.

Konco-konco

Monday, July 27, 2015

Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Larian 2.4km (kecergasan) Inspektor Wanita 2015.

Hai assalam,

bertemu lagi.. Alhamdulillah terpilih untuk ujian fizikal & kecergasan jawatan Inspektor Wanita 2015. Second phase. Tak dapat ke dapat ke belakang cerita position ni. Yang penting kita mencuba, usaha dan cari pengalaman interview dengan kerajaan. Selasa last week check website PDRM yes I got selected untuk menghadiri Ujian Fizikal dan Larian 2.4KM... 3 Ogos, 7.30 pagi di Kem Bukit Galing, Kuantan same place masa urusan Dokumentasi Eksesais hari tu. Ouhhh....2.4km tu sangat mencabar untuk aku yg bukan pelari jarak jauh dari bangku sekolah lagi. Aku pelari pecut & batton jek..xpela, try je. First step dapatkan stamina dengan jogging...wish me all the best!

ni la surat panggilan..aku dah print out.
So, sesiapa yg dah berjaya dokumentasi eksesais, dah check result? sila check ye. masa dah dekat. Pakai pakaian macam yg diminta dalam surat. T-shirt berkolar, track bottom, sport shoes and baju lengan pendek + seluar pendek(untuk ujian fizikal). Btw, menurut pegawai tempoh hari, die sarankan pakai tight so that senang nk check kaki xpayah nak selak2 pegang. Done beli tight and sport shoes last week hehe..lepas tu mana2 yg x lengkap dokumen masa hari tu sila bawak dokumen tersebut sekali. bawa surat kt atas ni juga jgn lupa. Ball pen hitam dan liquid paper.

Good luck to all participants yg berjaya ke second phase ni dan juga doakan saya lulus hingga berjaya menjadi seorang Inspektor wanita! aminnnnn...


untuk semak... klik link PDRM ni ----> http://www.rmp.gov.my/

ada latest pengumuman..klik that link.

Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Monday, July 6, 2015

Pengalaman Urusan Dokumentasi Eksesais Inspektor Wanita 2015

Assalam..

Ya...aku niat nak buat entry ni memandangkan last time before pergi xde sangat info dari encik google. So, I will share about my experienced going through that exercise.

Jumaat 19 Jun 2015, I got a call from 09xxxxxxx. Nasib baik angkat sebab ada terdetik malas angkat sebab banyak sangat dapat call dari bank pasal insurance recently. So, call tu dari IPD Temerloh. Dia suruh datang ambil surat Dokumentasi. Blurrrr!. I call back (tadi konon sangat jawab ya ya mcm faham)...tanya dia kena bawa ape?polis tu jawab bawa diri je..oh lega.

Then aku bergegas la pergi IPD Temerloh lepas solat Zohor. Bwk abah teman. Sampai IPD Temerloh naik level 3 Unit Perolehan. Masa ambil tu, dorang inform aku kena hadirkan diri kt Kem Galing 29 Jun Isnin. Lelaki pulak 30 Jun esoknya.

Balik2 bace surat, dalam surat ada senarai dokumen yg kena bawak. Kena pakai track bottom, T-shirt berkolar dan sport shoes. Lokasi : BN 7 PGA Bukit Galing, Kuantan (kat mane??)...agak gelabah sikit. Sebab aku cuak la kena ujian fizikal@kecergasan yg kawad2 tu ke, yg pumping sit up etc. Puas google2 jugak cari info. Bertambah cuak lah bile aku tye dekat kawan yg pernah pegi interview imigresen sbb die punye ujian fizikal, ujian kecergasan & interview dalam hari  yg sama. Pastu nasib baik la 1 blog tu ada share experience dia baru2 ni 12 jun (thanks to blog The Red Heart) . Urusan hari tu hanya lah untuk dokumentasi SAHAJA ya!...so, ujian fizikal dan kecergasan asing.

28 Jun: search google...search waze direction jalan nak ke Kem Bukit Galing.

29 Jun 2015:

Jam 2.55am aku bangun. Tidur dah tentu x lena. kejap2 terbangun. Aku kejut abah. Kami kena sahur dulu sebelum bersiap gerak ke Kuantan. Aku decide nk gerak awal sebab xtau tempat plus gelabah sikit selagi xtau tempatnye. Abah pulak mcm tau tp xtau ragu2. So, bertolak kul 4 pagi..dalam kul 6 am sampai bandar Kuantan. Aku dgn abah singgah Masjid sebelah taman Kerang tu solat Subuh. Selesai solat abah tunjuk IPD Kuantan yg die kate tempat aku kena pegi. Mujur aku dan wassap member lepas usai solat subuh tadi, member aku pun cakap bukan IPD tengah bandar tu tapi aku kena pergi jalan Kuantan-Segambut. So, ia menguatkan lagi la waze yg aku jumpe tu lokasi yg betul. ape lg terus la aku on Waze. Thank you WAZE anda sangat membantu! Akhirnya aku jumpe gak Kem Galing ni, atas bukit. Aku org pertama sampai 6.45am sampai kem.

