.

Konco-konco

Friday, May 29, 2015

Baju dah sampai...*wink2


Kak Leha: "Barang pos laju dah sampai"
Aku: "OK! jap lg ambik!"

wihieee...menyengih je sepanjang jalan pegi ambik tadi

Alhamdulillah order Rabu sampai hari ni. Risau je kena tipu, mane x risau barang harga RM3xx.., skrg kan byk case tipu jualan online. Berani beli ni pun sbb ade testimoni buyer die terima barang. Tp no one knows if that testimoni pun maybe can be fake.


 fuhhh....Alhamdulillah.



 balik ni mandi wangi2 baru try....hihi~
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, May 19, 2015

1st Entry 2015....sadisnye blogger ini, buang sawang.

Halooo 2015,

OMG, x sangka xde entry till half of the year. ish ish ish....teruk benor. Hai, rindu blog. Well, recently sibuk berulang-alik  Jengka 19-Bandar Jengka since 17 April because my sister berpantang di Jengka. My sis, newborn baby and Adeeb ku syg akan bercuti lama di Pahang. Almost 3 months kot sampai la Raya puasa. Excited noqqq~

So, my daily routine is pergi keje cium baby, balik kerja cium baby, mandikan adeeb, bg makan adeeb, marah adeeb nakal, dukung baby merenget2, tengokkan baby if kakak pergi toilet/mandi/makan, berebut tv dgn adeeb yg asyik kartun kartun kartun...bwk adeeb jalan2. ohhh~ heaven.

Other things that i would like to share is,...now i am working on my "mini project'...pewittt. xde lah, saje seronok2..DIY props photoshoot majlis bulan 10 nanti. Excited, dah lama x praktik seni dlm badan huahaha...dh siap certain props, later I share dkt next entry. SEE YA~~~
Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Friday, December 5, 2014

BR1M 2015-Info untuk semua.

Assalam,

Br1m datang lagi. Kepada yg mana layak tarikh permohonan dan kemaskini bermula 1 Disember baru ni sehingga 31 Disember 2014. Harap maklum.

Kalau kemaskini atau mohon secara online ruangan akaun bank wajib diisi (*). Kalau takde nombor akaun tu jadi kesukaran lah sikit, sy pun tak pasti boleh gunakan akaun orang lain ke tak. Yang sy tau tak berani nak mohon guna akaun orang lain sebab BR1M ni cerewet sikit, sikit je salah terus gugur layak/gagal.

Info diterima ada yg mengatakan pemohon sebelum ni tak payah kemaskini dah sekiranya dah ada dalam rekod permohonan, ada pulak mengatakan perlu juga kemaskini walaupun dah pernah mohon and xde info berubah dalam permohonan. So, to play safe kemaskini je, walaupun takde ubah apa2 info. Selamat..

Permohonan baru atau untuk kemaskini boleh dibuat kat website ni:
https://ebr1m.hasil.gov.my/login_2.aspx

Untuk skim khairat kematian perlulah isi maklumat waris kat bahagian yg diminta.
*Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Harap membantu thank you..assalam ~Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 26, 2014

Tukar Nama Hakmilik Motorsikal Dalam Geran..

Alhamdulillah... 24.11.2014 settle dengan lancar urusan tukar nama geran motor aku beli hari tu.

Serabut tetttt je dengar dari mulut orang mase survey pasal cara/prosedur tukar nama. Orang ni cakap camni orang tu cakap camtu..orang sane cakap rumit tukar insurans makan 2-3 hari (aku dh cuak dah sebab susah nak cuti). Rupenye simple as kacang goreng je proses die. Tunang aku pegi tanya kt JPJ UTC Melaka, die kate kalau owner and pembeli duk jauh, datang je JPJ isi borang and sah cap jari. Buat berasingan pun takpe.Tapi ingat borang sah 7 HARI je!!!!!

"Pembeli & penjual datang JPJ Bukit Katil isi borang&cap jari"-JPJ UTC-

Aku buat urusan tukar nama ni dekat JPJ Bukit Katil Melaka, as my fiancee orang Melaka and penjualnye pun duduk Melaka cuma owner asal (bapa penjual) je orang Kluang Johor.

Disebabkan faktor jarak geografi pemilik lama dan pembeli (Johor vs Pahang), maka prosesnya seperti yang aku nak cerita ni la.

FYI, start bulan April baru ni x silap, sistem JPJ telah ditukar berkenaan penukaran hakmilik kenderaan ni yg mane pemilik&pembeli kene hadir ke JPJ untuk thumbprint(pengesahan cap jari) kat kaunter dengan komputer. Tapi tak semestinye hadir serentak/sama2 masa hari penukaran. Takde dah boleh guna borang  sumpah cop jari wakil2 ape semua tu (TM-AB dah x valid).

So, alkisahnye..ayah penjual datang dari Kluang minggu lepas pegi JPJ Melaka (xtau JPJ mane die pegi),isi borang belah pihak die and buat pengesahan cap jari. Then die pass borang kat kami, kami terima borang yg die bagi JPJK3 (senarai semak), TM-1, Geran asal motor (roadtax mmg ade kt tunang aku sebab motor dah ambik).

