.

Konco-konco

Thursday, September 17, 2015

Fenomena Pemutih Gigi

Sekarang tengah kecoh and famous pasal Pen Pemtih Gigi yang katenye Amar Baharin, Nad Zainal and Chacha Maembong pakai untuk putihkan gigi. Kebetulan sangat memang aku tengah cari pemutih gigi memandangkan majlis dah nak dekat..further more aku beli pemutih gigi diperbuat dari cengkih hari tu x berkesan, iye lah RM15 je pun. Pastu effect die pulak sangat berangin sampai menggelupas tepi bibir(tulisan Thailand dan xde cop halal atau KKM). Risau nak pakai. Bukan xde  berkesan langsung ada jugak sikit kuning gigi kesan teh kopi yg hilang tapi xcukup memuaskan hati. Aku nak gigi fully putih.

So, aku pun order 1 Pen Pemutih Gigi tersebut, kalau nak order sila survey harga dulu sebab ada 1 FB tu jual RM75 harga asal (kononnya promosi 40% RM50), nasib baik x order via that FB. Aku jumpe page  website yg jual harga RM36@35 termasuk postage. So, sampai parcel order Selasa baru ni. Jom kita nantikan testimoni dari aku menjadi ke tidak produk ni.
 p/s: Hari ke-3 pakai


onion head Pictures, Images and Photos

Friday, August 28, 2015

membazir kertas


Aduhai...benda plg aku xsuke bile communication xsampai dari majikan ke employee ending berlaku pembaziran. Klu x masuk tender ckp la ni dh ter print..dh la tebal...xsuke la situasi cmni..

 onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 25, 2015

Urusan Borang Nikah untuk first timer (JAIP- Pahang)

Assalam,

Cehhh tajuk entry tak boleh blah!

OK, aku nk share lah sikit pasal first step nak nikah alang-alang aku sedang mengharungi pengalaman ni. So, that readers yang visited blog ni dapat some info's especially bakal pengantin Negeri Pahang peace yawww!


Makanya, semalam selesai la sudah kegementaran/nervous aku untuk melangkah ke Pejabat Agama Cawangan Jengka (cehhh nak ambik Borang 1 Permohonan Kebenaran Berkahwin pun nervous). Aku duduk dan akan bernikah di Jengka 19. Masa ambil borang tersebut aku kena tulis nama, IC, alamat dalam buku rekod Pejabat Agama tersebut dan beli borang tu dengan membayar RM1.00 dan diberi sedikit penerangan (nada suara slow tapi terangnye laju bebenor) berkenaan apa kena isi dan dokumen apa kena serahkan sekali nanti. "Borang ni hantar kat Pejabat Agama Chenor"...oleh kerana aku Jengka 19 di bawah Pejabat Agama Chenor, so kena submit kat sana, Okey Dokey!
Senarai Semak

'Borang 1' Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin
Borang Saringan Ujian HIV
Sebenarnya, borang ni boleh dimuat turun/download kat website JAIP jugak. Cuma nya aku tak buat macam tu sebab takut ada borang yang aku tercicir download and boleh dengar sendiri penerangan dari Pejabat Agama. Tak lah memandai2 je klu just download dari internet.

PORTAL RASMI JABATAN AGAMA PAHANG

Jadi untuk lebih selamat aku pegi jugak ambil manually kat Pejabat Agama Islam (Jengka). Lagipun, aku tengok kat Borang 1 tu ada Nombor Siri so macam tak yakin je download kan?...


Senarai borang-borang yang aku terima dari Pejabat Agama Jengka.

i- SENARAI SEMAK (PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN)
ii- BORANG 1 (PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN)
iii-  BORANG PERSETUJUAN MENJALANI UJIAN SARINGAN HIV

Antara perkara stated dalam senarai semak tu ialah Salinan IC pemohon&pasangan, Asal & Salinan Surat beranak, salinan IC wali, asal&salinan surat akuan nikah ibu bapa (yg ni ade option yg mana xde dah surat tu boleh buat baru, atau ibu bapa kena hadir masa submit, atau klu dah meninggal perlu bawa saksi), asal & salinan sijil kursus kahwin,Wakalah Wali (jika wali x dapat hadir masa nikah), Ujian saringan HIV, dan lain-lain..