Masuk gate, polis bertugas tunjuk arah "terussss je, sampai jumpe padang bola, tempatnye sebelah padang tu"...ya, terus je. ade sebuah dewan sebelah padang bola yg dimaksudkan tadi.

X lama tunggu berpusu2 calon2 lain sampai. Duduk depan dewan menunggu jam 7.30pg. ada beberapa calon dari Jengka jugak rupenye..hehe. Rata2 dah bekerja, malahan yg mmg keje dlm kerajaan pun sibuk nak try jugak. Pukul 7.30 kami start masuk dewan. Duduk atas lantai je, duduk dlm barisan 5-5. Ada je yg sampai kul 8 am. Tp elok dtg awal la for the 1st impression. Officer tu arahkan keluarkan salinan dokumen yg nak diserahkan dgn menyusun ikut turutan (sama turutan mcm dalam surat). Kami dipanggil by name ke depan untuk ambil borang Pengambilan Inspektor warna kuning. Kami di arah isi apa yg diminta. Kalau boleh jgn isi dulu sehingga diberitahu nanti kena marah!..mase hr tu ramai yg excited pegi isi terus lepas dpt borang..ish3. (btw jgn lupe snap picture borang kuning tu utk reference sbb ada checklist ujian fizikal kena apa nanti, aku lupe nak snap..antaranya pumping 5x, sit up 5x burpees 5x etc. Larian 2.4km dlm masa 15 minit xde dlm senarai tp akan dibuat masa ujian fizikal @kecergasan).


Lepas settle isi borang. Semua pegawai lelaki keluar sebab calon2 akan beratur untuk ambil tinggi dan berat. Untuk pengetahuan semua dokumentasi eksesais ni adalah ujian bagi fasa 1, yg mane sape lepas BMI, lepas tinggi 157cm, dan berat atas 48Kg akan di tapis ke fasa 2 iaitu ujian fizikal, kecergasan dan MIT (Malaysian Intergirity Test-jwb test). Fasa ke-3 pulak interview. Masa nak ambil tinggi semua diarah buka tudung sebab nak ambil tinggi ni mmg details dan strict. Mane x strict, ada calon tinggi 156.9cm pun die x kasi lepas...dasyat!..aku pun cuak. Last ukur dulu 156.5 x silap. sampai giliran aku..tinggi 157.5cm! terkejut I lepas...huahahahaha. berat ofcourse la lepas 53Kg. So, duduk dengan tenang menanti calon2 habis. Untuk berat jgn risau, dorang bg kelonggaran..tp dengan syarat mane terlebih berat tu kena diet mane kurang kene tambah masa ujian fizikal nanti.




 After hbs semua diukur. Dorang asingkan yg mane pass mane x pass. Hampir half yg dtg tu xlepas tinggi. Buat pengetahuan korang, untuk calon hari tu sepatutnye 200 orang yg dijemput menghadirkan diri tapi yg datang cume +-60 orang sahaja. Dah la 60, separuh x lepas..so tinggal kami2 ni 35 orang je yg pass. After selesai. Yg pass berkumpul duduk kt dlm barisan 5-5 tadi. Tgu nama dipanggil one-by-one untuk serah dokumen. Mane calon yg x lengkap dokumen kena pergi depan ambil borang senarai dokumen yg xde. Ramai yg x bawa pengesahan/pengiktirafan JPA. Sebab maybe budget IPTA dh mmg gomen bt ape pengesahan ye dok?? Korang masih kena bawak jugak. Search je google Pengiktirafan institusi oleh JPA. Akan keluar link then ikut arahan. Print out ya bawa sekali. 


 Dapat notis ape ntah after submit dokumen. So, hari tu pye aktiviti habis nak dekat pukul 1 jugak la.



balik2 abah drive. aku dah letih sgt dh sbb cuaca sgt panas. Bulan puasa pulak tu. Sampai Gambang aku singgah RnR mandi2 baru segar sikit. Take over drive pulak. Keputusan untuk panggilan ujian fizikal@kecergasan keluar dalam bulan Julai. Wish me luck ya. Kalau lepas, in shaa Allah dlm pertengahan bulan 8 akan diadakan ujian fizikal & kecergasan (sekali MIT kot..?)..

Harap membantu ya.


Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Friday, June 12, 2015

Saya Shoping lagi online.. :)

Hai,
Assalam and good day~




Ya, merujuk tajuk entry cmtu laaah..shoping online lagi. Tips nak shoping online ni first tengok page tu aktif ke x. klu setakat post tahun tu ade due, pastu byk post tahun lepas better x payah. Pastu kena tengok die aktif x reply. Then, cari testimoni customer yg dah beli atau terima parcel dgn komen berpuas hati.

Yes, saye dh beli sepasang baju kurung Songket Maharani. Alkisahnya search FB2 penjual online baju kurung sebab nak mencari baju kurung untuk dipakai masa kenduri sepupu nanti. Sebelum ni scroll memang berkenan sangat ke Songket Maharani, ada my feveret colour (ala-ala Emerald Green) Dark Green, tapi memandangkan sepupu tema nye merah/merah bata saye pun beli la warna Magenta sebab selain warne2 tu ada Maroon juga, cume saye ni dh banyak baju warna maroon. Tapi lagi.........uwaaaaa last minit cousin tukar tema kenduri gold belah perempuan-purple belah lelaki. Baju dah beli, menyesal x beli Dark Green! :( ...first page yg saye jumpe ada jual yg habis stok tu jual dengan harga RM95. Then, cari page lagi satu (Baju Kurung Murah RM40) pun stok dah habis. But mybe memang dah rezeki last week scroll page Baju Kurung Murah RM40 dia re-stok Songket Maharani, apa lagi terus fast payment lah hahaha (gelojoh, nak2 RM80 je lagi murah dari first page tadi)...

Pakai je la kan...haha x same tema padan lah muke. Boleh pulak butik tu kate last minute x dapat sediakan warna yg dorang mintak. Nak cancel di katenye burn deposit, macam cipan x perangai?...kepada butik2 di luar sana, jgn buat naye mcm ni, barang hantaran pun dah beli ikut warna asal. Nak maju jaga lah customer.

Baju ni boleh jugak pakai as baju raya, tp tengok la sebab baju raya dah buat kat jiran sebelah hihihi..kain pasang printed batik beli kat Pasar Payang Kuala Terengganu. I am SUPER HAPPY!

Thank you Hana...next time shoping lagi kat page you. Trusted seller, saya recommended sesiapa yang nk cari baju kurung atau dress. Boleh cari di FB Baju Kurung Murah RM40.

Ini lah bajunya :)



Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos

Tuesday, June 9, 2015

Cuci Gigi/Scalling....6 bulan sekali pesan doktor gigi :)

Hai,

Alhamdulillah...mission yang berkubur lama tercapai jugak untuk cuci gigi. Aku bukan taknak pergi or takut, tapi mostly sebab segan dengan nurse@doctor sebab gigi banyak sangat plak walhal umur dah tua,yaaa cara gosok gigi aku salah sesangat oke. Tadi doctor tu dah demo ke aku cara gosok gigi sebab plak2 aku banyak terkumpul  kat celah2 gusi.

Jadi pagi tadi awal2 pagi bertolak, sampai kul 8.15am. Alhamdulillah aku org ke-6. First masuk, doctor check keadaan gigi, pastu die tanya nak cuci dulu ke tampal, aku kate cuci. Then, panggil kali ke-2 baru die cuci. Dapat doctor China lady. Pehhhhh ngilu habaq hang, menitik air mate aku. Celah2 gusi...uwaaaaaaaa. Demi nak cantik aku tahan je. Darah keluar banyak gile!

Rase janggal, gigi ku kelihatan slim tanpa plak hahaha..selesai satu kerungsingan and problem. Lega la, mana x lega sebelum ni asyik risau je gusi berdarah + plak tu ade certain tempat jadi hitam yg buat aku takut sangat. So, settle cuci doctor cakap lagi 6 bulan datang cuci lagi (memang sepatutnye 6 bulan sekali, aku ni je last cuci form 3 @ 2003...mak ai!!! tu pun sebab ada kempen KKM, nurse and doktor gigi datang sekolah), pastu doctor suruh datang lagi nanti untuk tampal.

Ingatkan tampal sebatang yg simen tertanggal tu je, doctor cakap ade 3 batang semua yg kene tampal..ish3.



So,for you peeps out there or who read this entry, sila jaga gigi anda. Gosok gigi secara betul( dari gusi ke atas/ke bawah untuk buang sisa di celah gusi/secara bulatan,pilih soft tooth brush, beli floss yang tali tu untuk scale celah gigi sebelum tidur setiap hari). Pergi appointment and cuci gigi setiap 6 bulan sekali (doctor pesan).

Cuci gigi di klinik kerajaan dan swasta amat jauh berbeza harga. Ape2 pun tanya poket. Kalau boleh pergi kerajaan pergi la. Tadi scale gigi RM1 daftar, RM2 cuci gigi yeah!....tampal RM2/batang. Cabut dan lain-lain x sampai la RM5.

Nak buat gigi palsu penuh RM100, separuh RM10 untuk gigi pertama dan RM2 untuk gigi seterusnya :P (baca tadi kat dinding klinik).

TQ!



Line leaf top Pictures, Images and Photos onion head Pictures, Images and Photos