Pastu kami pegi JPJ Bkt Katil hari Isnin baru ni, tanya pengawal tingkat atas (salute pengawal ni, die duk meja kat tangga, peramah dan sangat membantu), die semak dokumen, and bagi lagi 1 salinan borang TM-1 untuk di isi dengan nama aku pulak (owner asal bagi TM-1 hari tu berisi dengan nama dia). JPJK3 tu belah atas owner asal dh isi maklumat die, bahagian pembeli aku kene isi nama aku.

So, kat tgn aku ade JPJK3 (nama aku&nama owner asal), TM-1 (nama aku), TM-1 (nama owner asal), geran, roadtax.

Then guard tu cakap ada due cara nak tukar nama geran. Klu rase malas nk keluar dh batalkan je dulu roadtax and terus g kaunter tukar nama geran ataupun lagi 1 cara pegi batal insurans owner lama buat insurans baru atas nama aku then pegi tukar nama geran, batal roadtax lama dan hidup roadtax baru. Aku  decide settle semua terus la senang, mujur ade tempat buat insurans kt kantin JPJ. Jangan lupa mintak kat kaunter borang batalkan roadtax, isi borang tu untuk serahkan mase kite nak proses geran&dll kat kaunter nanti.

So, pegi la aku dengan tunang aku ke kantin tu, batal insurans lama, hidupkan insurans baru. Kene RM210. Then, masuk JPJ balik. Sementara tunggu  agent insurans tadi dah update dalam sistem dalam 20 minit..aku ambik nombor, saje cube nasib kot2 dah masuk sistem dh insurans tu. Sampai turn, die kate x masuk lg dlm sistem. So, abg kaunter tu just batalkan roadtax&tukarkan nama dalam geran dulu sebab dah nk pukul 1 dorang nk rehat dah (tukar nama geran RM3 je). Die pesan nanti ambik nombor kat bawah hidupkan roadtax. Jadi dah settle tukar nama geran, tinggal nak hidupkan roadtax je lagi.

Perlu difahamkan kat sini, insurans dihidupkan atas nama pembeli baru adalah syarat untuk hidupkan roadtax. Geran kalau nak tukar nama cukup sekadar roadtax pemilik asal dibatalkan dah boleh tukar nama dalam geran.

Kami pun turun tingkat bawah ambik nombor...sampai turn, akak kaunter ckp xmasuk sistem lg. So, tgu ler lagi (ouh belum 20 minit lg hihihi,...x dan2 kan ;p)..aku call akak insurans tu blk, dlm 5 minit kemudian baru masuk dlm sistem. So, dgn pantas aku g kaunter akak td bgtau dah masuk. Roadtax pun dihidupkan, cas hidup roadtax RM2 je. Settle!!!!

jadi secara rumusan nye...(untuk kes beli motor insurans & roadtax masih hidup).

1. Owner dan pembeli pegi JPJ thumbprint kt JPJ masing2. Owner isi borang berkenaan. (JPJK3, TM-1)..pembeli isi borang (TM-1, JPJK3 yg owner dah isi info die, borang pembatalan roadtax)
2. Bawa Geran original & Roadtax yang masih hidup tu.
3. Pembeli pegi batal insurans owner asal dan buat insurans baru atas nama pembeli.
4. Ambil nombor giliran. Sampai turn, pegi Kaunter JPJ (tukar nama dalam geran & hidupkan roadtax sekali).

JPJK3 (1 helai), TM-1 (2 helai: 1 owner isi 1 pembeli isi), Borang batal roadtax (1 helai), geran asal 1, roadtax asal 1.

Selesai.

Atau.

1. Owner dan pembeli pegi JPJ thumbprint kt JPJ masing2. Owner isi borang berkenaan. (JPJK3, TM-1)..pembeli isi borang (TM-1, JPJK3 yg owner dah isi info die, borang pembatalan roadtax)
2. Bawa Geran original & Roadtax yang masih hidup tu.
3. Pembeli pegi bawa borang pembatalan roadtax dgn geran ke kaunter. Batal roadtax. Tukar nama geran. (bawak semua form di isi tadi jugak). sedia RM3.
4. Pegi hidupkan insurans atas nama pembeli (batal insurans owner). Sedia duit insurans dalam RM200++.
5. Ambik nombor, sampai turn pegi Kaunter JPJ (hidupkan roadtax). sedia RM2.

Selesai...

p/s: simple je proses die..cuma dalam senarai semak tu die tulis 2 salinan JPJK3, mule2 risau jugak sebab owner kasi 1 salinan je yg berisi nama & sign die. Tp masa bawak kat kaunter, proceed je xde masalah pun dgn 1 salinan JPJK3 tu..so xpela kot.

Harap entry ni membantu :)

Kat bawah ni form berkaitan.. (source internet).

1. Ni JPJK3. Borang baru agaknye. Kat JPJ masih guna borang lama. Info yg perlu di isi lebih simple berbanding borang dalam gambar ni.


2. Ni borang TM-1. Pembeli isi 1, Penjual isi 1.


3. Borang pembatalan Roadtax.

5. Geran original.

6. Roadtax original.

7. Inilah borang lama TM-AB surat sumpah wakil (sekiranya pembeli/penjual x hadir) and cop jari sistem lama yang dah tak boleh diguna pakai sebab sistem baru pengesahan cap jari di kaunter menggunakan komputer terus. So, borang ni invalid sudahhhh...

Line leaf top Pictures, Images and Photos

onion head Pictures, Images and Photos