu memang ade cakap dorang punye pengukur scale dia x sama sikit dengan pengukur kat luar sebab tu ade beza. So, means saye dah bertambah inci ke cmne? haha
haha.... rezeki awak tu...sy haritu ukur kat kl..sy rsa depends on org yg ukur tu jugak... nnt sy nk try gi pngambilan insp akn dtg pulak..nk tgok jd mcm mna... kalau nk tanya awak apa2 psl pengalaman gi utk jwatan insp ni mcm mana ye? sebab sy nk tya byk ni...hehe...
Mahirah: nak tye sini pun boleh. Sy selalu bkk blog dr mase ke semasa. Xpun email tnhar88@gmail.com
Mahirah: nak tye sini pun boleh. Sy selalu bkk blog dr mase ke semasa. Xpun email tnhar88@gmail.com
Apa citer peringkat seterusnyA?
fahmi Amin: xde peringkat seterusnya. Sebab sy xpergi haha..lepas MIT-->lulus-->ujian lisan-->lulus-->medical checkup--->tunggu offer letter
Post a Comment