After ambil borang tu, aku straight go to poliklinik bandar Jengka. Niat di hati nak settle kan saringan HIV terus. Selesai 1 masalah. Masa di Poliklinik, pergi kat kaunter pendaftaran cakap "nak buat saringan HIV/HIV test untuk kahwin". Ambil borang saringan HIV yg dapat dari Pejabat Agama tu isi nama & IC.
Borang Saringan Ujian HIV

After that petugas kaunter bagi kad pendaftaran dan nombor giliran. Aku kena tunggu kat bilik Nombor 9 (Unit Saringan). 1002...nombor aku 1030 :(  . Sesampainya turn, nurse tu bagi lagi 1 borang kebenaran untuk ujian HIV (Borang Saringan Ujian HIV Pra-perkahwinan-->yg ni borang poliklinik punya, die suruh isi juga. Putih dorang ambil, salinan yg merah dia bagi kita).
Borang Saringan Ujian HIV Pra-Perkahwinan
Then, nurse tu pun cek guna TEST KIT, result dia dapat on de spot. Nervous jugak nk tunggu result dia. 1 line. Alhamdulillah...nurse tu kate 1 line means non-reactive which means I AM FREE FROM HIV AND CLEAN!
After test, aku kena tunggu kat bilik pemeriksaan 5 untuk minta COP & SIGN doktor bertugas. DONE!!

itu sahaja untuk first step. Next step kena tunggu pihak lelaki selesaikan borang bahagian dia. Barulah lah pihak perempuan boleh submit ke Pejabat Agama kawasan perempuan. Thats all for now..will update later on next step!Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Keputusan Ujian Fizikal dan Kecergasan Inspektor 2015

Last time masa check result Dokumentasi aku xtau la aku ke atau website yg salah. Buka2 x keluar..aku rasa aku salah check kot. Last2 cmne ntah jumpe blog yg bagi tutorial nak semak baru la berjaya. Ni pun pening lagi x jumpe cara...blog hari tu pun x jumpe nak refer.

masa tu aku masuk sini terus http://sso.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspx  then keluar ni haa

Eksesais pengambilan bagi jawatan Konstabel Lelaki (ujian fizikal) dan pengambilan jawatan Konstabel Wanita (temuduga) akan dilaksanakan mulai 01/09/2013 hingga 11/10/2013.
 
Hanya calon yang telah memohon dan mendaftar di laman web S.P.A mulai 25/03/2012 hingga 19/12/2012 akan disenaraikan dan boleh menyemak surat panggilan mulai 16/08/2013.
 
Bagi calon yang tidak disenaraikan, sila semak semula pada masa hadapan.
 
Calon yang memohon jawatan Inspektor dan Sarjan, eksesais bagi kedua-dua jawatan ini masih belum dibuka.

mmg salah laaa 2012 punye..hampeh. so make sure korang check betul2 jgn jadi cm aku.

follow this one...

Btw, result untuk ujian MIT untuk calon yg dah pergi ujian fizikal (dah selesai ujian fizikal dan larian 2.4km), boleh la start semak secara berkala (hari2) sebab bile2 je result untuk panggilan ujian MIT akan keluar.

Semak dekat website PDRM.

web pdrm klik sini -->  http://www.rmp.gov.my/

Then, klik menu ' e-perkhidmatan '   e-perkhidmatan

lepas tu klik pada logo 'Sistem Semakan Online SSO' 
Sistem Semakan Online


atau terus je klik sini nak senang ----> SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) -

dan kemudian klik pada Status Pengambilan.


ok..result untuk ujian MIT x keluar lagi sebab dia keluar cmni haha (yes, berjaya jugak cari cara semak, kalau tak mesti slah masuk cm hari tu..follow je cara cam aku ajar ni)

PENGUMUMAN
 
ADALAH DI MAKLUMKAN BAHAWA UJIAN FIZIKAL JAWATAN INSPEKTOR LELAKI DIADAKAN DI SELURUH SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK BERMULA 03/08/2015 HINNGA 10/08/2015 DI TEMPAT-TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN.


CALON-CALON YANG GAGAL UNTUK MENGHADIRKAN DIRI PADA TARIKH DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERMINAT.


SEKIAN, TERIMA KASIH.
 
UNIT PENGAMBILAN
BUKIT AMAN

p/s: GOOD LUCK SEMUA !


Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos